Cuba Ujian Personaliti Ini | Adakah Ia Benar-Benar Melambangkan Diri Anda

Assalamualaikum
Bismillah

UJIAN PERSONALITI

Ambil sedikit masa untuk jawab soalan ini untuk melihat adakah ia benar-benar melambangkan siapa anda sebenarnya.  Ambil sehelai kertas dan cuba jawap soalan ini dengan spontan. Jawapan analisis nya selepas ini. Untuk makluman korang ini sekadar ramalan sahaja. Tiada jawapan yang betul dan salah. 

Cuba Ujian Personaliti Ini


Situasi:
Anda berada di dalam hutan (1) nyatakan dengan siapa anda berjalan?

Sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan (2) nyatakan apakah haiwan itu?

(3) tindakan anda terhadap haiwan itu
  • biarkan dan pandang ja
  • lari dari haiwan itu
  • dapatkan haiwan itu
Anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci (4) nyatakan bilangan kunci itu
  • Pilih dari 1-10 anak kunci
Anda teruskan perjalanan, tiba-tiba anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan pada fikiran anda (5) adakah rumah itu berpagar? (6) pintu rumah tu terbuka atau tertutup?

Anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja. (7) apakah bentuk meja itu?
  • Bulat
  • Oval 
  • Segiempat
  • Segitiga

Atas meja ada pasu...(8) Berapa banyak air dalam pasu itu?
  • Penuh
  • Setengah
  • Kosong
(9) Pasu itu diperbuat daripada apa?
  • Kaca / seramik / tanah liat) 
  • Logam / plastik / kayu
Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh. (10) Berapakah laju air itu? Pilih no 1 (perlahan) sehingga 10 (paling laju)

Anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. Tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti. (11) Apa ukuran kotak itu?
  • kecil 
  • sederhana 
  • besar
(12) kotak itu diperbuat daripada?
  • cupboard
  • kertas 
  • kayu 
  • logam
Tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan. (13) jambatan diperbuat daripada apa?
(logam / kayu / rotan)

Di seberang jambatan, ada seekor kuda. (14) Apakah warna kuda itu?
  • putih
  • kelabu
  • coklat
  • hitam

(15) Apa yang kuda lakukan?
  • diam dan tenang
  • menggigit rumput
  • berlari
(16) TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?


Berikut adalah tafsiran:

(1) Dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda.

(2) Haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yang anda hadapi. Saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar

(3) Tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. Kalau anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari dari masalah.

(4) Bilangan kunci
1 - kamu punya satu teman baik dalam hidup anda
2-5 - anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda
6-10 - anda punya banyak teman baik

(5) Rumah
Berpagar : close-minded
Tidak berpagar : open minded

(6) Pintu
Terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain
Tertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nya

(7) Meja
Bulat / oval - teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya
Persegi - anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja
Segitiga - kamu benar-benar sangat sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan dalam hidup anda

(8) Pasu
Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi
Setengah penuh - apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah tercapai
Penuh - hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu!

(9) Jenis pasu
kaca / tanah liat / seramik - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh
logam / plastik / kayu - and kuat dalam hidup anda

(10) air terjun
0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali
1-4 - ghairah seks rendah
5 - ghairah seks sederhana
6-9 - ghairah seks tinggi
10 - ghairah seks sangat tinggi 

(11) Saiz kotak:
Kecil - ego rendah
Menengah - ego sederhana
Besar - ego tinggi

(12) Material peti:
cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) - rendah hati kepribadian
logam - bangga diri

(13) Adapun material jambatan:
Jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda
Jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda
Rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman


(14) Warna kuda:
Putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.
Kelabu / coklat - pasangan anda sederhana di hati.
Hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.


(15) Tindakan kuda:
Diam dan tenang / menggigit rumput - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.
Berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal


(16) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bagian dari ujian ini. Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ... Apa yang akan kamu lakukan? Hanya ada 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan pergi?

Apa yang akan anda pilih? Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:
  • Tornado - masalah dalam hidup anda
  • Peti - anda
  • Jambatan - kawan-kawan anda
  • Kuda - pasangan
(i) Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.
(ii) atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.
(iii) atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.

Adakah ia benar-benar melambangkan diri anda? 


60% daripada tafsiran tidak mewakili diri aku. Dan ada beberapa soalan yang bagi aku kurang sesuai dengan tafsiran. Apapun tak salah untuk mencuba untuk mengenali diri kita yang macam mana. Kalau korang betul-betul nak tahu personaliti diri berdasarkan kajian psikologi, boleh jawab Personality Test ini ya.





4 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Eh yang kuda tu betullah. OM banyak dengan pasangan, even pasangan syu tu simple dan sederhana. Apa jua masalah OM kongsi dgn pasangan.

    BalasPadam
  2. boleh cuba test ni :)
    tq sharing nurul..

    BalasPadam
  3. uuuu..psikologi test, menarik :P

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama