Assalamualaikum
Bismillah
Beberapa hari yang lalu, aku menerima notifikasi daripada Google Adsense yang menyatakan bahawa pembayaran melalui Western Union sudah tidak digunakan dan akan diberhentikan pada awal tahun 2021.
Jadi yang mana menggunakan kaedah pembayaran melalui Westen Union bolehlah tukar kepada wire transfer ataupun melalui cek.
Cara Set Up Pembayaran Google Adsense
1. Sign in ke akaun Google Adsense korang.
2. Pilih payment.
3. Klik Manage payment methods. (Rujuk gambar di bawah)
4. Klik Add payment method.
5. Korang boleh pilih samada menggunakan kaedah pembayaran melalui wire transfer atau Cek.
6. Maklumat yang perlu diisi sekiranya memilih wire transfer.
7. Malumat yang diperlukan sekiranya memilih kaedah cek.
8. Korang boleh juga isi kedua-duanya cuma kena Set as primary payment method untuk salah satu sahaja.
Yang mana lagi okay? Aku tak pernah lagi menggunakan kaedah cek sebab aku takut tak sampai. Jadi aku memilih wire transfer sahaja. Mudah dan senang. Terus direct masuk bank kita. Cuma ada sedikit caj dikenakan. Tak mahal pun.
Nilai pertukaran wang USD ke MYR pun tidak tetap, ikut pertukaran nilai matawang semasa rasanya. Alhamdulillah, walaupun mungkin tak banyak aku sangat bersyukur. Tambahan lagi apabila bekerja sepenuhnya dari rumah.
Gaji yang sedikit InsyaAllah semoga ada keberkatan dan keredhaan ALLAH. Dan for your infomation, dengan bekerja sepenuh masa sebagai blogger selama setahun aku berjaya beli freezer dan katil.
Syukur sangat dengan rezeki ALLAH bagi. PTPTN juga aku tidak pernah lagi skip bayar which is make me so happy.
Aku doakan juga buat korang semoga sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan dunia akhirat. Terima kasih yang sentiasa bagi sokongan dan membaca blog ini. Semoga mendapat manfaat.
Lambat sikitlah guna wire transfer kan, sementara tunggu cheque sampai dan bank nak clearkan, dekat sebulan macam pengalaman lepas.
BalasPadamwire transfer tak lambat pun sebenarnya.. pembayaran selalu masuk 21-25hb setiap bulan..
PadamThanks for the information.. Lambat lg nak buleh cash out pun. Huhuhu...
BalasPadamSama-sama Abie Kie.. Tak pe.. Abe bole tu.. Chaiyok
PadamAlhamdulillah.. seronok kan. Hasil berblogging dapat beli macam-macam. Tak pernah lagi gunakan western union. Saya gunakan transfer bank. Tapi itulah, cas Maybank bbanyak giler potong.
BalasPadamAlhamdulillah syukur.. caj maybank mahal ke? sy guna cimb bank
PadamTq info...setakat ni gunakan trnsfer direct ke akaun lbih mudah 😄
BalasPadamPertama kali dapat bayaran google adsence saya minta gunakan cek tapi banyaknya potongan! Kemudian gunakan western union, dan mulai tahun ini gunakan wire transfer.
BalasPadamCik TK baru je guna adsense... Entah bila la boleh cash out
BalasPadamsaya guna wire transfer je senang, malas nak keluar, tunggu duit masuk dalam akaun je..hehe
BalasPadamTerima kasih info nya.
BalasPadamsalam nak tanya ..sorry tanya.. klu mcm bank boleh guna saving account ke kena guna mcm current account untuk ad sense? thank you
BalasPadamBsn boleh tak nak pakai utk adsense payment ni
BalasPadamBsn boleh tak pakai untuk adsense ni
BalasPadamthanks kongsi ilmu bermanfaat.. saya pun baru berjinak dengan adsense..
BalasPadamvisit blog saya dan bagi komen ya https://saripkay.com
Pernah guna westen union sblm ada pilihan guna online transfer..IB tinggi svc chrge berbanding WU... kalau nak cepat guna IB... 21hb release, 22hb dah masuk acc...
BalasPadamPernah guna westen union sblm ada pilihan guna online transfer..IB tinggi svc chrge berbanding WU... kalau nak cepat guna IB... 21hb release, 22hb dah masuk acc...
BalasPadamAlhamdulillah thanks for info ^_^
BalasPadam