Langkau ke kandungan utama

Selepas 2 Minggu Mencuba MYLARA Collara Super Whitening Booster

Assalamualaikum
Bismillah

Hai guys, korang dah baca ke Review MYLARA Skincare | Collara Super Whitening Booster? Hari ini aku nak kongsi dengan korang pula hasil selepas 2 minggu mencuba MYLARA Collara Super Whitening Booster.


Hasil Selama 2 Minggu
Aku suka sangat apabila makan Collara Super Whitening Booster. Nak kata berubah putih tu tidak jugalah, tetapi apa yang aku nampak kulit wajah jadi semakin berseri dan tidak kusam. Aku tak pandai bermekap. Aku just guna lip balm Silky Girl ja.
 

Soalan Berkenaan MYLARA SKINCARE

1. Berapakah umur yang sesuai untuk menggunakan MyLara Skin Care?

Ia sesuai digunakan bermula dari umur 14 hingga 60 tahun bagi lelaki dan perempuan memandangkan MyLara Skin Care ialah produk yang kaya vitamin dan anti oksida yang terhasil dari bahan-bahan yang berkualiti tinggi.

2. Adakah perlu untuk menggunakan kesemua produk untuk menampakkan kesan yang boleh dilihat?

Mylara Skin Care boleh digunakan secara berasingan sebagai sebahagian dari rejim kecantikan anda. Walaubagaimanapun, produk ini telah direka untuk berfungsi sebagai satu sistem, jadi, amatlah digalakkan untuk digunakan secara keseluruhan bagi mendapatkan kesan yang optimum.

3. Adakah rangkaian produk Mylara Skincare bersifat “non-comedogenic”?

Ya, Mylara SkinCare adalah bersifat “non-comedogenic” iaitu. Tidak menutup pori.


4. Bolehkah saya menggunakan Mylara Skincare jika kulit saya jenis berminyak dan mudah mendapat jerawat?

Mylara Skin Care adalah sesuai untuk semua jenis kulit. Jika kulit anda jenis yang berminyak dan mudah mendapat jerawat, ianya kemungkinan berpunca dari dehidrasi

Kulit yang terhidrasi atau tidak cukup lembap menyebabkan kelenjar sebum (kelenjar yang berfungsi menyimpan minyak di atas permukaan kulit) bertindak menyimpan lebih banyak minyak untuk untuk keseimbangan bagi melindungi kulit.

5. Bolehkah MyLara Skincare digunakan di atas kulit sensitive dan eczema?

MyLara Skincare adalah produk yang bebas dari pewarna dan bahan kimia berbahaya serta seimbang secara pH dengan kerengsaan yang sangatlah rendah. 

Walaupun ianya sesuai untuk semua jenis kulit dan produk kecantikan yang lain. Adalah dinasihatkan untuk anda menentukan sendiri tahap toleransi kulit anda dengan mencuba Mylara produk di bahagian kecil kulit anda sebelum menggunakan produk ini secara menyeluruh. 

Jika terdapat sebarang masalah, tiada masalah untuk anda terus berhenti dari menggunakan produk kami jika didapati tidak serasi dengan anda.

6. Bagaimanakah untuk memastikan yang produk ini adalah berkesan?

Mylara SkinCare dimulakan dengan kajian yang menyeluruh lagi terperinci bagi setiap bahan-bahan yang berpotensi. Setiap produk kami dirumus dengan penuh cermat bersama-sama bahan aktif yang disenaraikan. 

Bahan-bahan ini kemudiannya diadun halus dengan elemen pembawa supaya semua khasiatnya dapat dirasai terus pada kulit anda. Bahan-bahan yang terumus di dalam produk kami juga telah diuji kestabilan dan keselamatannya.

7. Bilakah kesan positif boleh dilihat?

Seperti yang kita sedia maklum, setiap daripada kita mempunyai toleransi dan keserasian yang berbeza terhadap produk kami, maka, kesan yang boleh dilihat juga adalah berbeza bagi setiap individu. 

Kesan-kesan tipikal atau biasa bergantung kepada produk, keadaan dan jenis kulit. Cara yang terbaik untuk melihat kesan yang positif dan cepat adalah dengan penggunaan produk yang konsisten.

8. Bolehkah saya menggunakan produk ini jika saya sedang mengandung dan menyusukan anak?

Mylara Skin Care adalah selamat untuk digunakan oleh wanita mengandung dan menyusukan anak memandangkan bahan-bahan yang digunakan adalah semulajadi dan telah terbukti untuk mencegah penghasilan melanin tanpa toksik. 

Selain itu, adalah penting bagi wanita-wanita mengandung dan menyusukan anak untuk mengelak daripada terkena cahaya matahari serta menggunakan perlindungan UV dan SPF kerana penghasilan hormone ketika mengandung dan menyusukan anak akan meningkatkan pigmentasi seterusnya akan menyebabkan melasama (bintik hitam).

9. Adakah bahan-bahan yang digunakan serta produk anda diuji ke atas haiwan?

Kesemua bahan dan produk kami tidak pernah dan tidak akan sekali-kali diuji ke atas haiwan.

Kat mana boleh dapatkan MYLARA Collara Super Whitening Booster ni?

Korang juga akan di guide oleh Dr.Mai sendiri dan sebarang pertanyaan atau kemusykilan korang boleh direct tanya kat beliau.

Ini adalah testimoni dan pengalaman peribadi saya menggunakan produk Mylara Skincare. Sebarang kesan yang terjadi kepada pengguna selepas penggunaan produk ini bukan dalam tanggungjawab saya.

Ulasan

  1. k.azni pun ada usha yg ini.... hehhe dah tua tua ni kena perlukan talian hayat lain juga

    BalasPadam
  2. Wahhh.. berserilah raya nanti 🤩

    BalasPadam
  3. “non-comedogenic" jadi, sesuai jugak untuk kulit berminyak la kalau macam ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catatan popular daripada blog ini

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...