Dikuasakan oleh Blogger.

Resepi Ringkas Ayam Masak Kurma

Assalamualaikum
Bismillah

Ini adalah Resepi Ringkas Ayam Masak Kurma untuk berbuka puasa hari ini. Korang boleh cuba resepi ini di rumah. Aku hanya gunakan bahan apa yang ada sahaja. Kalau korang nak tambah bahan-bahan lain untuk nampak ia lagi sedap pun boleh je. 

Resepi Ringkas Ayam Masak Kurma


Bahan-Bahan
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 2 inci halia
  • 1 pek rempah kurma Adabi
  • Secawan air
  • 1 ekor ayam (dipotong)
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • daun kari
  • 1 mangkuk kecil santan cair
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara Memasak :

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia dalam lesung batu. 

2. Panaskan minyak dalam ½ mangkuk kecil. Kita perlukan minyak secukupnya supaya rempah masak dengan sempurna.

3. Tumis rempah bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.

4. Masukkan daun kari.

5. Masukkan bahan yang telah ditumbuk. Kacau sehingga naik bau.

6. Masukkkan bancuhan rempah kurma ke dalam kuali. Kacau sehingga rempah kering dan pecah minyak.

7. Setelah kering, masukkan sedikit air. Kacau sehingga rempah betul-betul masak.

8. Masukkan ayam yang telah dipotong dan dibasuh.

9. Setelah itu, masukkan kentang yang dipotong dadu besar. Tambah santan cair dan gaul sebati. 

10. Apabila kentang dah empuk masukkan garam secukup rasa. Siap untuk dihidang.


Korang boleh tambah cili kalau nak rasa pedas sikit. Nak nampak lebih menyelerakan boleh tambah asam keping, lobak atau tomato. Terpulang ikut tekak masing-masing. Selamat mencuba~


6 ulasan:

  1. Tak pernah try masak kurma, biasa mak je masak..kui3..TQ info

    BalasPadam
  2. nak cuba masak, tapi laki tak gemor.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. Tak apa..
      Sy pun x gemar sgat makan.. Just nak belajar

      Padam
  3. telur masak kurma pun sedap juga...hehe..fav selain kari ayam

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.