Assalamualaikum
Bismillah
Hari ini aku nak berkongsi pengalaman menginap di Pulau Manukan, Sabah. Trip kali ini sangat berbeza daripada yang dikongsikan oleh orang lain sebab abang aku dapat Baucer Percuma untuk bermalam di Pulau Manukan, Sabah selama 2 hari 1 malam. Antara penginapan yang ditawarkan ialah Beachside Suite, Sutera Sanctuary Lodges.
Abang aku bekerja sebagai Tour Guide, dan company dia ada buat cabutan bertuah. Alhamdulillah abang aku menang 2 baucer. Dan salah satunya ialah Pakej Penginapan 2 hari 1 malam di Pulau Manukan, Sabah.
Bertolak dari Sutera Habour Marina Jetty
Biasanya kalau korang pergi ke Pulau Manukan tanpa bermalam akan bertolak dari Jeti Jesselton Point kan. Tetapi kalau korang booking melalui Sutera Sanctuary Lodges, korang akan bertolak bermula dari Sutera Habour Marina Jetty.
Cara nak ke jeti ini korang boleh naik grab, pandu sendiri, naik bas ataupun teksi. Sutera Harbour Marina Jetty ini berdekatan dengan Imago Shopping Mall je.
Google Maps
Buat masa sekarang kalau nak melancong ke, nak short vacay pasti akan diperiksa suhu badan dahulu. Takut ada simptom Covid-19 tu. So, jangan lupa pakai mask ya guys kalau nak bercuti ke mana-mana especially di kawasan yang ramai pelancong luar. Kami pun tidak terkecuali juga daripada pemeriksaan kesihatan. Alhamdulillah lepas dan tidak ada masalah kesihatan ketika itu.
Salah satu kelebihan apabila korang booking pakej penginapan macam ini. Penginapan termasuk sekali dengan harga tiket bot ke Pulau Manukan, Sabah. Dan pakej yang ditawarkan kepada kami adalah termasuk dengan harga tiket bot.
Masa Perjalanan Dari Sutera Habour Marina Jetty - Pulau Manukan
Kami bertolak dari jeti pada pukul 1.30 tengah hari. Alhamdulillah, cuaca pada ketika itu sangat baik. Perjalanan dari jeti ke Pulau Manukan hanya mengambil masa selama 10 - 15 minit sahaja. Lebih dekat berbanding dari Jesselton Point.
Apabila tengok balik gambar ini masih tak boleh move on lah. Haha sebab cantik sangat. Yang bestnya masa ini hanya aku dan abang aku je dalam bot. Feeling like vvip lah konon. Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan kami ke sana.
Sampai sahaja di Jeti Pulau Manukan, kami disambut mesra oleh penyambut tetamu dan manager Sutera Sanctuary Lodges. Selain itu, kami juga diberikan tuala basah serta secawan air lemon. Aku rasa kagum dengan cara layanan staf Sutera Sanctuary Lodges yang mesra dan peramah. Selepas diberi briefing tentang penginapan, aktiviti di pulau dan tempat makan. Kami terus dibawa ke tempat penginapan.
Untuk pengetahuan korang, terdapat 4 jenis penginapan di Pulau Manukan, Sabah iaitu :
- Manukan Villa – Double Storey
- Manukan Villa – Single Storey
- Hillside Villa
- Beachside Suite
Beachside Suite
Kami punya penginapan ialah di Beachside Suites berdekatan dengan pantai. Boleh nampak pemandangan laut dan pantai dari luar beranda. Beachside Suites menyediakan King Bed ataupun Twin Beds. Sangat perfect for couple traveller. Aku dan abang aku pilih twin beds.
Ruang beranda mempunyai dua buah kerusi dan meja untuk bersantai sambil menikmati pemandangan laut dan pantai.
Apa yang best menginap di sini di bahagian ruang tamu semuanya telah dilengkapi dengan :
- Mini peti sejuk (4 tin minuman berkabonat, 4 botol mineral)
- Pemanas air beserta pek minuman
- TV pelbagai siaran
- Free Wifi
- Set sofa yang sangat selesa
- Kipas siling dan pendingin hawa
Twin beds. Ada disediakan 4 buah bantal, selimut yang tebal, katil yang empuk dan sangat selesa. Ada lampu tidur di tengah. Soket pun dekat dengan katil. Nak charge handphone pun senang sebab sesetengah penginapan mempunyai kedudukan soket yang agak jauh dan tidak strategik.
Kamar mandi pula dilengkapi dengan heated shower, set mandian (sabun dan shampoo), tuala, serta tandas.
Selain itu juga, dilengkapi dengan pengering rambut, berus gigi, pencukur dan sikat rambut. Kalau bermalam lebih lama ada juga tempat laundry. Staf Sutera Sanctuary Lodges akan buat housekeeping untuk guest yang menginap disini.
Dan paling penting sekali ada iron board dan seterika. Huhu... risau aku kalau benda ini takda. Rimas kalau tudung dan baju kusut.
Perahu Restaurant
Selepas simpan barang, kami terus ke Perahu Restaurant untuk makan tengah hari. Apa yang best bila makan di sini ialah menu yang disediakan juga memenuhi cita rasa aku yang suka makan makanan tradisonal berbanding western food. Harga memang agak mahal tetapi dari segi saiz hidangan juga sangat besar dan memang berbaloi lah.
Aku tak sempat nak gambar semua jenis-jenis menu sebab lapar kan. Jadi memang takda mood nak ambil gambar banyak-banyak hehe.
Antara menu yang aku dan abang aku pilih. Total semua RM80 lebih termasuk minuman. Aku tak ingat sangat harga asal. Khusyuk nak makan je time tu.
Menu for Breakfast
Pakej penginapan kami adalah termasuk sarapan pagi. Jadi ini adalah antara menu yang disediakan pada waktu sarapan. Dia punya banyak seolah-olah satu family yang makan hahaha~
Ada 6 jenis menu sahaja untuk sarapan. Tetapi kami pilih pancake.
Salah satu kelebihan apabila menginap di Pulau Manukan, korang boleh melihat Sunset Point (1500m) yang terletak di hujung pulau ini. Kalau korang tak bermalam korang memang tak dapat tengok matahari terbenam kerana bot terakhir untuk balik adalah pada jam 5.00 petang.
Dan suasana pada waktu malam di pulau juga lebih tenang dan nyaman berbanding siang hari kerana ramai pengunjung yang datang ke Pulau Manukan. Kalau cuaca pada malam hari agak baik korang juga boleh stargazing tau. Sangat cantik.
Pada entri akan datang aku akan kongsi pula pasal Sunset Point, Manukan Island. Banyak nak cerita tapi macam dah kehabisan idea nak mengarang. Secara keseluruhan, aku sangat recommend korang untuk menginap di Pulau Manukan. Rasai pengalaman dan keindahan pulau pada waktu malam. Memang sangat best!
Untuk maklumat lanjut tentang penginapan di Pulau Manukan, Sabah, korang boleh rujuk :
Laman rasmi : Sutera Sanctuary Lodges - https://www.suterasanctuarylodges.com.my/
For General Enquiries and Bookings:
- Tel : +6015 4876 1800
- Email: info@suterasanctuarylodges.com.my
Main Office Address:
B-G-9, Block B, Ground Floor, Sutera Avenue, Lorong Lebuh Sutera, Sembulan, 88100, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Kinabalu Park Hotline: +6017 833 5322 (24hrs)
Poring Hot Spring Hotline: +6017 833 5799 (7am-10pm Daily)
Manukan Island Hotline: +6017 833 5022 (8am-10pm Daily)
Laban Rata Resthouse Hotline: +6013 833 2723 (7.30am – 7.30pm Daily)
cantiknya Nurul, kak ana tak pernah sampai Sabah lagi :(
BalasPadamMmg lawa kak ana.. semoga dimurahkan rezeki buat kak ana..
PadamAritu pergi ke pulau ni, nk beli air mineral 1l, harga mak aiii rm7 hehehe
BalasPadamhahaha mmg mahal.. better beli kat Jesselton Point dulu..
PadamBestnyaa.. Tak pernah jejak Sabah lagi..
BalasPadamSemoga dimurahkan rezeki buat Aiman..
Padamalaaa lawanya suite dia. iza tak pernah sampai sabah lagi. next time boleh la pergi sini. kita dah follow awak n klik iklan jugak. :D
BalasPadamYeaa.. suite dia mmg lawa sgat.. InsyaAllah semoga dimurahkan rezeki buat Iza ^^ ~ Thanks follow..
Padamcantiknya nurul.. tu baru view kat resort, belum view pulau dan pantai lagi.. hihi
BalasPadamEntri akan dtg letak view laut and pantai pula.. hehe
PadamCantiknya view kat resort. Ni kalau view kat pantai mesti lagi cantik, bestnyaa Sabah.
BalasPadamYeaa.. views di pantai pun lawa juga.. akan dtg akan update pasal sunset lgi ^^
Padamya Allah nurul cantiknya sana. Nama saja orang Sabah tapi endak pernah aku p sana bah. Maunya ke sana....
BalasPadamBelum ada kesempatan dan rezeki.. InsyaAllah suatu saat nti pasti akan dapat dtg ke sini... sy pun dapat pi sini sbb baucer juga huhu
Padamwaah bestnya pergi pulau. lagi2 dapat penginapan percuma ni.
BalasPadamAlhamdulillah rezeki..
PadamBestnya. Saya cuba bercuti kat sana
BalasPadamSemoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki utk ke Sabah ^^
Padamtempatnya sangat cantik kak.. keren
BalasPadamI know right.. semoga dimurahkan rezeki utk ke Sabah pula
PadamYa Allah best sgt tgk ! tmpt dye cntik gila.
BalasPadamHuhu cantik sgat.. X puas stay 2d1n..
Padampulau di sabah ni banyak yg cantik-cantik belaka tapi belum ada kesempatan lagi untuk sampai ke sana. ♕Tiara Sapphire♕
BalasPadamSy pun xda kesempatan lg nak melawat pulau2 yg lain d'sabah.. Belum ada rezeki..
PadamCantiknya tempat ni. Nurul sempat stargazing. Bestnya dapat stargazing. Lagi-lagi dengan deruan ombak
BalasPadamYea.. Kalau malam mmg lawa..
Padamwow. best nyer :)
BalasPadamselesa bilik nyer tu, nurul.
tempat nyer? sabah kan. memang la ada pemandangan yg gojes!
aida lom pernah jejak kaki ke sabah. teringin.
Catat Ulasan
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.