Type Here to Get Search Results !

8 Cara Hasilkan Banyak Artikel Blog Yang Terbukti Berkesan

8 Cara Hasilkan Banyak Artikel Blog Yang Terbukti Berkesan

Korang tahu tak rahsia konsisten update blog dengan banyak artikel walaupun sibuk dan kekurangan idea? 

Ada beberapa teknik mudah yang aku sendiri dah praktikkan sejak aku mula menulis blog dari tahun 2019. Jadi hari ini aku ingin kongsikan tips terkini dan praktikal untuk hasilkan lebih banyak artikel tanpa stres dan burnout.

1. Catat Sebelum Lupa

Idea menulis blog datang tanpa diduga. Sama ada tengah lipat kain, tengah memandu, atau tengah mandi, kadang-kadang ilham menulis boleh datang mengejut. Kalau tak cepat-cepat catat, idea memang boleh hilang macam tu ja.

Kalau korang jenis suka cara tradisional macam aku, bawa ja buku nota kecil ke mana-mana. Yang penting—tulis dulu sebelum lupa, walau hanya satu ayat atau keyword ringkas. Kadang-kadang satu ayat tu boleh berkembang jadi satu artikel penuh esoknya.

Kalau korang jenis yang lebih suka menulis dengan tangan, cara ni memang paling sesuai. Ada orang rasa lebih "connected" bila mencatat idea secara manual—lebih puas, lebih ingat, dan lebih fokus. Korang boleh gunakan buku nota, planner, jurnal, atau sekadar kertas kosong pun boleh.

Aku sendiri guna cara ini, terutamanya bila berada di rumah. Walaupun sibuk mengemas atau memasak, bila tiba-tiba datang idea, aku akan cepat-cepat ambil buku nota dan tulis.

tips menulis artikel

2. Gunakan Apps Notes

Kalau korang lebih selesa dengan teknologi, ada banyak aplikasi percuma dan praktikal yang boleh digunakan. Antara aplikasi yang aku sendiri suka gunakan ialah Freenotes. Kenapa Freenotes? Sebab ia mudah digunakan, tak berat, dan yang paling penting— boleh simpan banyak nota secara percuma tanpa perlu upgrade ke versi premium. 

Gunakan Apps Notes


Selain itu, aku juga guna Notes (aplikasi default di iPhone/iPad). Ia senang diakses, cepat dibuka, dan mesra pengguna. Bila ada idea, aku terus tulis tajuk dan point-point penting. 

Satu lagi yang best dan agak underrated adalah Freeform. Aplikasi ini lebih visual—korang boleh susun idea macam ‘mindmap’ atau letak sticky notes ikut kategori artikel. 

Tak kira apa apps korang guna, yang penting: jangan biarkan idea blog hanya berlegar dalam kepala. Catat segera walaupun hanya satu tajuk! Banyak artikel yang aku hasilkan sejak 2019 hingga sekarang sebenarnya datang dari nota-nota ringkas dalam apps notes.


3. Tulis Konten Berdasarkan Label Blog

Satu strategi yang sangat membantu untuk menulis artikel dengan lebih konsisten adalah dengan menulis berdasarkan label atau tag yang sudah tersedia dalam blog. 

Dengan menggunakan metod ini, blog nampak kemas. Korang hanya perlu fokus pada kategori atau label. Contohnya, kalau hari ini aku terfikir idea tentang tip blogging, maka aku akan tulis beberapa artikel berkaitan dunia blog sahaja.

format artikel pantas


Mungkin satu artikel tentang SEO, satu lagi tentang cara naikkan trafik, dan satu lagi tentang pendapatan dari AdSense. Semua tu masih dalam satu label yang sama, jadi senang untuk kekalkan fokus dan momentum menulis.

Selain membantu dari segi penulisan, teknik ni juga memudahkan pembaca untuk cari artikel yang berkait. Malah ia bantu dari sudut SEO blog juga—sebab Google suka struktur blog yang kemas dan tersusun ikut kategori atau topik yang jelas.


4. Idea Tak Perlu Perfect Baru Publish

Salah satu kesilapan besar yang ramai blogger baru buat adalah terlalu mengejar ‘kesempurnaan’ sebelum berani tekan butang publish. Mereka rasa artikel mesti lengkap, ayat mesti berbunga-bunga, ejaan kena sempurna, dan info mesti 100% padat baru boleh terbitkan. 

Tapi realitinya, menunggu untuk jadi sempurna hanya akan buat kita bertangguh dan takkan menulis langsung. Hakikatnya, artikel tak perlu perfect pun untuk diterbitkan. Yang penting, mulakan dulu dengan apa yang ada. 

Taip semua idea yang terlintas dalam kepala—walaupun ayat tunggang-langgang atau isi nampak belum tersusun. Proses ini dipanggil brain dump, iaitu membuang semua idea yang berserabut dalam kepala ke dalam bentuk tulisan. Bila dah siap satu draf kasar, barulah kita kemas dan perbaiki sedikit demi sedikit.

Ingat, Google suka artikel yang di-update secara berkala. Jadi lepas publish, tak ada masalah untuk korang buka semula artikel tu dan tambah isi baru, betulkan kesilapan, atau update maklumat terkini. Ini sebenarnya satu kelebihan blog berbanding media sosial yang statik—artikel blog boleh hidup lama kalau sentiasa dikemaskini.

Yang paling penting adalah fokus kepada nilai yang kita nak beri kepada pembaca. Selagi artikel tu ada manfaat, ada info yang bantu selesaikan masalah pembaca, itu dah cukup berharga. Tak perlu jadi macam penulis novel pun. Jadi, jangan biarkan rasa tak cukup bagus menghalang korang daripada mula menulis.

5. Guna Teknik Content Batching

Salah satu strategi paling berkesan untuk menulis banyak artikel tanpa rasa penat setiap hari ialah teknik content batching. Teknik ini bukanlah baru, tapi semakin ramai blogger dan content creator profesional menggunakannya pada tahun 2025 untuk konsisten dan menjimatkan masa.

Apa itu content batching?

Mudahnya, ia bermaksud buat kerja yang sama secara berkumpulan dalam satu masa yang khusus. Dalam konteks blogger, ini bermakna kita kumpulkan semua kerja penulisan artikel dalam satu atau dua hari, berbanding tulis satu artikel setiap hari secara terpisah. Ini sangat membantu dari segi fokus dan tenaga mental.

Sebagai contoh:
  • Ahad: Luangkan masa 1–2 jam untuk brainstorm dan rancang 10 tajuk artikel.
  • Isnin: Fokus draf 5 artikel tanpa terlalu fikir ayat sempurna, hanya tulis idea utama.
  • Selasa: Siapkan 3 artikel penuh dengan edit, tambah gambar, masukkan keyword, dan publish.
Dengan kaedah ini, kita tidak perlu duduk setiap hari fikir tajuk dan mula dari kosong. Segalanya sudah dirancang awal dan ditulis secara ‘pukal’.

Bila kita fokus pada satu jenis kerja sahaja (contohnya, hanya merancang tajuk pada hari tertentu), otak tak perlu tukar-tukar mode. Ini bantu tingkatkan produktiviti. Teknik ni sesuai digabungkan dengan kalendar editorial atau sistem label blog.

6. Gunakan AI Untuk Bantu Cari Idea

Dalam dunia digital yang makin laju dan kompetitif, AI bukan sekadar alat tambahan—ia dah jadi ‘assistant peribadi’ untuk ramai blogger dan content creator sekarang.

Dulu nak cari idea artikel ambil masa sejam, sekarang AI boleh bagi 10 cadangan dalam 5 saat. Jimat masa dan tenaga. Korang cuma perlu fokus menulis dengan jiwa dan gaya penulisan sendiri.

Walaupun AI boleh bantu cari keyword, susun point, dan sediakan rangka artikel. Apa yang paling penting sekali ialah sentuhan manusia. Sebab itulah artikel yang tulen dan berpengalaman lebih mudah ‘connect’ dengan pembaca.

Contohnya, semua orang boleh tulis ayat generik seperti “jana pendapatan dengan blog”, tetapi tak semua orang boleh terangkan dengan jelas bagaimana mereka sendiri jana income dengan blog. Sebab mereka mungkin tiada pengalaman sebenar.

Oleh itu, kekuatan seorang manusia itu terletak  — pada cerita, pengalaman, dan kejujuran yang tak boleh ditiru oleh mana-mana teknologi.

Pembaca hari ini dah bijak. Mereka boleh rasa sama ada artikel itu ditulis dengan jiwa atau sekadar 'copy paste'. 

manfaat teknik pomodoro

7. Guna Teknik ‘Pomodoro Menulis’

Nak menulis banyak artikel sehari bukan semata-mata tentang rajin atau pandai susun ayat. Salah satu teknik yang paling berkesan dan dah lama digunakan oleh penulis dan pelajar di seluruh dunia ialah Teknik Pomodoro.

Apa itu Pomodoro?
Ia adalah teknik pengurusan masa yang mudah tapi sangat power. Teknik ini membahagikan masa kerja korang kepada beberapa sesi pendek dengan selang waktu rehat supaya otak tidak penat atau tepu.

Cara praktikal guna Teknik Pomodoro untuk menulis:
  • 25 minit fokus menulis tanpa henti (tutup notifikasi, jangan buka media sosial)
  • 5 minit rehat (minum air, jalan-jalan, regangkan badan)
  • Ulang 4 kali, kemudian ambil rehat panjang selama 30 minit
Untuk blogger, Pomodoro adalah senjata rahsia untuk hasilkan banyak artikel tanpa rasa penat atau 'mental block'. Apabila korang dah biasa, menulis akan jadi rutin — bukan paksaan.


8. Pilih Format Artikel Pantas 

Nak tulis 5 artikel sehari? Kuncinya adalah dengan pilih format artikel yang senang dikembangkan. Tak semua artikel perlukan struktur panjang berjela atau gaya bahasa novel. Korang cuma guna format yang ringkas tapi padat, dan mudah diulang dengan pelbagai tajuk.


Berikut ialah antara format paling cepat dan efektif untuk blogger:

1. Listicle (Senarai)
Contoh: 7 Sebab Anda Perlu Mulakan Blog Tahun Ini
– Format ini sangat mudah kerana korang hanya perlu senaraikan point, kemudian huraikan satu per satu.


2. How-To Guide (Panduan Langkah Demi Langkah)
Contoh: Cara Buat Blog Dalam 30 Minit
– Gaya ini popular di kalangan pembaca Google yang cari solusi cepat. Sangat sesuai untuk topik tutorial.


3. Checklist
Contoh: Senarai Semak Sebelum Lancarkan Blog
– Pembaca suka artikel berbentuk senarai semak kerana ia praktikal dan boleh digunakan terus.


4. Tips Ringkas
Contoh: 5 Tips Tingkatkan SEO Blog Anda Tahun 2025
– Korang boleh kembangkan setiap tip menjadi satu artikel baru pula!


Dengan format seperti listicle atau checklist, korang tak perlu risau nak fikir struktur artikel dari A sampai Z. Tak perlu intro panjang berjela. Hanya mulakan dengan tajuk, terus senaraikan poin-poin utama, dan huraikan secara ringkas.

Ramai blogger, terutama yang baru mula, terperangkap dalam mindset “kena tulis cantik dan panjang macam novel.” Sebenarnya, pembaca moden suka ayat pendek, terus ke poin, dan mudah hadam.
Dengan format yang padat korang boleh guna gaya bahasa santai tapi tetap sampaikan ilmu.

Antara kelebihan paling ketara apabila guna format ini, korang boleh pecahkan satu topik besar kepada beberapa artikel kecil yang fokus.


Kesimpulan

Menjadi konsisten menulis blog walaupun sibuk dan kehabisan idea bukan lagi mustahil. Bila korang tahu teknik yang betul, idea takkan cepat hilang dan blog korang akan sentiasa hidup serta relevan!

Dah cuba mana-mana teknik dalam artikel ni? Kongsikan pengalaman korang di ruangan komen!

Catat Ulasan

18 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Bergantung kepada masa terluang dan sumber bahan.
    Asalkan blog tidak bersawang, okaylah

    BalasPadam
  2. tips menarik. apa yang shu pernah buat. entry banyak dalam draf. hahahaha pastu dah blur xleh update.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha sy lepas dah buat draf bila ada mood sy akan habiskan tulis draf

      Padam
  3. Saya update bila ada idea je hahaha. Happy Independence day btw! (^-^)v

    BalasPadam
  4. Kalau Naim sendiri, biar ada idea sendiri baru tulis cepat2 hehe

    BalasPadam
  5. Macam rabia,rabia kena ada gambar and kalau dah ada idea baru rabia menulis blog..

    BalasPadam
  6. Mcm.mama juga.. cecepat masukkan Dlm drag sebelum.teeluoa. cuma nak olah ayat je yg ikut mood

    BalasPadam
  7. Tak reti sangat guna notes dekat phone ni. Tapi kalau manual ada la juga buat

    BalasPadam
  8. Kadang-kadang baca online news pun boleh dapat idea nak update post baru kat blog.

    BalasPadam
  9. Good idea! Tapi akak ni tetap lembap bab menulis...very, very slowwww...;)

    BalasPadam
  10. Semua yang Nurul bagitahu ni, semuanya saya buat ..

    BalasPadam
  11. Saya selalu catat di notes hp. Jadi tiap kali traveling atau kuliner detil2 penting akan saya tulis di notes dulu. Baru setelah itu pindahkan ke blog. Cara ini efektif , apalagi kadang saya baru mulai menulis cerita traveling bisa saja 1 THN kemudian. Sebab terlalu banyak draft dari tulisan2 traveling yg sebelumnya 🤣🤣. Makanya saya kdg tunda dulu tulisan yg baru, tp publish yg lama2.

    Pomodoro juga pernah pakai. Melatih kita fokus memang.

    Biasanya saya akan prepare tulisan dari hari Minggu, Senin utk dipoles, dan Selasa publish. Seminggu sekali saja.

    Karena 6 hari saya nak interaksi dengan banyak pembaca di blog saya. Termasuk membalas komen2 mereka, dan visit blog mereka. Itu membuat blog kita akan ramai

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad