Lirik Lagu Nasyid Pergi Tak Kembali - Rabbani

Assalamualaikum
Bismillah


Lirik Lagu Nasyid Pergi Tak Kembali - Rabbani

Setiap insan pasti merasa 
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana
Akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada
Lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang ke sana


7 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Bila dengar lagu ni je kan automatik akan rasa gerun terus ingat mati. Menusuk ke qalbu

    BalasPadam
  2. Sekarang dah tak jumpa lagu nasyid yang macam nie.. lagu nie dari remaja dah dengar.. memang membuatkan kita berfikir..

    BalasPadam
  3. Lagu yang tak lapuk dek zaman. Sangat deep. Beri peringatan pada kita semua bahawa kita pasti mati dan hanya amalan baik yang dibawa ke 'alam' sana.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama