Assalamualaikum
Bismillah
Bismillah
Permohonan Kemasukan ke Prasekolah hanya boleh didaftarkan di E-PRASEKOLAH sahaja.
Oleh itu, bagi anak yang akan bersekolah ke prasekolah mestilah mendaftar secara dalam talian sebelum menghantar borang permohonan manual ke sekolah yang didaftarkan.
Permohonan yang berjaya didaftarkan boleh disemak secara online.
Cara Semak Status Permohonan Prasekolah.
Langkah 1 : Klik E-PRASEKOLAH untuk mendaftar. Bagi yang sudah mendaftar sebagai pengguna, MASUKKAN ID kita (bukan MYKID anak ye). Taip KATA LALUAN dan LOG MASUK.
Langkah 2 : Anda akan terus ke laman utama seperti dalam gambar di atas. Seterusnya, klik STATUS PENDAFTARAN untuk menyemak PERMOHONAN.
Langkah 3 : MASUKKAN NOMBOR MYKID anak anda dan klik butang search.
Pastikan NOMBOR MYKID dan NAMA PENUH anak anda adalah betul. Semak NAMA SEKOLAH yang didaftarkan.
Seperti yang tertera dalam gambar, PERMOHONAN telah berjaya didaftarkan. Hanya menunggu pengesahan daripada pihak sekolah sahaja samada permohonan untuk mendaftar di sekolah tersebut diterima ataupun tidak.
Semoga membantu.
good info :)
BalasPadamterima kasih Ejulz :)
PadamCatat Ulasan
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.