Semuanya Kerana Wang

6
Assalamualaikum
Bismillah

Nama aku adalah WANG. Nama panggilanku adalah DUIT. Nama popular pula adalah MONEY. Kalau di Malaysia aku dikenali dengan Ringgit, di Indonesia aku digelar Rupiah. Manakala di Singapura aku terkenal sebagai DOLAR. 

Aku tidak ke mana-mana, tetapi aku ada di mana-mana. Seluruh pelosok dunia aku berada. 


Wajahku nampak biasa, mempunyai fizikal yang lemah. Namun, aku mampu mengawal KUASA dan DUNIA. Aku mampu merubah tingkah laku bahkan sifat manusia. Hal ini kerana manusia sering memuja aku.

Kerana aku, manusia sanggup berubah keperibadian dan tingkah laku. Mengkhianati sahabat, memusuhi keluarga, menjual tubuh. Bahkan, ada yang sanggup meninggalkan agama dan keyakinannya demi aku! Aku tidak mengenali dan membezakan orang yang baik mahupun yang jahat. Tetapi manusia yang memakai aku menjadi penanda aras insan dan kemewahan. 

Aku bukan IBLIS, tetapi seringkali orang melakukan kekejian demi aku! Aku juga bukan orang ketiga, tetapi ramai suami isteri yang berpisah gara-gara aku. Kakak dan adik berbalah dan saling membenci kerana aku. Anak dan orang tua berselisih .. gara-gara aku!

Jelas sekali aku BUKAN TUHAN. Tetapi manusia menyembahku seperti Tuhan. Bahkan, kerap kali manusia lebih menghormatiku dari Tuhannya. Padahal Tuhan sudah berpesan jangan di perhamba oleh wang...Seharusnya aku melayani manusia... Menjadi hamba manusia... Tetapi kenapa manusia pula yang mahu jadi hamba aku...?

Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk sesiapapun... Tetapi ramai orang yang rela mati demi aku...

Perlu diingat...Aku hanya mampu menjadi alat bayar ramuan ubat anda...Namun, aku tidak mampu memanjangkan hidup kalian. Kalau suatu hari nanti kalian di panggil Malaikat, Aku tidak akan dapat menemani. Apalagi jika ingin menjadi penebus dosa-dosa kalian. Aku takkan mampu.

Pesanku, jangan terlalu cintakan aku! 



Catat Ulasan

6Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. betul! kita hidup bukan kerana duit tapi untuk hidup kena ada duit.

    BalasPadam
  2. Hai Wang ... Wang besar .. wang besar ... hehehe
    Jangan hidup bertuhankan WANG ..

    BalasPadam
  3. Yup! Hakikatnya... Jangan hidup bertuankan duit. Buruk padahnya.

    BalasPadam
  4. dunia sekarang manusia dah jadi hamba wang..

    BalasPadam
  5. alahai...
    sedih nyer :(
    org selalu kata, wang bukan segalanya. bahagia yg dicari.
    tapi, tanpa wang, bahagia kah? cukup kah?

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !