Lirik Lagu Nasyid Sesungguhnya - Raihan

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu Tapi aku tidak mengerti Mengapa cinta masih tak hadir Tapi aku tidak mengerti Mengapa rindu belum berbunga
Assalamulaikum
Bismillah


Lirik Lagu Nasyid Sesungguhnya - Raihan

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Kucuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Kucuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kautsar

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga kutahu
Syukurku adalah milik Mu

4 Comments

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda. *

  1. lagu ni best sangat sangat haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha yeaa.. skrg viral Alif Satar dgn Raihan pula

      Delete
  2. suka layan Raihan zaman dulu2.. sayang dh x ada album terbaru.. lirik yg bermakna..

    terima kasih sudi komen kat blog ejulz
    http://ejulz.blogspot.com/2018/05/senarai-pengomen-tegar-mei-2018.html

    ReplyDelete

Related Posts