Dikuasakan oleh Blogger.

Emosi Kurang Stabil

Assalamualaikum
Bismillah

Entahlah kenapa baru-baru ini hati aku mudah tersentuh, mudah marah dan sering menangis. Banyak perkara yang berlaku bermula daripada Bulan April sehinggalah sekarang. Terlalu banyak yang difikirkan. Pada Bulan April yang lalu, aku agak sedih kerana permohonan internship aku ditolak atas sebab tempat yang aku memohon praktikal tersebut telah penuh dan dorang telah memilih beberapa pelajar lain daripada Universiti lain. Dalam tempoh seminggu aku terpaksa mencari lagi balik tempat praktikal yang baru. Alhamdulillah aku dah jumpa tempat dan email kepada agensi berkenaan 2 minggu yang lalu tetapi sampai sekarang aku masih belum mendapat feedback.


Yang menyebabkan emosi aku terganggu apabila coursemate aku terus-terus menanya kenapa aku masih belum diberikan jawapan, yang lain ada tempat untuk praktikal sudah. Masa sudah semakin suntuk dan sebagainya. Tetapi aku hanya diam dan tersenyum sahaja. Ada yang kawan aku hantar surat penempatan praktikal lewat seminggu daripada aku tetapi dia sudah dapat jawapan daripada agensi tersebut. 

Ditambah pula dengan kejadian yang betul-betul menyebabkan emosi aku terganggu apabila aku kehilangan duit RM400 lebih selepas mama aku berikan aku duit untuk sewa rumah dan juga duit kolej kediaman yang baru sahaja aku dapat claim hilang begitu sahaja sama ada dicuri ataupun macam mana aku tidak tahu. Wallhu'alam. Allah SWT sahaja yang tahu. Bukan sekali aku kehilangan duit tetapi DUA KALI. Allah saja yang tahu betapa aku amat marah dan sedih pada masa tu dengan duit yang memang cukup-cukup makan sahaja.

Baru-baru lagi rumah aku sewa ini sinki dapur dan saluran air tempat mesin basuh tersumbat menyebabkan kami tidak dapat menggunakan sinki. Walaupun aku sudah bagi warning berkenaan sisa makanan yang sepatutnya perlu dibuang di tong sampah tetapi masih juga ada yang buang di dalam sinki sehingga menyebabkan ia tersumbat. Apabila sinki tersumbat dan mesin basuh tidak dapat digunakan aku terpaksa bersihkan kawasan tu. Yang lain cuma tunggu aku bersihkan saja. 

Disebabkan aku rasa penat tekak mahu bercakap so aku just tinggalkan notis besar-besar dan tampal di dinding supaya dorang bertanggungjawab membuang sampah setiap kali sampah penuh. Sebab sebelum ini aku sahaja yang terpaksa kumpul sampah, ikat dan buang. Even plastik sampah aku juga yang selalu beli. Entahlah, aku rasa macam penat juga. Sometimes, dorang tiada ke perasaan bertanggungjawab? Kalau aku yang tinggal serumah, housemate aku balik-balik asyik muka dia saja yang buang sampah aku rasa malu sangat. Betullah setiap orang mungkin tidak sama. 

Dan baru-baru ini aku terlalu sibuk dengan tugasan yang berlambak serta pembentangan yang tidak pandai habis-habis disebabkan cuti PRU14 hari tu. Selama ini aku jadi tukang compile semua reports dan slides presentation. Tetapi ada beberapa hari tu seiously aku rasa betul-betul penat dan tertekan so aku bagi orang lain untuk compile tugasan kami. But, aku punya part tiada dalam report tu. Dan esok kami dah nak bentang dan aku baru tahu hari ini. Aku tak tahu macam mana part aku boleh tertinggal.

Aku cerita di sini bukan mahu salahkan sesiapa. Cuma aku mahu meluah. Yang emosi aku sangat terganggu. Kadang kala tu kalau aku tidur aku memang tidak sedar sudah. Sebenarnya ada banyak perkara lagi aku mahu cerita tetapi aku malas mahu cerita. Mungkin luaran  aku nampak biasa. Tiada masalah pun. Aku tahu orang lain juga ada masalah dorang tersendiri, mungkin lebih teruk daripada aku. 

Aku berharap semoga Allah permudahkan segalanya buat aku. Semoga hari esok lebih baik daripada semalam.



6 ulasan:

  1. Sabar ye.. Setiap ujian ada jalannya. Semoga dipermudahkan urusan selepas ini.

    BalasPadam
  2. Allahu.. besar ujian buatmu dik. Akak dulu ms nk praktikal pun xdpt surat. byk yg reject. at last ada rezeki akak dpt ganti tempat kawan, dia dpt 2 tawaran praktikal.

    akak doakan ada rezeki yg lebih baik menanti & Allah Gantikan duit yg hilang tu dengan imbuhan yg xdisangka2. Aamiin ya Allah. Berdoa & teruskan berdoa,k


    Jemput singgah sini

    BalasPadam
  3. be strong Nurul! InsyaAllah moga urusan cari tmpt praktikal dan kehidupan di rumah sewa tu dipermudahkan.

    BalasPadam
  4. Sabar Nurul sabar...dengan busy study lagi, masalah pemalas your housemate tu plus duit hilang pulak tu, tu semua ujian tu so kena sabar banyak-banyak

    BalasPadam
  5. semoga dipermudahkan urusan.. goodluck..

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.