Langkau ke kandungan utama

5 Cara Kawal Anak Daripada Ketagihan Gadget

Assalamualaikum
Bismillah

Zaman sekarang merupakan zaman moden di mana kanak-kanak awal usia mula didedahkan dengan pelbagai teknologi canggih seperti TAB dan IPad. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak mula ketagihan dan sukar untuk mengawal penggunaan gadget mereka.

photo kredit to : http://www.cikgushare.com 

Namun, di sini aku akan kongsikan 5 Cara Kawal Anak Daripada Ketagihan Gadget. Ibu bapa perlu mengawal pengunaan gadget terhadap anak mereka kerana kanak-kanak awal usia belum mampu untuk mengawal diri sendiri. Sedangkan makan dan minum mereka pun perlu dikawal, inikan pula nak bagi 100% kebebasan menggunakan gadget tanpa sebarang kawalan?

1. Elakkan Daripada Caj 100% Bateri Penuh

Elakkan daripada cas iPad/Tab sehingga penuh. Sekurang-kurangnya tinggalkan 15%-20% sahaja untuk sekali pakai. Hal ini akan dapat hadkan penggunaan gadget anak itu sendiri. 

Bateri yang penuh akan menyukarkan anak kita untuk melepaskan iPad ataupun Tab. 

2. Jangan Ajar Anak Unlock Password

Jangan sesekali ajar anak kita untuk unlock password apa-apa sahaja sebarang gadget seperti laptop, smartphone, iPad ataupun Tab. Hal ini demikian kerana kebinasaan otak, pemikiran dan perlakuan anak selalunya bermula dari situ.

Apabila kita membiarkan mereka mendapat kebebasan penuh untuk buka kata laluan menunjukkan kita memberi sepenuhnya kuasa untuk anak kita menggunakan gadget tersebut bila-bila masa. 

Apabila anak-anak mula ada kuasa untuk membuka sendiri kata laluan maka secara langsung dia juga ada kuasa untuk tutup atau berhenti main gadget bila-bila masa yang dia mahu. Keadaan ini akan menyukarkan mereka untuk berhenti.

Bermula di saat kita memberi kuasa tersebut, anak-anak akan mula tidak mendengar cakap kita apabila kita suruh berhenti. Malah, mereka akan cenderung untuk membuka sendiri kata laluan tanpa pengetahuan ibu bapa. 

Apa sahaja jenis hiburan, pastikan kita yang berkuasa untuk memulakan dan memberhentikannya. Hal ini demikian kerana kita yang lebih berkuasa untuk mengawal pengunaan gadget tersebut, dan bukan sebaliknya.

3. Pastikan Anak Memahami Bahawa Gadget Adalah Kepunyaan Ibu Bapa

Jangan sesekali mengajar anak-anak dengan mengatakan iPad atau Tab tersebut milik anak. Kebanyakkan ibu bapa sendiri yang menggalakkan anak-anak untuk menggunakan gadget dengan mendownload banyak games agar anak-anak dapat bermain apabila dalam keadaan bosan.

Selain itu elakkan daripada bercakap:

"Adik, tolong ambilkan iPad adik tu" atau "Mama nak pinjam iPad adik boleh?" Keadaan ini seolah-olah memberitahu mereka bahawa gadget tersebut kepunyaan mereka.

Tegaskan kepada anak-anak bahawa gadget itu kepunyaan ibu bapa. Mereka hanya pinjam. Apabila pinjam, maka anak-anak tersebut akan memahami barang yang dipinjam harus dipulangkan semula bila-bila masa ibu bapa minta.

4. Gunakan iPad & Tab Sebagai Ganjaran Positif

Gunakan gadget sebagai ganjaran apabila anak-anak capai sesuatu. Sebagai contoh, apabila anak-anak dapat menyiapkan kerja sekolah, maka mereka akan diberi peluang untuk bermain gadget selama sejam.

Galakkan anak untuk buat lebih banyak benda baik kalau nak dapat peluang untuk berhibur. Tetapi bukan semua pencapaian yang bagus kita kena bagi gadget. Ganjaran positif boleh jadi macam-macam benda yang anak suka. Kalau boleh biarlah "gadget"menjadi pilihan terakhir.

5. Alihkan Perhatian Anak Daripada Gadget

Setiap kali anak minta iPad atau Tab, cuba alih perhatian dia ke arah benda lain atau permainan lain. Ajak main puzzle,conteng-conteng, mewarna, masak-masak art atau kraf. Selagi boleh buat anak lupa gadget, buat.

Ini untuk mengurangkan tahap ketagihan anak terhadap penggunaan gadget. Apabila dibuat secara konsisten, lama-kelamaan minat dan hobi anak-anak akan berubah.

Cara-cara ini mungkin akan memakan masa. Oleh itu, ibu bapa harus kental dan jangan berputus asa. Ketagihan gadget jelas memberi lebih banyak impak yang negatif berbanding positif. Sebagai ibu bapa kita harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak. 

Kita banyak mengadu anak ketagih gadget tetapi kita sendiri handphone tidak pernah lekang dari tangan. Mengadu anak lewat tidur sebab layan iPad tetapi kita sendiri layan internet sampai terlelap. Kita nak anak jadi seorang yang baik tetapi kita sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik.

Ingat, kanak-kanak lebih banyak meniru perbuatan kita berbanding mendengar apa yang ibu bapa katakan.

Tidak salah anak-anak bermain gadget, cuma yang merisaukan apabila tiada pengawalan dalam penggunaannya sehingga menyebabkan ketagihan terhadap gadget.

Jauhkan gadget secara perlahan-lahan daripada anak-anak bukan secara drastik. InsyaAllah lama-kelamaan mereka akan lupakan gadget mereka. 

Sumber : Adlil Rajiah 

Ulasan

  1. Terima kasih sharing ni. Boleh share dgn kakak yg ada anak addicted gadget ni.

    BalasPadam
  2. Hana pun dah kira ketagih jugak dengan gadjet hahah! bahaya... bahaya... T^T thank you for the tips :3

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha Yg penting manfaatkan penggunaan gadget yg ada.. jgan salah guna ~ :)

      Padam
  3. gajet., jgn kn budak., mak ngan pak budak pun hanyut., xcaya tngok skeliling., huhu

    BalasPadam
  4. setuju2
    sekarang ramai budak2 ketagih gadget

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeaa.. ramai ibu bapa skrg yg umpan anak2 dgan gadget menyebabkan kanak-kanak menjadi ketagihan~

      Padam
  5. Setuju sangat-sangat.. Bila tak dapat gadjet mulalah nak tantrum..

    BalasPadam
  6. budak2 zaman dulu OK JE membesar tanpa gajet

    BalasPadam
  7. susah skrg ni sbb tantrum depa tu buat kita pening, mau tak mau kena bg juga hmmm

    BalasPadam
  8. abe kie bagi je anak guna HP tu sbb x nak dia guna HP abe kie. Tp abe kie hadkan masa dia guna hp agar x terleka...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catatan popular daripada blog ini

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...