Langkau ke kandungan utama

Cara Bayar Bil SESB Secara Online Melalui Cimb Clicks | Sii Nurul

Assalamualaikum
Bismillah

Hai kalian. Dah nak hujung bulan ni, jangan lupa bayar bil air dan elektrik rumah. Jangan biarkan bil-bil tersebut tertunggak berbulan-bulan nanti diri sendiri yang penat membayar tau. Kadang-kadang dalam kesibukan kita bekerja, kita lupa nak bayar bil. Nak bayar di kaunter pembayaran pula, kena berbaris dan menunggu giliran.



Panas, sesak, ramai orang lagi, buang masa, tenaga dan minyak kereta ulang-alik bayar bil. Tetapi dengan kemudahan teknologi moden sekarang, dah ramai yang bayar bil secara online kerana ianya lebih mudah dan cepat. Semuanya di hujung jari. 

Baiklah, di sini aku ingin berkongsi Cara Bayar Bil SESB Secara Online Melalui Cimb Clicks. Ikuti langkah yang berikut ya~



Langkah 1: Masukkan User ID CIMB Clicks korang dan kata laluan dengan betul


Langkah 2: Selepas log masuk ke akaun, korang akan dibawa ke muka hadapan CIMB Clicks. Klik pada menu "Pay Bills"


Langkah 3: Untuk pembayaran bil elektrik taip SESB untuk SABAH ELECTRICITY SDN BHD. Maukkan no akaun bil yang tertera pada bil. 

Cara Bayar Bil SESB Secara Online Melalui Cimb Clicks
(Maaf yg nie bil bulan lepas, korang hanya rujuk KOD STESEN  & NO AKAUN sahaja)

Langkah 4: Masukkan nombor KOD STESEN dahulu, diikuti dengan nombor AKAUN. Contoh : 310110196905. Masukkan amaun yang ingin dibayar.


Langkah 5: Pastikan nama bil tersebut adalah betul iaitu merujuk kepada "Sabah Electricity Sdn Bhd(SESB)" serta nombor akaun untuk bil juga tepat. Klik "Make Payment" untuk confirm pembayaran.


DONE! Pembayaran Bil SESB Secara Online Melalui Cimb Clicks telah berjaya. 

Alhamdulillah, aku sekarang memang bayar bil elektrik secara online ja. Hopefully post ini sedikit sebanyak membantu korang. Kita mudahkan urusan orang, InsyaAllah, Allah permudahkan urusan kita. :)

Sekiranya korang ada masalah dengan tutorial ini, sila komen di bawah ya ^^ 



Ulasan

  1. liez pun byr bill utiliti atau yg mana boleh buat online.mudah dan semua dekat hujung jari. tak perlu kluar rumah atau beratur panjang

    BalasPadam
  2. Tq share info.. sbb skrg dh kena guna aplikasi.. sbelum ni tak pon.. nasib baik ada yg sudi beri tunjuk ajar.. 😁

    BalasPadam
  3. Very helpful. Thank you!

    BalasPadam
  4. Thank you so much for your help! First time nk bayar bil elektrik di sabah. I searched for JomPay symbol at the bill, tp xjumpa. Luckily I found your blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome.. Alhamdulillah, sy happy dapat m'bantu..

      Padam
  5. Kalai dah bayar tu kan, bapa hari masa untuk dia tolak dalam sistem sesb tu eh? Sbb saya dah bayar tp taktolak lagi kat bill sesb tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kamu bayar bil 3 hari sblum bil elektrik keluar.. Don't worry, biarpun bil baru belum d'tolak.. Nti lepas kamu bayar bil yg baru nie automatik dorg akan tolak pembayaran yg kamu dah bayar.. Dorg cuma belum update saja.. Sy suggest kalau bayar 3-5 hari awal..

      Padam
  6. Bulika pakai credit card? Tu apa mcm ya

    BalasPadam
  7. articel ini sgt membantu sy untuk melihat no akaun. rupanya nak kena gabungkan kod stesen dan nombor akaun. terim kasih

    BalasPadam
  8. terima kasih atas tunjuk ajar..

    BalasPadam
  9. thanks Nurul... dah try masuk semua nombor yang ada kat bill tapi tak jadi jugak. nasib jumpa blog awak... rupanya kena masuk sekali sambung dengan kod stesen.

    BalasPadam
  10. Memang normal ke dia lambat tolak pada bill yang latest. kalau pada bill yang latest ada termasuk tunggakan (sedangkan kita dah bayar) so, kita patut proceed pada bill semasa je lah kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sblum ini sy bayar agak lewat drp tarikh bil elektrik keluar, so apabila keluar bil baru pembayaran yg bulan lepas punya belum ditolak.. walaupun belum ditolak sy hanya bayar bil semasa saja sebab takkan nak bayar dua kali pula kan,, hehe .. Alhamdulillah next month punya bil semuanya telah ditolak termasuk dgn tunggakan.. Sebaiknya keluar saja bil terus bayar..

      Padam
  11. hello ,nak tau cara payt SESB guna credit card ?harus pergi ke counter ? tq

    BalasPadam
  12. Klu dah merah blh tak lg bayar guna online

    BalasPadam
  13. Sy sda bye online bil elektrik bulan lepas yg berjumlah 54.80
    .. Knapa bila smpai bil bulan ne masuk balik jumlah tu sbg tunggakan?
    Sy check nama biller Dan no akaun biller mmg betul pun ..mcm mana ne?
    Takkan LA mau by balik jumlah tu yg d nyatakan sbg tunggakan byr balik dgn bil bukan ne?
    Cimbclicks atau sesb yg bermasalah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perlu bayar 2 kali.. Kalau mmg betul ikut tutorial nie masukkn kod stesen dan no akaun yg ada pada bil elektrik kita insyaAllah xda masalah juga..

      Biasanya dorg hanya lambat update ja.. Sebaiknya bayar bil sesb 1-2 minggu lebih awal supaya x t'tunggak.. Tp jgan risau utk bil lepas hanya perlu bukti resit yg kita dah bayar.. Ataupun screenshot dan print..hanya perlu bayar bil semasa tuk bulan nie ja..

      Kalau next month punya bil belum d'tolak semuanya maklumkan dgn sy d'komen ya.. Sy nak tau just in case kamu salah step masa ikut tutorial nie..

      Padam
  14. Terima kasih.. sangat membantu terutamanya waktu waktu PKPB sekarang nie.. ndak perlu pergi beratur membayar..

    BalasPadam
  15. Skrg dh xde num kod stesen.. Xdpt bt

    BalasPadam
  16. Brp Hari baru ditolak bil slps pmbyaran online banking dibuat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembayaran akan ditolak dlm masa 3-5 hari bekerja.. Boleh semak secara online juga di OCS SESB..

      Padam
  17. Sya dah bayar bil secara online pada 02/12)2020 semalam,pagi 03/12)2020 bil dtg seperti biasa,tapi bila tengok still ada tunggakan bayaran yg dlu..berapa lama online banking tu di proses ya..

    BalasPadam
  18. Hi mau tanya .. Sy baru bayar bil online melalui cimb click juga namun sy terkurang kasi masuk satu nombor terakhir dia 🥺 suda dia tolak duit dri acc baru perasan no kurang.. Macam mana tu ya😭

    BalasPadam
  19. Hai sya baru saja bayar bil online melalui cimb bank click namun suda kena tolak duit baru perasan kurang satu no terakhir macam mana tu ya😭😭

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catatan popular daripada blog ini

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...