Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Akhirnya dapat juga kami beli kereta Kancil! Walaupun cuma second, tapi syukur sangat!
Tak sangka sebenarnya. Tahun lepas aku tulis entri pasal sebab aku masih tak ambil lesen. Sekarang? Dah ada kereta walaupun lesen belum ada lagi. Haha!
Dalam entri sebelum ni aku ada tanya, perlukah wanita belajar memandu? Memang betul — belajar memandu penting zaman sekarang. Tapi untuk aku, masa tu belum sampai. Bukan tak nak, cuma ada beberapa faktor yang buat aku tangguhkan dulu hasrat belajar memandu.
Antara sebab-sebabnya aku tak nak belajar memandu kereta manual. Memandangkan kereta husband jenis manual jadi aku pendamkan saja hasrat nak belajar memandu dulu.
Sejak dari mula kahwin pun husband memang galakkan aku bawak kereta. Tapi aku sendiri yang belum bersedia. Aku lebih prefer nak bawa kereta auto ja sebab rasa lebih senang untuk aku belajar.
Nak beli kereta baru? Memang tak mampu. Nak apply loan? Tak lepas pulak. Jadi kami simpan duit ja dulu nak beli kereta auto. Dan memang makan masa bertahun jugalah sebab faktor kewangan. Bila duit dah cukup, keluar pula keperluan lain yang lebih penting kena diutamakan.
Bila semua urusan penting dah settle, kami start plan balik nak beli kereta. Since aku rasa dah ready nak belajar memandu, kami pun gigih cari kereta auto.
Of course pilihan paling utama — kereta Kancil. Itu saja bajet yang kami mampu. Nak beli kereta idaman aku (Kelisa — Gino) memang belum rezeki lagi, huhu.
Bab cari kereta ni aku memang serah je pada husband. Dia kan peminat kereta 😅 So aku ikut ja cita rasa dia.
Alhamdulillah bila bajet dah cukup, kami survey kereta dekat Marketplace dan Mudah.my. Banyak pilihan juga, tapi kebanyakannya tak berkenan atau perlu banyak kos repair.
Akhirnya kami jumpa satu kereta yang husband berkenan di Kluang. Memang rezeki kami; beli kereta pun selalu jadi di Kluang. Kereta pertama kami pun dulu suami beli di sana juga.
Lepas tu, proses ambil kereta pun berjalan lancar. Alhamdulillah, rasa lega bila urusan yang dirancang akhirnya jadi kenyataan. Walaupun kereta kecil sahaja, tapi bagi aku ini cukup besar maknanya — lebih kepada satu pencapaian peribadi dan juga usaha kami berdua.
Jujurnya, masa pertama kali tengok kereta tu, hati rasa bercampur. Excited tu ada, tapi dalam masa yang sama rasa cuak juga sebab aku memang masih dalam fasa nak belajar memandu.
Tak sangka rupanya dah seminggu kereta nie parking depan rumah. Rasa macam baru semalam ja uruskan ambil kereta tu. Mungkin kereta ini cuma biasa bagi orang lain tetapi sangat berharga bagi aku sebab melihat husband ynag siang malam usaha untuk tunaikan hajat aku ini,
Sekarang dah masuk hari ketiga aku belajar memandu sekitar Pontian. Aku tak ambil lesen di sini sebab tak biasa. Rancangnya nak ambil lesen di Sabah nanti sambil bercuti panjang. Sekarang cuma belajar sikit-sikit dulu.
Doakan aku supaya urusan belajar memandu dipermudahkan dan semuanya selamat. InshaAllah. ✨

Semoga dipermudahkan segala urusannya. Doakan saya juga direzekikan memiliki lesen dan kereta. Yeayyyyy dah ada keretaaaa :)
ReplyDeleteAamiin, terima kasih banyak doanya 🤍 Semoga akak pun dipermudahkan urusan ambil lesen dan cepat ada kereta sendiri yaa, insyaAllah!
DeleteSemoga dipermudahkan urusan belajar memandu! Tahniah dpt kereta baru. Yg penting bayar cash tu ha, dah tak perlu buat hutang.
ReplyDeleteSaya lagi teruk, ada lesen. Tapi sampai skrg pengecut druve kereta haha. Bawak pun sebab nak test2 je xD
Lama-lama ok tu, yang penting dah ada lesen! Betul, lega bila tak perlu fikir komitmen hutang panjang.
DeleteAlhamdulillah..Tahniah!
ReplyDeleteKereta pertama akak dulu pun Kancil auto. Dulu drive, tapi sekarang dah pencen awal 😆
Ambik lesen di Pontian, terpaksa hadap orang marah kita masa belajar drive kat Jalan Johor tu…sebab bawak slow katanya. Kenangan sungguh 😅
Jalan Johor tu memang mencabar sabar! Kancil auto memang banyak berjasa kan...Walaupun dah “pencen”, kenangan tu mahal sangat 🤍
DeleteYang penting bukan cepat, tapi stabil. Janji tak berhutang sampai sesak nafas
ReplyDeleteSetuju sangat 🤍 Biar lambat asal selamat dan stabil. Hidup pun lebih tenang bila tak terbeban komitmen yang berat-berat.
Deletewahhh.. tahniah dah dapat kereta idaman.. kecik atau besar yang penting sampai ke tempat tujuan.
ReplyDeleteSo sekarang ni bawa slow-mo dulu lah ya.. nanti dah dapat lesen baru boleh merempit ... ehhhh... tak... gurau je hehe
Aamiin terima kasih 🤍 Betul tu, kecik atau besar janji sampai destinasi dengan selamat 😆 Buat masa ni memang mode slow-mo dulu…
DeleteTakpe biorle orang kata apa yang penting kita hepey. Ala keta kecik ke besor ke kita yang hadap bayarannya. Yang penting kita punya sendiri. hehehehe
ReplyDeleteHehehe betul tu… yang penting kita happy dan mampu bayar tanpa stress 😄 Kecil atau besar, janji rezeki sendiri dan memudahkan urusan.
DeleteAlhamdulillah rezeki dapat kereta kancil comel yang molek untuk kegunaan Nurul. Kancil adalah antara kereta legend. Tahan lasak pun iya. Minyak pun jimat. Paling best boleh cilok parking dekat tempat sempit😅Semoga sukses belajar memandu ye.
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih doanya 🤍 Betul tu Kancil memang legend! Jimat minyak dan senang parking tu memang kelebihan paling best 😂
Deletetahniah sha dulu pun mula2 beli kancil ja..senang parking..jimat minyak..kalau macam sha kecil ja orang nya memang sesuai la kancil..tapi sekarang kereta tu husband dah nak jual..huhu..banyak kenangan dalam kereta tu..
ReplyDeleteAwww mesti banyak kenangan dalam kereta tu kan 🥹 Kecil molek tapi berjasa besar. Kalau jual nanti mesti rasa sebak sikit tu.
DeleteAlhamdulillah. Yang penting semangat untuk terus belajar memandu. 👍
ReplyDeleteTerima kasih 🤍 InsyaAllah pelan-pelan belajar sampai betul-betul yakin.
DeleteAlhamdulillah, tahniah atas pencapaian peribadi nurul & husband.. mmg puas hati sgt kan? entah berapalah fee belajar kereta sekarang eh
ReplyDeleteAlhamdulillah kak 🤍 Memang puas hati sangat rasa dia. Fee sekarang pun boleh tahan juga, tapi anggap je pelaburan untuk kemudahan jangka panjang 😄 Banyak penambahan juga dari segi belajar yg saya tahu..
Deleteteringat dulu pernah belajar memandu kat driving school guna kereta kancil manual. senang nak bawak kecil je. ada lesen ni senang nak ke mana2. tahniah beli kereta. yang penting takde monthly commitment.
ReplyDeleteHaa kan, ramai mula dengan Kancil 😄 Memang senang nak biasakan diri sebab kecil dan ringan. Betul, tak ada komitmen bulanan yang berat.. Cuma kena keluarkan kos untuk maintenance..
Delete