Tapi itulah seronoknya Eco Shop — banyak barang comel, berguna, dan kadang buat kita rasa excited nak cuba benda baru.
Sekarang jom kita tengok satu-satu apa yang aku beli…
1. 3D Wall Sticker
Beli ni sebab nak buat backdrop untuk gambar produk. Walaupun jarang-jarang upload video Shopee affiliates, nak jugak fokus sikit dengan setup yang cantik.
2. Tisu Gantung & Tisu Basah
Aku jarang pakai tisu, tapi sekali sekala di dapur memang berguna. Kalau guna kain lap, kadang susah nak asingkan kotoran, jadi tisu ni memudahkan kerja.
3. Tempat Simpan Makanan Bertutup
Sebenarnya nak beli corak lain, tapi dah habis. Suka mangkuk ni sebab penutupnya ketat, sesuai untuk dua orang je — tak perlu barang besar-besar.
4. Pinggan untuk Amalan Suku-Suku Separuh
Nak dekat Ramadan, senang nak amalkan diet ni. Pinggan ni membantu susun makanan ikut portion, mudah untuk control makan. Hopefully tahun nie diet membuahkan hasil.
5. Dark Chocolate Almond 😅
Baru je cakap nak diet… tapi tak tahan beli dark chocolate almond. Haha, namanya juga life balance, kan? 😆
Masuk Eco Shop ni memang macam perangkap — plan nak beli satu, tapi keluar dengan beberapa barang berguna. Korang pula suka beli apa bila masuk Eco Shop?

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
3D wall sticker tu kalau terpercik air or minyak boleh lap macam tu je kan?
ReplyDeleteYa betul 😊 Sticker ni jenis permukaan kalis sikit, jadi kalau terpercik air atau kotoran ringan memang boleh lap je. Setakat ni saya guna okay — cuma elakkan gosok terlalu kuat supaya tahan lebih lama 🤍
Deletelebih dari 3 barang banyak tu... hehehehe
ReplyDeleteHahaha nampak macam “3 barang je”… tapi bakul dah penuh 🤣
DeleteSebakul la selalunya sekali masuk rm40-50 la jawabnya. Semua benda rasa berguna.
ReplyDeleteKANNN! 😆 Masuk dengan niat nak ambil satu dua barang, sekali sampai kaunter terus terkejut jumlahnya.
DeleteLawa pula tengok 3D wall sticker tu. Kalau masuk Eco Shop, saya selalu beli barang berkebun macam semburan halau serangga, pasu dan benih sayur. Best la bila masuk, ralit tengok barang.
ReplyDeleteBetul! Sticker tu nampak simple tapi bila dah tampal terus bagi vibe lain pada ruang..Seronok dengar Tot suka berkebun — best tu! Masuk Eco Shop memang mudah ralit sebab terlalu banyak benda nak tengok.
Deletekedai berhantu ni... memang takdenya kata nak beli seketul dua barang. alih2 mesti terbeli lebih haha
ReplyDelete“Kedai berhantu” ya... haha.. Tarikan dia kuat kak— kedai eco nie paling bahaya untuk dompet😆
DeleteEco Shop ni bagi CCL memang macam magnet masuk je, terus rambang mata tengok semua barang menarik. Dari makanan, minuman, sampai barang rumah, semuanya nampak “mesti beli”!
ReplyDelete