Cara Menyemak Kedudukan Blog Di Similar Website

Assalamualaikum
Bismillah

Kalau dulu selalu check ranking blog di Alexa Rank kan? Sekarang ni laman web alexa dah tak aktif. Jadi sekarang ada cara baru untuk semak kedudukan blog korang di Similar Website.

Cara Menyemak Kedudukan Blog Di Similar Website

Cara Menyemak Kedudukan Blog Di Similar Website


1. Pertama sekali korang pergi ke https://www.similarweb.com/

2. Kemudian, masukkan URL BLOG dan klik SEARCH

Cara Menyemak Kedudukan Blog Di Similar Website


Di similar website korang boleh lihat kedudukan blog korang secara :
  • Global Rank - Traffic rank of site, compared to all other sites in the world
  • Country Rank - Traffic rank of this site. Shown for the country where it gets the most traffic
  • Categori Rank - Traffic rank of the site compared to all other sites in its main category in the top country

Berdasarkan data di atas, kedudukan Blog Sii Nurul di Similar Website adalah seperti berikut :
  • Secara global, blog ini berada di tangga kedudukan 861708 di seluruh dunia.
  • Manakala, kedudukan blog mengikut negara berada di tangga kedudukan 10217 yang mana trafik kebanyakkan datang dari Malaysia.
  • Dari segi kedudukan mengikut kategori niche Science and Education > Science and Education - Other (In Malaysia) pula berada di kedudukan ke 67.

Kategori niche Science and Education > Science and Education - Other ini Similar website sendiri yang tentukan berdasarkan kata kunci yang banyak digunakan di blog.

Traffic and Engagement Analysis

Cara Menyemak Kedudukan Blog Di Similar Website

Apa yang menarik di Similar Website, korang boleh lihat analisis trafik dan engagement seperti :
  • Total views
  • Last month change
  • Bounce Rate
  • Pages Per Visit
  • Avg Visit Duration

Walaupun begitu data analisis ini tidaklah begitu tepat sangat seperti di Google Analytics. Dan paling bagus sekali korang boleh lihat siapakah pesaing blog korang. 

Similar Sites & siinurul.com Competitors

Cara Menyemak Kedudukan Blog Di Similar Website

Apabila korang tahu siapa pesaing blog, korang mudah nak buat perbandingan kenapa blog pesaing lebih baik kedudukan berbanding blog kita.

Tujuan kita melihat pesaing blog adalah untuk :
  • Melihat berapa banyak kata kunci pesaing kerana blog kita bersaing dengan kata kunci yang sama dengan pesaing.
  • Memperbanyakkan artikel yang mempunyai niche yang sama dengan pesaing supaya dapat meningkatkan kedudukan mengikut kategori.

Top Marketing Channels

Cara Menyemak Kedudukan Blog Di Similar Website

Bahagian Top Marketing Channel kita boleh lihat sumber trafik blog datangnya dari mana? Untuk blog aku 68% sumber trafik daripada organic search iaitu Google. Yang lain pula daripada Direct dan Display.

Lagi banyak tafik yang datang dari enjin carian lagi baik kedudukan blog korang. Dan sebaik-baiknya trafik blog datang daripada pelbagai sumber.

Top Keywords by Traffic Share

Cara Menyemak Kedudukan Blog Di Similar Website

Dan antara sumbangan paling besar dalam ranking blog sudah tentulah kata kunci yang ada dalam blog. Semakin banyak kata kunci dalam blog semakin tinggi kedudukan blog korang.

Apabila kedudukan blog tinggi, akan memberikan kesan positif kepada :
  • Peningkatan trafik atau pageviews
  • Peningkatan earnings
  • Meningkatkan Page Rank dan Domain Authority
  • Banyak artikel yang berada di halaman 1-3 enjin carian
  • Senang dapat Job Guest Post

Kesimpulannya 

Similar Website sangat membantu blog korang untuk mendapatkan ranking yang baik samada secara global, di Malaysia mahupun mengikut kategori niche.

Kebanyakkan tools yang disediakan seperti Ubersuggest, Similar Website, dan Keyword Everywhere mempunyai banyak manfaat sekiranya korang tahu gunakan alat tersebut.

Sama juga seperti Similar Website, kita bukan sekadar semak kedudukan blog kemudian lihat blog kita nombor ke-berapa. Nombor cuma sekadar angka sahaja. 

Baiklah sampai di sini saja perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat buat semua.


Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

2 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama