Bismillah
Jika ada seseorang datang kepada kita menyampaikan hal keburukan orang lain janganlah kita menambah apa-apa dan jangan kita sampaikan pula kepada orang lain. Diam lebih baik.
Apa yang kita tuliskan semuanya akan dipertanggungjawabkan oleh diri kita sendiri. Benda kecil dan nampak remeh.
Al-Imam al-Mubarakfuri menjelaskan bahawa sebahagian manusia memandang remeh perkataan yang diucapkannya sehingga dia tidak menyangka perkataan tersebut menjadi penyebab kepada dia dihumban ke neraka. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 12/79)
Apa yang kita tulis di facebook atau mana-mana platform bukan sahaja menjadi bukti malah tangan menjadi saksi kepada apa yang kita tulis dan kongsikan.
Aku sentiasa ingatkan diri sendiri untuk menulis hal-hal yang baik. Kita tidak tahu boleh jadi apa yang kita tulis menjadi doa yang Allah kabulkan. Boleh jadi juga apa yang kita tulis sebagai 'reminder' supaya kita sentiasa bermuhasabah.
Itu baru facebook memories. Bukan buku catatan amal.
Bayangkan buku catatan amal kita yang ditulis dengan lengkap berserta hari, masa, tahun. Tak terbayang. Apa yang kita tulis di media sosial kita boleh padam. (Kalau sempat).. Tetapi dosa yang kita lakukan di dunia takkan terhapus tanpa taubat.
Semoga Allah sentiasa melindungi diri kita.
Diam lebih baik
BalasPadamBetul
terima kasih nurul atas ingatan ini.
BalasPadam