Siinurul.com Blog Performance April 2023

1
Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah 'ala kulli haal.. Prestasi blog untuk bulan April menunjukkan penurunan yang ketara sekali dari segi web clicks, impressions dan pages with first impressions berbanding bulan Mac lalu.

Apa yang aku dapat perhatikan sepanjang bulan Apri ini, antara faktor yang menyebabkan penurunan prestasi blog ialah :

1. Kurangnya update konten baharu

Bulan April aku jarang update blog. Aku hanya menulis 14 artikel sahaja berbanding bulan sebelumnya. Oleh sebab itulah pentingnya menulis di blog dengan konsisten. Menulis di blog dengan konsisten memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi. 

blog-performance

Menulis dengan konsisten dapat meningkatkan jumlah trafik (audiens) yang setia.  Bukan itu sahaja, menulis di blog dengan konsisten juga dapat meningkatkan impressions kerana search engine (Google) sangat suka konten yang sentiasa dikemaskini. 

Ini akan membuka peluang kepada mesin pencari untuk menemukan dan mengindeks blog kita dengan lebih baik supaya dapat membantu menarik lebih banyak pengunjung.

2. Musim Perayaan

Pada bulan April merupakan musim perayaan Aidilfitri, kebiasaannya pada musim perayaan trafik blog sangat rendah kerana berlaku penurunan dalam aktiviti online. Semasa musim perayaan kebanyakkan orang sibuk untuk membuat persiapan dan mengalihkan perhatian mereka daripada melakukan aktiviti online. 

Selain itu juga, semasa musim perayaan minat dan preferensi pengguna berubah dan mungkin lebih tertarik pada topik-topik yang berkaitan dengan perayaan sementara topik yang biasanya ditulis di blog mungkin tidak sesuai dengan orang pada masa ini. 

Oleh sebab itulah pada bulan Ramadan dan Aildilfitri, blog yang banyak berkongsi tentang resepi mendapat trafik yang lebih tinggi daripada kebiasaan. Dan pada bulan April ini pula aku kurang sekali berkongsi resepi serta hal-hal yang berkaitan musim perayaan.

Kesimpulannya 

Sekiranya blog tidak dikemaskini secara berkala, pembaca akan mulai kehilangan minat atau rasa tertarik untuk kembali ke blog. Hal ini demikian kerana biasanya pembaca mencari konten yang segar, relevan dan bermanfaat untuk dibaca.

Oleh itu, sekiranya blog tidak menghasilkan konten baharu pembaca akan beralih ke blog yang lebih aktif dan memberikan infomasi yang baru. 

Selain itu, bagi blog yang berfokus kepada sumber pendapatan melalui iklan seperti Google Adsense akan memberikan kesan negatif kepada earning kerana iklan (sponsor) mungkin enggan beriklan di blog yang kurang aktif atau memiliki trafik yang rendah. 

Oleh itu, ia dapat menyekat peluang untuk mempromosikan produk atau iklan terbaru mereka. Jadi jangan hairan juga sekiranya CTR korang menurun. Kalaupun ada iklan yang berlegar di blog, kemungkinan nilai CPC untuk iklan tersebut adalah rendah.

Aku akui prestasi blog kali ini menurun disebabkan oleh sikap aku sendiri (Malas). Sejujurnya bukan senang ya nak konsisten menulis di blog. Selain itu, pada bulan April juga aku tidak membuat perancangan untuk menghasilkan konten di blog, tidak seperti bulan sebelumnya. 

Aku cuma kongsi pengalaman dan info tentang blog. Mungkin dengan prestasi blog ini dapat memberi manfaat kepada korang untuk menulis blog dengan lebih baik. 


Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !