Langkau ke kandungan utama

Bulan Syaaban 2023 - Kelebihan & Amalan di Bulan Syaaban

Assalamualaikum
Bismillah

Perkongsian ini ditulis oleh Ustazah Asma Harun tentang kelebihan Bulan Syaaban dan amalan-amalan yang boleh dilakukan sepanjang bulan yang mulia ini. 


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW. Kita sudahpun memasuki bulan Syaaban. Namun, ramai antara kita yang masih terleka bagi merebut kesempatan ini dan seperti tidak berlaku apa-apa, sehinggakan disebut dalam hadis Rasulullah SAW iaitu:

Usamah Ibnu Zaid r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW:

قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنْ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

Maksudnya: “Wahai Rasulullah, mengapa saya melihat engkau tidak berpuasa pada mana-mana bulan seperti engkau berpuasa dalam bulan Sya’ban. Baginda menjawab: Di antara Rejab dengan Ramadan, bulan Syaaban merupakan bulan yang kebanyakan manusia lalai. Ia juga merupakan bulan yang mana amalan diangkat kepada Tuhan pentadir alam dan aku suka amalan diangkat dalam keadaan aku berpuasa.” (HR Nasaie, Hadis Hasan)



Berdasarkan hadis di atas, jelaslah bahawa Nabi Muhammad SAW banyak berpuasa di bulan Sya'ban sepertimana hadis lain daripada Saidatina Aisyah r.a., beliau menceritakan:


كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لَا يُفْطِرُ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لَا يَصُومُ فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلَّا رَمَضَانَ وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ

Maksudnya: “Rasulullah SAW ada masa berpuasa sehingga kami mengatakan Baginda tidak mahu berbuka. Ada masa Rasulullah SAW tidak berpuasa sehingga kami mengatakan Baginda tidak mahu berpuasa. Saya tidak pernah melihat Rasulullah SAW berpuasa lebih banyak daripada Ramadhan melainkan pada bulan Syaaban.” (HR Bukhari, Hadis Sahih)



bulan-syaaban-2023

Kelebihan & Amalan Sepanjang Bulan Syaaban

Justeru, kita boleh mengambil peluang dengan kelebihan yang Allah SWT berikan pada bulan mulia ini untuk perbanyakkan berpuasa berdasarkan dalil-dalil berikut:


1) PUASA SUNAT ISNIN KHAMIS

Selain daripada merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW berkenaan puasa Isnin Khamis, terdapat kelebihan lain yang ada padanya iaitu kedua-dua hari tersebut berlakunya pembentangan amalan di hadapan Allah SWT. Allahu Akbar.

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:

تُعْرَضُ الأَعْمَالُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ، فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

Maksudnya: “Amalan dibentangkan pada hari Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku dibentangkan ketika aku sedang berpuasa.” [Riwayat al-Tirmizi (747)] [Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan gharib]



Dalam sebuah hadis yang lain, Saidatina Aisyah r.a. berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ

Maksudnya: “Adapun Nabi SAW sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.” [Riwayat al-Tirmizi (745)]



niat-puasa-isnin-khamis

2) PUASA SUNAT HARI PUTIH (AYYAMUL BIDH)

Disunatkan juga untuk beramal dengan puasa hari putih yang dikenali sebagai puasa ayyamul bidh iaitu puasa pada hari ke-13, 14 dan 15 di pertengahan setiap bulan Islam (Hijriyyah). 


Pahala sunnah ini seumpama berpuasa sepanjang tahun. SubhanAllah, sungguh besar gandaan pahala yang Allah kurniakan buat umat Nabi Muhammad SAW.


Berdasarkan hadis, daripada Ibnu Milhan al-Qaisi daripada ayahnya, dia berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ: ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ، وَخَمْسَ عَشْرَةَ. وَقَالَ: هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa pada hari bidh iaitu pada 13, 14 dan 15. Baginda berkata: hari-hari tersebut umpama setahun.” (HR Abu Daud, hadis sahih)


Hadis yang lain pula, daripada Abu Dzar r.a., katanya, Rasulullah SAW bersabda:


إِذَا صُمْتَ مِنَ الشَّهْرِ ثَلاَثاً، فَصُمْ ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ، وَخَمْسَ عَشْرَةَ
Maksudnya: “Sekiranya engkau berpuasa tiga hari dalam sebulan, puasalah pada 13, 14, dan 15 hari bulan.” (HR Tirmizi, hadis sahih)



niat-puasa-hari-putih


3) PUASA NABI DAUD A.S.

Kaedah puasa Nabi Daud a.s. dilakukan secara selang-seli iaitu sehari berpuasa dan sehari tidak berpuasa. Ia merupakan puasa yang terbaik dan dicintai Allah SWT.


Abdullah bin Amar r.a. berkata, Rasulullah SAW berkata kepadaku:


أَحَبُّ الصِّيَامِ إِلَى اللهِ صِيَامُ دَاوُدَ كَانَ يَصُومُ يَوْمًا وَيُفْطِرُ يَوْمًا وَأَحَبُّ الصَّلَاةِ إِلَى اللهِ صَلَاةُ دَاوُدَ كَانَ يَنَامُ نِصْفَ اللَّيْلِ وَيَقُومُ ثُلُثَهُ وَيَنَامُ سُدُسَهُ

Maksudnya: “Puasa yang paling disukai oleh Allah SWT ialah puasa Nabi Daud. Baginda berpuasa sehari dan tidak berpuasa sehari. Dan solat yang paling disukai oleh Allah SWT ialah solat Nabi Saud. Baginda tidur pada pertengahan malam, ibadah pada satu pertiga malam dan tidur pada satu perenam malam yang berbaki.” (HR Bukhari, hadis sahih)


niat-puasa-nabi-daud

Walau bagaimanapun, apabila kita melakukan puasa Nabi Daud a.s., akan timbul persoalan berkenaan untuk amalkan puasa sunat yang lain seperti Isnin Khamis, hari Putih, Asyura dan Arafah. 


Secara mudahnya, dapat difahami bahawa Isnin puasa, Selasa tidak puasa, Rabu puasa, Khamis tidak puasa, Jumaat puasa, Sabtu tidak puasa, Ahad puasa, Isnin tidak puasa dan seterusnya.

Sheikh al-Islam Zakariyya al-Ansari menjelaskan berkenaan puasa Nabi Daud a.s. bahawa: 

“Jika hari yang tidak berpuasa (puasa Nabi Daud a.s.), kemudian jatuhnya pada hari itu, disunnahkan untuk berpuasa seperti hari Arafah dan Asyura, yang utama ialah melakukan juga puasa pada hari tersebut. Ia tidaklah menghalang kelebihan berpuasa cara Nabi Daud a.s.”


Sehubungan dengan itu, kita boleh menggabungkan puasa-puasa sunat seperti yang dicadangkan berikut:

Menggabungkan Puasa Sunat Isnin Khamis, Puasa Hari Putih & Puasa Nabi Daud A.S

Sesungguhnya ia adalah kesempatan emas buat kita untuk menyucikan dan perbaiki diri sebelum menyambut bulan Ramadhan. Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan yang dijanjikan syurga ar-Rayyan iaitu khusus untuk orang yang melazimi ibadah puasa.


Daripada Sahl bin Sa’d r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ في الجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانِ يَدخُلُ مِنهُ الصَّائِمُونَ يَومَ القِيَامَةِ، لَا يَدْخُلُ مِنهُ أَحَدٌ غَيْرُهُم

Maksudnya: “Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama ar-Rayyan khusus untuk ahli puasa memasuki syurga melaluinya pada hari kiamat kelak. Selain daripada mereka, tidak dibenarkan masuk.” (HR Bukhari dan Muslim, hadis sahih)



AMALAN SALAFUSSOLEH DI BULAN SYAABAN 

1) MEMPERBANYAK TADARUS AL-QURAN 

Membaca Al-Quran lebih banyak pada bulan Syaaban merupakan amalan para salafussoleh terdahulu. Tidak hairan jika bulan Syaaban dipanggil sebagai “bulan para pembaca al-Quran” dan “bulan al-Quran”. 


Sedangkan Amr bin Qais Al-Mala’i menghentikan aktiviti jualannya di bulan Syaaban hanya kerana meluangkan waktu untuk tadarus al-Quran, Allahu Akbar.


Hasan bin Sahl meriwayatkan bahawa bulan Syaaban bertanya kepada Allah, mengapa ia ditempatkan di antara dua bulan agung antara Rejab dan Ramadan? “Aku menjadikanmu sebagai bulan untuk umat-Ku bertadarus,” jawab Allah SWT. 

2) MEMPERBANYAK BERSEDEKAH 

Selain tadarus, umat Islam juga dianjurkan untuk memperbanyak bersedekah kepada golongan dhuafa’, agar golongan tersebut dapat menyambut dengan gembira apabila menjelang bulan puasa. 

Sayyid Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Abbas Al-Maliki menukilkan dalam karyanya, Ma Dza fi Sya‘ban:

 قال الحافظ ابن رجب الحنبلي رحمه الله تعالى روينا بإسناد ضعيف عن أنس رضي الله عنه قال: كان المسلمون إذا دخل شعبان انكبوا على المصاحف فقرأوها وأخرجوا زكاة أموالهم تقوية للضعيف والمسكين على صيام رمضان 

Maksudnya: “Ibnu Rajab Al-Hanbali r.a., mengatakan, kami menerima riwayat dengan sanad dhaif dari Anas r.a., yang mengatakan bahawa ketika masuk bulan Syaaban umat Islam tertunduk pada mushaf al-Quran. Mereka menyibukkan diri dengan tadarus dan mengeluarkan harta mereka untuk membantu kelompok dhuafa dan orang-orang miskin dalam menyambut kedatangan bulan Ramadan,”



Semoga ia dapat menjadi penambah saham pahala dan ‘warm up’ untuk kita menjelang bulan Ramadan yang dinanti. InsyaAllah.


Sumber : Facebook Ustazah Asma Harun

Ulasan

  1. Terima kasih atas perkongsian. Semoga kita beroleh manfaat selalu.

    BalasPadam
  2. bln ni byk puasa ganti 🤭 tu laa akibat tangguh menagguh

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catatan popular daripada blog ini

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...