Langkau ke kandungan utama

Cara Kemaskini Permohonan SPA8i & Padam Permohonan Lama

Assalamualaikum
Bismillah


Hari ini aku akan kongsikan cara paling ringkas sekali tentang bagaimana mahu mengemaskini permohonan SPA8i serta cara untuk padam permohonan lama. 

Berikut adalah langkah-langkahnya :

1. Masukkan ID dan kata laluan. 


2. Seterusnya, semak tarikh permohonan bila kali terakhir anda memohon atau kemaskini.

3. Klik jawatan SPA. Seterusnya anda akan lihat halaman bagi jawatan yang telah dipohon.

4. Anda akan lihat senarai jawatan yang dipohon berada dalam kotak sebelah kanan.



5. Sekiranya anda ingin menukar ke jawatan ataupun padam jawatan yang tidak diingini, anda hanya perlu klik jawatan tersebut (seperti kurungan berwarna merah). Setelah itu, klik anak panah kiri untuk padam/tukar. Sekiranya ingin menambah jawatan baru, anda hanya perlu memilih mana-mana jawatan yang diminati di kotak sebelah kiri dan tekan anak panah kanan untuk memohon.

6. Simpan untuk dikemaskini

7. Semak semula perhonan anda.


8. Semak tarikh permohonan untuk melihat bahawa permohonan anda telah dikemaskini.

9. Permohonan jawatan baru telah dikemaskini dan didaftarkan. Anda boleh lihat senarai jawatan lama yang aku memohon sebelum ini telah dipadam. 

Sekian itu sahaja. Semoga membantu kalian semua. Aku doakan semoga anda dimurahkan rezeki. Amin...



Video ini adalah Cara Delete Permohonan SPA8. 
Semoga membantu :)

Ulasan

  1. Hi! Sorry kak... Nak Tanya... Akak ada pengalaman kerja sbg PPM kan... Sy nak Tanya macam mana nak mohon jawatan itu ya???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sorry ya.. Sy xda pengalaman kerja sebagai PPM pun..

      Padam
  2. nice info nurul.. busyra pun isi SPA ni tp belum ada rezeki.. mudah2an kedepan nnti.

    BalasPadam
  3. Nakk tanya...kalau status permohonan tu tulis draf maksudnya apa ya?

    BalasPadam
  4. Sy mohon spa ini dgn sijil lepasan spm . Skrng sy ada sijil lepasan stpm. Mcm mana sy nak kemaskini ataupun upgrade jawtan yg sy mohon sbb sy baru sy dipnggil untuk temuduga tapi dibawah tiket spm . So mcm mana .Perlu ke sy padam pemohonan yg lepas dan update yg terkini tetapi lepasan stpm punya. Pemohonan yg sy hantr terus hilang ke ataupn still ada dalam sistem

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg itu sy kurg pasti. Maaf sy sendiri tiada pengalaman mcm tu..

      Padam
    2. im in the same situation as you how to delete prmohanan lama use spm ni? semua dah tekan takeh delete😭😭 nak pakai stpm result.

      Padam
  5. mcm mne sy nk delete permohonan lamA

    BalasPadam
  6. Hii akak . . Nak tanya kalau contohnya SPA 8 xdpt login mcmna ? Walaupun suda guna Nma ibu dgn ayah . . Bagaimana mengembalikan SPA8 semuala ? 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai.. kalau itu sy pun x pasti pula.. xda pengalaman tak dapat login lgi.. maaf x dapat tolong..

      Padam
  7. Asalamm.. nk tnya.. kenapa bila tekan dekat jawatan dipohon tu, tapi tak ada senarai pun yg keluar.. tapi bila check dkt status permohonan.. ad je 15 jawatan tu... nk tukar dr spm ke separa.. tp tak naik pun list2 jawatan di spm tu.. mcm mana ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumsalam.. kalau ada keluar kat status permohonan rasanya okay lah tu.. mungkin belum proses kot.. sy pun kurg pasti..

      Padam
  8. Salam kenapa akaun spa adik sy tiada tempat untuk pilih jawatan.. status dia pn draf

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumsalam .. kamu kena lengkapkan semua termasuk maklumat kokurikulum & maklumat tambahan seperti bahasa ..

      Padam
  9. Asalam...klu nama da tukar...mcm mna ya??...skrg nma convert ...nk buat iD baru ka atau kna kol SPA 8.

    BalasPadam
  10. Saya ad degree tp degree saya result truk, mngkin sbb ni saya xdpt ap2 pggilan temuduga lg..kalau saya delete degree dan minx jawatan guna spm bole ke? Atau spa bole detect yg saya ni ad degree?

    BalasPadam
  11. Semasa check borang spa baru prsan bahagian nama penuh saya tulis nombor kad pengenalan.. Isi dari form 5 skrg dah 22tahun..nak ubah tak boleh. Kalau ada maklumat tolong kongsi ya.. Tak boleh mohon lerr

    BalasPadam
  12. kak sy nak tnya, sy dah selsai buat kmskini yg baru, tarikh pda status permohanan hantar pada tu berubah pada tarikh baru, tpi knpa tarikh pada semakan tu masih tarikh yg lama ya

    BalasPadam
  13. Kalau x Ingat Kata laluan mcmne

    BalasPadam
  14. assalamualaikum,
    macam mana nak buang pemohonan yg lama...dan nk tukar nama ibu


    BalasPadam
  15. hye sy nk bertanya kalau kita sememangnya telah buat permohonan dan jawatan tu tempoh dy smpai 2021. Kita xperlu kan ubah apa-apa?

    BalasPadam
  16. nak tanya kalau tempoh permohonan smpai 2021 kita still bole ubah ke permohonan kita sebab nak ikut current level of education?

    BalasPadam
  17. saya mohon jawatan bertarikh tutup 8 nov
    saya mohon pada 5 nov lagi
    tapi malangnya pada 9 nov saya tersedar ada kesilapan maklumat berat badan
    lalu saya kemaskini maklumat perinbadi sahaja

    yang merisaukan saya tarikh permohonan dah bertukar menjadi 9 NOV sedangkan saya memohon dari 5 NOV lagi, 9 NOV saya cuma kemaskini maklumat berat.

    awak tahu ke mcmana ?
    adakah saya dah dikira terlepas tarikh pulak
    risau

    BalasPadam
  18. mcmana nak bukak login spa 8 semula..nak delete dulu status yang lama dlm spa 8 tak blh.sebab bila bukak pada spa9 masih ada hat lama..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catatan popular daripada blog ini

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...