Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
  • Home
  • About
  • Contact
  • Sitemap
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us
Assalamualaikum
Bismillah

Kebelakangan ini ada tak perasaan malas berblogging dan berasa kurang produktif dalam menulis blog? Biasalah, menulis ini pun ada kalanya mood macam roller coaster ada turun naiknya.

Tapi kalau malas sampaikan blog bersarang labah-labah tak ber'update, then you need to do something. Melainkan betul-betul busy lah.. Tapi boleh juga setkan jadi auto publish kalau takda masa nak berblog kan? hehe~~


Tetapi salah satu sebab mengapa kebanyakkan bloggers gagal dalam berblog adalah kerana sikap MALAS itu sendiri.

Gagal dalam berblog di sini bermaksud "tutup blog" ataupun "berhenti berblog". Memang betul, ada kalanya kita ketandusan idea dan berasa kurang motivasi untuk menulis sesuatu. Dan kalau korang berada dalam situasi begini, jangan risau. 

Di sini aku ada beberapa tips untuk mengelak daripada malas berblogging:


1. Dapatkan sumber atau idea untuk menulis

Ada banyak cara untuk kita mendapatkan sumber atau idea untuk menulis. Salah satunya adalah dengan blogwalking kat blog orang lain. Daripada entry bloggers lain pun kita boleh jana idea baharu, TETAPI JANGAN PLAGIAT! 

Selain itu, kita juga boleh mendapat ilham untuk menulis berdasarkan pengalaman yang pernah kita alami. Contohnya seperti pengalaman bercuti ke suatu tempat yang menarik. 

Bukan itu saja, kita boleh dapatkan sumber daripada menonton televisyen dan juga membaca. Kalau masih tak tahu juga nak tulis pasal apa, bolehlah cedok idea-idea ini sekiranya Syndrome Writer's Block Menyerang.

Dengan tips ini kita akan dapat mengelakkan diri daripada malas berblogging sebab kebanyakkan blogger kekurangan idea dan sumber untuk menulis menyebabkan mereka kurang bermotivasi untuk menulis.

2. Tetapkan Masa Untuk Menulis

Dalam penulisan blog juga amatlah penting sekiranya blogger menetapkan berapa masa yang diperuntukkan untuk sesuatu artikel. Apabila kita telah menetapkan masa untuk menulis, maka kita akan jadi berdisiplin dan konsisten.

Dan sekiranya kita tidak sempat untuk publish entry, sekurang-kurangnya kita sudah punya bayangan tentang apa yang kita mahu kongsi dalam blog.

Salah satu tips untuk aku tetapkan masa adalah dengan membahagikan waktu tertentu untuk aktiviti ber'blog. Sebagai contoh, tetapkan berapa lama masa untuk menulis sesuatu entry? Berapa tempoh masa untuk blogwalking dan beramah-mesra dengan bloggers lain?

Tetapkan masa untuk membalas komen para pembaca yang setia dan juga berapa lama masa yang diperlukan untuk kerja-kerja penambahbaikan dalam blog?

3. Ingat Kembali Matlamat Menulis Blog

Cuba kenang dan throwback kembali zaman-zaman keghairahan untuk menulis blog. Apakah faktor yang mendorong kita pada suatu ketika dahulu untuk menulis blog? Adakah sekadar untuk suka-suka? Adakah kerana ingin mendapatkan pendapatan sampingan?

Adakah kerana minat dan hobi? Dan sebagainya. Fikirkan kembali matlamat kita menulis blog, Insya'Allah kita akan kembali bersemangat dan bermotivasi untuk menulis.

Matlamat aku berblog adalah menjadikan blog sebagai medan perkongsian ilmu disamping memperbaiki cara penulisan blog.

Selain itu juga, aku mahu menjadikan blog ini sebagai Blog Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga di mana aku dapat berkongsi ilmu psikologi yang diperoleh kepada semua orang. Insya'Allah, aku masih dalam proses untuk mencapai matlamat ke arah itu.

4. Enjoy Your Blogging!

Come on! Blogging nie bukanlah perlu serius setiap saat. Nanti akan bertambah kedut di muka. Hehe~ Cuba untuk rasa seronok apabila menulis blog. Bayangkan yang kita sedang bercerita dengan seseorang. Be passionate about the topics you would like to share!

Jadilah seorang yang optimistik dalam berblog. Terdapat bloggers di luar sana yang berhenti blogging kerana mereka terlalu fokus untuk mendapatkan hasil ataupun outcome dalam berblogging.

Contohnya, blogger yang menetapkan matlamat untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Apabila mereka tidak mendapat income atau mencapai matlamat yang ditetapkan maka mereka berhenti berblog.
Remember, profitable blogs are not made overnight (don't try to be fooled by those "guru" telling you to be rich overnight).

Ada banyak lagi tips blogging sebenanya, tetapi TIADA SIAPA YANG DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK BERHENTI MENJADI MALAS MELAINKAN DIRI ANDA SENDIRI. 

Mungkin korang ada lebih banyak idea ataupun cara yang lebih baik berbanding ini tentang cara-cara untuk mengelak diri daripada malas berblogging. Bolehlah share tips kat komen untuk bertukar-tukar pendapat dan idea.

So, korang pula bagaimana cara mengatasi masalah malas dalam berblogging nie?



Assalamualaikum
Bismillah


Setiap orang mempunyai perbezaan gaya belajar dari segi kekuatan, ciri-cirinya dan preferens dalam menerima dan memproses maklumat. Terdapat sebilangan pelajar yang lebih gemar memberi fokus kepada maklumat dalam bentuk data, fakta dan algoritma, sebilangannya pula lebih selesa dengan maklumat berbentuk teori dan model-model matematik. Ada juga yang gemar kepada maklumat berbentuk visual seperti gambarajah, ilustrasi atau skematik atau verbal seperti penerangan secara lisan atau kuliah.

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman Utama

VIEWS BLOG SINCE 2015

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

SUBSCRIBE & FOLLOW

Catatan

  • ►  2021 (11)
    • ►  Januari 2021 (11)
  • ►  2020 (162)
    • ►  Disember 2020 (19)
    • ►  November 2020 (16)
    • ►  Oktober 2020 (15)
    • ►  September 2020 (8)
    • ►  Ogos 2020 (8)
    • ►  Julai 2020 (6)
    • ►  Jun 2020 (11)
    • ►  Mei 2020 (26)
    • ►  April 2020 (21)
    • ►  Mac 2020 (16)
    • ►  Februari 2020 (7)
    • ►  Januari 2020 (9)
  • ►  2019 (121)
    • ►  Disember 2019 (11)
    • ►  November 2019 (10)
    • ►  Oktober 2019 (16)
    • ►  September 2019 (10)
    • ►  Ogos 2019 (16)
    • ►  Julai 2019 (20)
    • ►  Jun 2019 (11)
    • ►  Mei 2019 (13)
    • ►  April 2019 (3)
    • ►  Mac 2019 (6)
    • ►  Februari 2019 (4)
    • ►  Januari 2019 (1)
  • ►  2018 (78)
    • ►  Disember 2018 (2)
    • ►  Oktober 2018 (6)
    • ►  September 2018 (7)
    • ►  Ogos 2018 (2)
    • ►  Julai 2018 (7)
    • ►  Jun 2018 (5)
    • ►  Mei 2018 (9)
    • ►  April 2018 (12)
    • ►  Mac 2018 (10)
    • ►  Februari 2018 (7)
    • ►  Januari 2018 (11)
  • ▼  2017 (49)
    • ►  Disember 2017 (5)
    • ►  November 2017 (2)
    • ►  Oktober 2017 (4)
    • ►  September 2017 (6)
    • ►  Ogos 2017 (9)
    • ►  Julai 2017 (4)
    • ►  Jun 2017 (10)
    • ▼  Mei 2017 (2)
      • Tips Untuk Mengelak Daripada Malas Berblogging
      • Kenali 4 Aspek Gaya Pembelajaran
    • ►  April 2017 (4)
    • ►  Mac 2017 (1)
    • ►  Februari 2017 (1)
    • ►  Januari 2017 (1)

Followers

Labels

Advertorial Aktiviti Bermain Al-Quran & Surah Aplikasi Buat Duit ASB Berita Blogging Blogging Challenge Buku Cimb Clicks Covid-19 DIY Facebook Foodpanda Google Adsense Infomasi Innity Inspirasi Islam & Doa JOMPAY K-Clique Kecantikan kerjaya Kesihatan Kolaborasi KWSP Lagu Nasyid Lagu Sabahan Lirik Lagu Personal Poem & Quotes Printcious Psikologi PTPTN Resepi Resepi Biskut Raya Review Review Blog Sample Percuma Segmen & Giveaway Semakan Online SESB SGShop SPA8 SPA9 SPP Study SushiVid Tempat Makan Best Tempat Menarik di Malaysia Tempat Menarik di Sabah Tips & Tutorial Tips Cinta Tips Kahwin Tips Temuduga Traveloka
Dikuasakan oleh Blogger.

Follow by Email

POPULAR POSTS

  • Resepi Brownies Kedut Simple Sukatan Cawan
  • Cara Dapatkan Bank Statement CIMB Bank Melalui CIMBClicks
  • Daftar i-Akaun KWSP Melalui Email Untuk Semak Penyata KWSP
  • Blog Bertukar Domain | siinurul.com
  • Apa Kaitan Emosi Dengan Minda Bawah Sedar?

SPONSOR

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Template