Korang Beli Apa SARA One-Off?


SARA One-Off

Sejak kerajaan umumkan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one-off, timeline media sosial terus meriah.

Ada yang kongsi troli penuh, ada yang beli barang dapur terus untuk stok sebulan — malah ada juga yang ambil peluang beli keperluan anak-anak.

Jujurnya, bantuan macam ni memang sangat membantu, lebih-lebih lagi dengan kos sara hidup yang makin terasa sekarang. Mungkin sesetengah orang RM100 tu tidak banyak nilainya. Tetapi bagi mereka yang benar-benar memerlukan, jumlah itu cukup bermakna dan boleh melegakan beban.

Untuk kami sekeluarga pun, SARA one-off ini memang banyak membantu dalam membeli keperluan rumah. Namanya pun bantuan sekali beri — bila habis, habislah. Jadi memang kena pandai memilih barang yang betul-betul perlu.

Sebahagian besar bantuan ini aku habiskan untuk barangan mandian dan cucian. Barang seperti sabun mandi, ubat gigi, syampu, sabun pencuci pinggan dan juga detergen bukanlah murah — tapi semuanya keperluan harian.

Lagipun, bila beli terus boleh simpan stok untuk beberapa bulan. Sekurang-kurangnya tak perlu risau sangat bila barang tiba-tiba habis nanti.

Kalau ada baki sedikit, biasanya aku akan ambil minyak masak paket dan beberapa barang dapur asas. Tak banyak pun, asalkan cukup untuk tampung mana yang kurang.

Bantuan seperti Sumbangan Asas Rahmah mungkin tak menjadikan kita kaya. Tapi cukup untuk bagi nafas lega, terutama bila di tengah bulan belum gaji.

Korang beli apa guna SARA one-off?



20 comments

  1. KSarie belum guna lagi Sara ni. In sya Allah weekend ni hendak pergi Econsave beli barang. Biasanya beli barang keperluan asas. Memang betul RM100 banyak membantu terutamanya mereka yang sangat memerlukannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu… RM100 tu nampak macam sikit, tapi bila beli barang asas memang terasa membantu sangat. Harap urusan beli barang hujung minggu ni dipermudahkan ya 😊

      Delete
  2. Sama juga macam Nurul, saya beli barang dapur dan kegunaan sehari, seperti sabun cuci baju, dan segala jenis sabun lain. Beras pun ambil juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah sama la kita 😄 Memang fokus barang dapur dan keperluan rumah dulu. Beras tu memang wajib ambil kalau ada peluang. Cuma baru2 nie dah beli beras...

      Delete
  3. sy ingat nak beli minyak masak botol 5kg tu sbb minyak paket memang susah nak jumpa skrg. mungkin sy beli 3 botol terus buat stok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idea beli 3 botol terus tu memang bijak ..Sekarang minyak paket pun susah nak jumpa, baik buat stok awal-awal.. tp sini pontian byak stok minyak paket

      Delete
  4. Untuk bulan ni belum guna lagi... Minggu depan lah kot

    ReplyDelete
  5. Kak SA cadang nak beli keperluan dapur macam bahan2 dalam tin,sabun basuh, kicap2, Sos...suami punya plak nak beli toiletries, PZ mmg dapat bantuan bulanan dan one off, dia nak beli beras katanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... Beli barang tahan lama macam dalam tin, sos dan toiletries memang berbaloi. 🤍

      Delete
  6. PH belum guna lagi. Tunggu puasa raya ni, nak top up groceries. Syukurlah ada SARA ni, dapatlah tampung mana yg habis

    ReplyDelete
  7. Tahun ni panjang lagi masa jadi bila2 masa nanti baru guna.

    ReplyDelete
  8. tadi baru pergi mydin, beli minyak masak sebotol. banyak juga membantu SARA ni

    ReplyDelete
  9. Belum guna lagi sebab skrg ni ramai yang beratur nak bayar guna SARA ni huhuu..
    tunggu dah reda sikit nanti baru lah nak guna huhuu :D

    ReplyDelete
  10. kami tak guna lagi, akan beli barang keperluan dapur seperti sardin susu ,sabun semua tu.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas perkongsiannya. Belum beli lagi mungkin awal bulan depan.

    ReplyDelete
  12. Saya shopping hingga mencecah RM600. Syukur ada SARA RM400 (saya, suami dan 2 orang anak), hanya tambah duit RM200 untuk bayaran selebihnya.

    ReplyDelete
  13. Bantuan sara RM100 tu buat beli barangan dapur dan keperluan harian .. alhamdulillah walaupun sedikit tadi ada juga dari tak ada langsung kan

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah bantuan Sara RM100 Dapat juga la beli barangan keperluan harian . Topup barang-barang dapur . Walaupun amaunt sedikit tapi dapat juga tampung barang dapur . Alhamdulillah dapat juga dari tak Dapat langsung kan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.