Eco Shop Haul | Beli Apa Je di Eco Shop?

 

Eco Shop Haul | Beli Apa Je di Eco Shop?

Asal masuk saja Eco Shop ni, memang tak sah kalau tak keluar dengan banyak barang 😅 Kadang niat asal nak tengok-tengok, end up terbeli lebih daripada yang dirancang. 

Tapi itulah seronoknya Eco Shop — banyak barang comel, berguna, dan kadang buat kita rasa excited nak cuba benda baru.

Sekarang jom kita tengok satu-satu apa yang aku beli…

Eco Shop Haul 3D Wall Sticker

1. 3D Wall Sticker

Beli ni sebab nak buat backdrop untuk gambar produk. Walaupun jarang-jarang upload video Shopee affiliates, nak jugak fokus sikit dengan setup yang cantik.

Eco Shop Haul Tisu Gantung Tisu Basah

2. Tisu Gantung & Tisu Basah

Aku jarang pakai tisu, tapi sekali sekala di dapur memang berguna. Kalau guna kain lap, kadang susah nak asingkan kotoran, jadi tisu ni memudahkan kerja.

Eco Shop Haul Mangkuk

3. Tempat Simpan Makanan Bertutup

Sebenarnya nak beli corak lain, tapi dah habis. Suka mangkuk ni sebab penutupnya ketat, sesuai untuk dua orang je — tak perlu barang besar-besar.

Eco Shop Haul Pinggan Suku-suku Separuh

4. Pinggan untuk Amalan Suku-Suku Separuh

Nak dekat Ramadan, senang nak amalkan diet ni. Pinggan ni membantu susun makanan ikut portion, mudah untuk control makan. Hopefully tahun nie diet membuahkan hasil. 

Eco Shop Haul Dark Chocolate

5. Dark Chocolate Almond 😅

Baru je cakap nak diet… tapi tak tahan beli dark chocolate almond. Haha, namanya juga life balance, kan? 😆


Masuk Eco Shop ni memang macam perangkap — plan nak beli satu, tapi keluar dengan beberapa barang berguna. Korang pula suka beli apa bila masuk Eco Shop?


11 comments

  1. 3D wall sticker tu kalau terpercik air or minyak boleh lap macam tu je kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul 😊 Sticker ni jenis permukaan kalis sikit, jadi kalau terpercik air atau kotoran ringan memang boleh lap je. Setakat ni saya guna okay — cuma elakkan gosok terlalu kuat supaya tahan lebih lama 🤍

      Delete
  2. lebih dari 3 barang banyak tu... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha nampak macam “3 barang je”… tapi bakul dah penuh 🤣

      Delete
  3. Sebakul la selalunya sekali masuk rm40-50 la jawabnya. Semua benda rasa berguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KANNN! 😆 Masuk dengan niat nak ambil satu dua barang, sekali sampai kaunter terus terkejut jumlahnya.

      Delete
  4. Lawa pula tengok 3D wall sticker tu. Kalau masuk Eco Shop, saya selalu beli barang berkebun macam semburan halau serangga, pasu dan benih sayur. Best la bila masuk, ralit tengok barang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Sticker tu nampak simple tapi bila dah tampal terus bagi vibe lain pada ruang..Seronok dengar Tot suka berkebun — best tu! Masuk Eco Shop memang mudah ralit sebab terlalu banyak benda nak tengok.

      Delete
  5. kedai berhantu ni... memang takdenya kata nak beli seketul dua barang. alih2 mesti terbeli lebih haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. “Kedai berhantu” ya... haha.. Tarikan dia kuat kak— kedai eco nie paling bahaya untuk dompet😆

      Delete
  6. Eco Shop ni bagi CCL memang macam magnet masuk je, terus rambang mata tengok semua barang menarik. Dari makanan, minuman, sampai barang rumah, semuanya nampak “mesti beli”!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.