التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Perlu Ke Wanita Belajar Memandu? Ini Sebab Aku Tak Ambil Lesen Lagi

Dalam dunia serba moden ini, hampir semua perkara menjadi lebih mudah. Teknologi semakin canggih, pengangkutan awam semakin efisien, dan wanita semakin berdikari dalam pelbagai aspek kehidupan.

Memandu kereta adalah satu kemahiran yang hampir semua orang dewasa miliki pada zaman sekarang. Memandu bukan lagi sesuatu yang luar biasa bagi wanita. Ramai wanita hari ini sudah mempunyai lesen memandu dan bebas ke mana-mana tanpa bergantung pada orang lain. 

Tapi, masih ada juga wanita yang tidak tahu atau memilih untuk tidak memandu — dan akulah salah seorang daripadanya.

Perlu Ke Wanita Belajar Memandu

Kenapa Aku Tak Pandai Memandu?

Sejak kecil, aku tak pernah terlalu teruja untuk belajar memandu. Bukan sebab tak berminat, tapi lebih kepada rasa takut dan kurang keyakinan. Tambahan pula, dengan adanya pengangkutan awam dan orang sekeliling yang boleh membantu, keperluan untuk memandu tidak begitu mendesak.

Apabila masuk ke Tingkatan 6, ramai kawan perempuan yang dah mula ambil lesen memandu. Ada sesetengah daripada mereka dah ada kereta. Pada masa ini aku mula terfikir nak ambil lesen memandu juga. Namun, ada beberapa faktor yang menghalang aku untuk tidak belajar memandu lagi.

Antara sebab utama aku masih belum mengambil lesen:

1. Takut Memandu & Tidak Yakin

Pertama sekali aku memang takut bila fikir nak bawa kereta di jalan raya. Selain itu, aku rasa tidak berapa yakin untuk belajar kerana kebanyakkan kawan-kawan perempuan sebelum ambil lesen pernah bawa kereta ibu bapa mereka.

2. Tiada Kenderaan

Keluarga aku pada ketika itu belum ada kereta lagi. Nak loan pun tak lepas. Jadi apabila tiada kenderaan ni aku rasa nak ambil lesen tidak menjadi keperluan sebab kalau ada lesen tetapi tak dapat bawa kereta rasa rugi. Nanti lama sangat tak bawa kereta jadi lupalah pula.

3. Tak Pernah Betul-Betul Rasa Perlu 

Selama ini, urusan harian masih boleh diselesaikan tanpa perlu memandu sendiri. Di Sabah, masih ramai yang tidak mempunyai kenderaan dan kebanyakkan kalau rumah berdekatan dengan pekan atau bandar lebih suka berjalan kaki. Malah, banyak pengangkutan awam yang disediakan.

4. Tiada Masa & Duit 

Yang ni pun menjadi faktor utama aku tidak ambil lesen lagi. Dulu masa belajar sibuk. Habis Tingkatan 6 dapat tawaran lagi sambung belajar di Universiti Malaysia Sabah. Kehidupan aku tak macam orang lain boleh minta duit kat parents kalau nak ambil lesen. Even belanja masa study pun harap duit PTPTN. Kadang terpaksa ikat perut sebab nak berjimat.

5. Kerja Dari Rumah

Selepas habis belajar pula, aku buat kerja dari rumah jadi "tiada lesen" bukan menjadi masalah buat aku. Alhamdulillah waktu ni bapa aku dah dapat loan kereta jadi dalam keluarga kami bapa saja yang ada lesen memandu. Kalau nak beli belanja dapur ke, jalan pergi mana-mana tunggu bapa ja. Haha memang bergantung betul dengan family kalau bab ini.

6. Guna Pengangkutan Awam atau e-Hailing 

Grab, Maxim, bas dan teksi sudah mencukupi untuk bergerak ke mana-mana tanpa perlu pening fikir tentang parking, minyak, atau servis kereta. Lagipun untuk orang yang introvert seperti aku ni memang jarang sangat keluar rumah. Even hangout dengan kawan pun kebanyakkan guna 1 kereta saja. Lagi prefer macam tu. Bagi yang lifestyle banyak duduk rumah kos untuk menggunakan pengangkutan awam atau e-hailing taklah banyak sangat.


Adakah Susah Hidup Tanpa Lesen?

Sejujurnya, mungkin untuk kebanyakkan wanita lain terasa sukar. Bila perlu bergerak sendiri ke tempat yang jauh atau bila tiada orang yang boleh tolong hantarkan. Apatah lagi yang sudah mempunyai anak, lesen menjadi satu keperluan. 

Tetapi bagi kehidupan aku sekarang, belum menjadi keperluan lagi untuk aku mengambil lesen. Selepas berkahwin, kehidupan dah tak sama seperti masa bujang. Kami merantau ke Johor dan menetap di sini. 

Jujur hidup di sini kalau takda lesen nampak lagi susah berbanding masa aku di Sabah sebab kebanyakkan orang sini mempunyai kereta dan motorsikal. Sekalipun perempuan ramai yang naik motor kalau nak jalan atau berbelanja. 

Walaupun begitu, aku tetap tak nak ambil lesen atas sebab:

1. Tak Nak Ambil Lesen Manual

Suami ada kereta manual dan dia okay saja kalau aku nak belajar memandu. Cuma kalau boleh aku tak nak belajar kereta manual. Malas dah nak belajar benda-benda yang rumit nie. Kalau boleh nak ambil lesen auto saja. Tetapi nak beli kereta auto pun memerlukan kos yang tinggi. 

2. Bergantung Dengan Suami

Ramai jugalah aku baca di media sosial kata jangan terlalu bergantung dengan suami. Alhamdulillah suami tak kisah kalau dia yang memandu. Of course kena tunggu suami balik kerja baru dapat jalan. Dan aku tak kisah pun duduk di rumah. Dari segi keperluan biasanya suami akan beli barang-barang sebelum pergi kerja. Katakanlah nak beli benda urgent biasanya aku beli di kedai runcit saja. 

3. Susah Nak Belajar Memandu di Johor

Walaupun aku dah nak masuk 3 tahun tinggal di Johor, aku jarang komunikasi dengan orang luar. Kadang kalau nak sembang kejap dengan jiran sebelah rumah pun, jiran tak faham sebab "bahasa Sabah" aku ni masih pekat. Hidup di sini sepenuhnya bertemankan suami saja. Nak kata kawan-kawan di sini pun tiada. Jadi aku rasa susah nak belajar memandu di sini berbanding di Sabah kerana aku dah familiar dengan kawasan dan jalan raya di sana. Mungkin aku ambil lesen kalau kami dah menetap di Sabah.


Adakah Lesen Memandu Kini Satu Keperluan?

Jawapan kepada soalan ini bergantung kepada gaya hidup seseorang. Jika korang tinggal di kawasan bandar yang mempunyai banyak kemudahan pengangkutan, mungkin lesen memandu bukan satu keperluan mendesak. 

Tetapi bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman atau perlu berulang-alik ke tempat kerja dengan kenderaan sendiri, lesen memandu boleh menjadi satu keperluan yang sangat penting.

✅ Bila lesen memandu jadi keperluan?

  • Jika perlu bergerak ke tempat kerja atau urusan harian tanpa bergantung kepada orang lain.
  • Jika tinggal di kawasan yang tidak mempunyai pengangkutan awam yang baik.
  • Jika mempunyai keluarga dan perlu menghantar anak ke sekolah atau ke hospital dalam kecemasan.

❌ Bila tak perlu sangat belajar memandu?

  • Jika tinggal di bandar dan boleh bergantung pada MRT, bas, atau Grab.
  • Jika pasangan atau ahli keluarga lain boleh membantu dengan pengangkutan.
  • Jika kos pemilikan kereta terlalu tinggi dan lebih jimat guna alternatif lain.
  • Tiada keperluan mendesak untuk memiliki lesen.

Patut Ke Belajar Memandu?

Kalau tanya pendapat orang, ramai yang akan cakap "Belajar je lah, senang kalau ada kecemasan!" atau "Zaman sekarang perempuan pun kena pandai drive!" Tapi hakikatnya, keputusan untuk belajar memandu bergantung kepada setiap individu.

Memang ada kelebihan kalau boleh memandu sendiri, terutama jika ada urusan penting yang memerlukan pergerakan tanpa bergantung pada orang lain. Tapi jika situasi dan gaya hidup sekarang masih membolehkan seseorang hidup selesa tanpa lesen, itu bukanlah satu masalah besar.

Aku sendiri mungkin akan ambil lesen satu hari nanti, TAPI BUKAN SEKARANG. Bila tiba masanya, mungkin di tempat yang aku lebih selesa, dengan keadaan yang lebih sesuai.

Jadi, Salah Ke Kalau Wanita Tak Pandai Memandu?

Tidak! Tiada siapa yang boleh menetapkan satu standard untuk semua orang. Ada wanita yang suka berdikari dengan memandu sendiri, dan ada juga yang lebih selesa dengan pilihan lain.

Yang penting, setiap orang ada cara tersendiri untuk menjalani kehidupan. Selagi kita boleh menguruskan keperluan harian dengan baik, tak kisahlah ada lesen atau tak.

Macam mana dengan korang? Ada ke yang masih belum ada lesen macam aku? 😆

تعليقات

  1. bagi lady snagat perlu sis... lady pernah dulu, suami lady jatuh bilik air xboleh nak bergerak.. berpimpin... lady mintak tlg org pimpin suami masuk dlm keta, lady bawa pergi rumah tukang urut.. kakak lady bawa sekali, di pertengahan jalan adik lady tahan n ambik kakak.. lady terus bawa ke rumah tukang urut dengan muka yg sgt gelisah... mcm2 duk pikir dalam kepala ni... huhuhu... sisi belajarlah memandu...

    ردحذف
  2. Saya dulu mmg takut. Tapi mak paksa amik lesen dulu. Bila ada lesen, sy keje dan cr kereta sndiri. Moto mmg sy xpandai & takut. So harap kereta je la yg sy masih boleh usaha nak drivekan. rumah pulak takde public transportation, keje jauh. Nak taknak sy beranikan diri jugak bawak kete msa tu. tp skrg ada kete pun bwk dr rumah g opis aje. xde bawak ke lain2 tmpt sgt pun

    ردحذف
  3. Tooossss lah kak. Kita samaaa 😄🤭🤭.

    Saya bisa bawa mobil, motor. Tapi saya pernah kecelakaan hebat di Aceh, dan saat itu bisa dibilang mukjizat. Mobil saya hancur parah, tp saya selamat. Hanya luka gores. Mungkin hukuman juga dari Tuhan.

    Sejak itu saya trauma. Sampai skr saya tak nak bawa mobil.

    Suami berkali2 suruh latihan lagi. Tak apa mobil tergores, atau menabrak. Krn diasuransikan full. Tp saya tak mau. Kalo perlu pergi kluar saya tinggal pakai taxi. Atau ada driver juga. So tak butuh samasekali utk ambil license.

    Apalagi jalanan Jakarta, bisa dibilang hanya utk yg bernyali tinggi. Ada yg bilang, kalo lulus membawa mobil di jakarta dan India, berarti lulus bawa mobil di negara manapun 🤣🤣🤣. Seseram itu memang

    ردحذف
  4. bagi sy memiliki lesen kereta tu satu keperluan kpd kaum wanita. Cthnya arwah MIL sy. Masa FIL masih hidup, MIL berharap 100% kpd FIL utk ke mana2. Tapi bila FIL meninggal, MIL terpaksa ambil lesen pd usia 58 thn utk memudahkan dia ke masjid n pasar. Nak harapkan anak2 n menantu masing2 tinggal jauh...Fikir2kanlah...

    ردحذف
  5. sy ada lesen cuma kdg2drive time balik kerja .pagi ayah hntr. Kwn sibuk suruh drive la sendiri .
    kesian ayah.ayah rabia mmg nk hntr pun rabia ke tmpt kerja.masa tu la boleh bonding time share masalah ke apa.. lg stu kurang yakin jgk nk drive . Tp tgh cuba jgk bwk ni

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...