Kesedaran Tentang Autism Spectrum Disorder (ASD) | Adakah Anda Memahaminya?

Assalamualaikum
Bismillah

Selamat Ulang Tahun yang ke 9 tahun buat adikku yang bongsu Akim. Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

Aku jarang sebenarnya nak berkongsi kisah peribadi di blog. Cuma kisah kali ini aku ingin pahatkan di dalam blog sebagai kenangan kerana adikku yang satu ini begitu istimewa.

Ya, istimewa kerana adikku disahkan sebagai Autisme pada penghujung tahun 2022. 

autisme awareness

Kisah Adikku Autisme

Aku pernah kongsikan sebelum ini di blog bahawa adik aku lambat bercakap walaupun pada ketika itu umurnya dah masuk 5 tahun.

Sebenarnya kami dah mengambil langkah awal waktu adik aku masih berusia 3 tahun lagi. Cuma nak tunggu temujanji untuk mendapatkan rawatan juga mengambil masa beberapa bulan kerana perlu mengikut giliran. 

Nak pergi swasta tak mampu. Jadi pergi Hospital Kerajaan sahaja. 

Temujanji pertama adik aku ialah berjumpa dengan speech therapist. Kemudian jumpa pakar untuk bahagian pendengaran kerana risau adik aku mempunyai masalah pendengaran. 

Alhamdulillah setelah diteliti, adik aku tidak mempunyai masalah pendengaran. Setelah itu, adik aku kena berjumpa pula dengan pakar psikiatri. 

Dan proses nak jumpa pakar pun mengambil masa bertahun sampailah adik aku masuk pra-sekolah. 

Mulanya, aku pun ingat adik aku mungkin ada masalah kurangnya pergaulan menyebabkan dia lambat bercakap. Dan ternyata sangkaan aku meleset. Apabila dah masuk pra-sekolah keadaan semakin teruk. 

Pada masa itu lagi PKP, adik aku sekolah cuma 3 bulan sahaja. Bayangkan nak pujuk ke sekolah pun punyalah susah. Hari-hari bergaduh dengan adik. Hari-hari paksa mandi. Allahu kalau ingat balik, nak menangis pun ada, nak ketawa pun ada. Hahaha~

Apabila dia dah mula rasa seronok nak sekolah, tiba-tiba PKP. Sepanjang PKP pula langsung tak belajar online walaupun dah puas dipujuk oleh mak dan cikgu. Dan setiap kali kelas online mak aku pula belajar. Adik aku langsung tak nak dengar. Malahan mengamuk. Aku kasihan sangat dengan mak masa tu. 

Aku pun tak tahu nak buat apa sebab kerja-kerja rumah semua pun di handphone mak aku. Dan masa tu lagi mak aku kerja. Memang complicated. Sampaikan kami dah give up nak paksa adik aku belajar kelas online. Hahaha

Cikgu adik aku pun tak dapat nak buat apa juga. Bayangkan sampai hujung tahun adik aku tak hadir kelas online. 

Pejam celik adik aku pun masuk tahun 1. Dahlah susah nak pujuk pergi sekolah. Saat fikiran dia masih lagi fikir dia pra-sekolah, sekali sampai sekolah tiba-tiba masuk kelas lain pula. Pening kami memikirkan macam mana nak terangkan kat adik aku. 

Hari-hari hantar ke sekolah dan tanya guru-guru macam mana perkembangan dia. Cikgu sampai putus asa sebab adik aku bergaul dengan kawan pun tidak. Dan paling sedih sekali apa-apa yang diajar pun tak faham. Dengan silibus yang semakin susah. 

Cuma yang bagusnya, adik aku sangat mendengar arahan cikgu dan mengikut peraturan. Itu yang kebanyakkan guru-guru puji. Namun, apabila melibatkan soal akademik dan kokurikulum, adik aku sangat slow dan tidak boleh follow up apa yang guru ajar.

Apabila dia tak dapat catch up, akhirnya dia rasa dirinya tidak pandai. Kawan-kawan semuanya pandai. Apabila ditanya, satu patah apapun cikgu tak faham. Sebenarnya aku rasa sedih tau. 

Bayangkan kita berada di dalam satu kelas, kawan-kawan semuanya pandai bercakap, boleh membaca. Kita sorang saja pelat, nak bercakap orang tak faham. Bila ditanya struggle nak bagi orang faham. 

Kita yang dewasa kalau orang tak faham pun jenuh juga nak explain benda tu berulang-kali apatah lagi kanak-kanak. 

Sampai akhirnya adik aku hilang rasa keyakinan terhadap dirinya. Tidak dapat express emosi menyebabkan dia cepat mengamuk. 

Dipendekkan cerita, masuk Tahun 2 keadaan masih tidak berubah. Adik aku tidak ke sekolah sebab rasa dirinya tak pandai. Tahun lalu adik aku datang ke sekolah semasa ujian sahaja. 

Bukan itu sahaja, semasa menonton televisyen tak silap aku filem P.Ramlee, adik aku nampak scene kena denda, terus adik aku bagitau cikgu ada denda dia. Kami terkejut juga sebenarnya. 

Bukannya marah pasal cikgu denda. Cuma tidak dimaklumkan saja dengan kami. Aku cuma tak nak adik aku trauma saja ke sekolah. Dan apabila mak aku tanya cikgunya. Tiada yang mengaku. Kecewa sebenarnya, tetapi tak apalah.

Sepanjang adik aku tahun 2 tu, pelbagai usaha yang kami lakukan untuk pujuk dia pergi sekolah sebab kami tidak mahu dia ketinggalan pelajaran sahaja sementara tunggu temujanji dia yang berbulan lamanya. 

Sampaikan pada suatu hari, adik aku mengamuk di sekolah tanggalkan baju. Dan cikgu tak maklumkan langsung dengan mak aku masa tu. Sebab kalau mak aku tahu, dia takkan biarkan adik aku macam tu. Kami akan bawa adik aku balik supaya tidak mengganggu sesi pembelajaran. 

Itupun kami tahu dari guru besar sebab mak aku nak minta kebenaran untuk tidak menghantar adik aku ke sekolah sehingga temujanji adik aku berjumpa dengan doktor. 

autism

Autism Spectrum Disorder (ASD)

Dan apabila dah sampai tarikh temujanji Bulan September, mak aku terus minta surat daripada doktor untuk berjumpa dengan pakar di Hospital Bukit Padang. Sebab kami nak surat dari doktor supaya adik aku dapat pindah dari kelas aliran perdana ke pendidikan khas. 

Cuma pihak sekolah tak dapat pindahkan adik aku tanpa surat pengesahan dari doktor. 

Pada sekitar bulan Oktober barulah doktor buat pengesahan bahawa adik aku dikategorikan sebagai Autism Spectrum Disorder (ASD) tahap sederhana. Pada waktu ini, aku berasa lega sangat-sangat sebab at least kami tahu adik aku lain dari kanak-kanak yang lain kerana dia kanak-kanak yang istimewa. 

Bayangkan dari umur 2 tahun lebih sampailah umur dia 9 tahun. Banyak sangat prosesnya dan penantian mencari tahu punca kenapa itu akhirnya terjawab. 

Apabila dah dapat tahu keadaan sebenar adik aku, kena pergi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mengurus KAD OKU. Dan hantar surat ke Kementerian Pendidikan untuk peralihan kelas dari aliran perdana ke kelas pendidikan khas. 

Alhamdulillah... syukur sangat-sangat Ya Allah...

Sekarang adik aku dah masuk Kelas Pendidikan Khas. Mulanya memang susah nak pujuk tetapi sekarang dia dah minat balik untuk ke sekolah. Tak perlu dipaksa, tak perlu bergaduh dan menangis haha. 

Kanak-kanak istimewa memang sangat istimewa. Cara berfikir tidak seperti kita, cara belajar juga tidak sama. Bahkan nak berkomunikasi dengan mereka memang kena banyak bersabar untuk faham. Salah sikit memang mengamuk. Tetapi itulah yang membuatkan adik aku istimewa dan paling disayang antara kami adik-beradik.

Macam mana nak tahu ciri-ciri Autisme (Autism Spectrum Disorder - ASD) ?

Menurut Diagnostic Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-5), seorang kanak-kanak mesti memenuhi 3 kriteria A (A1, A2, A3) dan sekurang-kurangnya 2 kriteria daripada B (B1 – B4):

A. Masalah dalam komunikasi sosial dan interaksi sosial

A1. Masalah timbal balik sosial-emosi dan kegagalan perbualan yang normal

Misalnya,
  • Tiada respons bila dipanggil
  • Masalah berkomunikasi secara normal

A2. Masalah dalam komunikasi nonverbal

Misalnya,
  • Tiada kontak mata
  • Kurang ekspresi wajah dan komunikasi non-verbal

A3. Masalah dalam menjalinkan, mengekalkan, dan memahami hubungan sosial

Misalnya,
  • Kesukaran untuk berkongsi permainan khayalan (imaginative play)
  • Tiada minat pada rakan sebaya
  • Suka bermain seorang

B. Corak tingkah laku, minat, atau aktiviti yang terhad dan berulang

B1. Corak berulang dalam pergerakan, penggunaan objek, atau pertuturan

Misalnya,
  • Membariskan mainan atau membalikkan objek,
  • Echolalia (mengulangi perkataan atau frasa)
  • Mengibas-ngibaskan tangan (hand-flapping)
  • Selalu bermain dengan sesuatu mainan atau objek yang sama tanpa rasa jemu

B2. Kegigihan pada persamaan atau kepatuhan terhadap rutin.

Misalnya,
  • Makan makanan yang sama setiap hari
  • Memakai pakaian yang sama

B3. Minat yang sangat terhad dan terpaku dalam intensiti atau fokus yang tidak normal

Misalnya,
  • Terpaku dengan objek berputar
  • Fokus yang tidak normal pada satu bahagian objek
  • Melihat objek dengan pelik atau dari satu sudut yang berlainan secara lama

B4. Hiperaktiviti atau hiporeaktiviti terhadap rangsangan sensori persekitaran

Misalnya,
  • Menutup teliga atau takut dengan bunyi yang kuat
  • Mencium bau objek yang disentuh
Sumber : http://rawatan-autism.blogspot.com/

Ini sumber yang dari pakar psikiatri yang mak aku bagitau. Apapun, sekiranya ada kanak-kanak yang dalam kalangan keluarga yang terdekat mempunyai ciri-ciri tersebut. Teruslah berjumpa dengan pakar untuk tahu adakah mempunyai ciri-ciri autisme. 

Maaf sebab entri kali ini agak panjang. Aku cuma nak kongsikan sudut pandangan dan perasaan aku sebagai kakak yang mempunyai adik autisme. 

Bukan semua orang faham. Dan walaupun orang tahu, tidak semua juga yang mempunyai kesedaran dan boleh faham tentang kanak-kanak Autisme. Hanya ibu bapa dan adik-beradik sahaja boleh faham dan menerima kekurangan yang merupakan kelebihan bagi kami. 


Senarai Blogger Sabahan Yang Korang Wajib Follow

Assalamualaikum
Bismillah

Sepanjang aku berblog dari tahun 2015, dah ramai kenalan blogger yang aku jumpa. Semuanya datang dari pelbagai Negeri. Selama 8 tahun berblog, ada yang dulu aktif sekarang dah tak aktif. Ada yang kekal aktif sehingga kini.

Ada juga yang dah beralih ke medium seperti Tik Tok dan Instagram mengikut perkembangan semasa. Banyak sangat perubahan dalam dunia blog.

Dulu tulis sebagai diari. Sekarang ada yang masih menggunakan blog untuk perkongsian peribadi. Cuma lebih berinfomasi. 

Kadang rindu dengan dunia internet dulu-dulu. Medium yang hanya digunakan untuk menyebarkan infomasi bukan penuh dengan cerita sensasi dan fitnah. Atau mungkin dulu aku kurang terdedah dengan dunia maya seperti sekarang. 

sabahan blogger

Kredit untuk Eca untuk Tagline Komuniti Sabahan Blogger dan Rahmad untuk Logo Rasmi Sabahan Blogger.

Setelah sekian lama, aku nak update balik senarai Blogger Sabahan yang masih aktif. Ada beberapa blogger yang aku tengok dah tak aktif. 

Senarai Blogger Sabahan Yang Korang Wajib Follow

  • Sii Nurul - https://www.siinurul.com/
  • Mia Kassim - http://www.miakassim.com/
  • Unni Anje - http://unnianje.blogspot.com/
  • Rahmad Bah - https://www.rahmadbah.com/
  • Uzu's Journal - https://www.uzujournal.com/
  • Kaellaaaa - https://thekaellaaaa.blogspot.com/
  • Ms Velentine - http://msvelentine.blogspot.com/
  • Mrs Pip - https://www.mrspip.com/
  • Liza Izara - https://www.lizaizara.com/
  • Opzzpinky - https://opzzpinky.my/
  • Ecadwinkyasha - https://www.ecadwinkyasha.com/
  • Asha Lya - http://blogashalya.blogspot.com/
  • Sweet Red Cherry - http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/
  • Yatie Owner - http://www.yatieowner.com/
  • NN Izati - https://nnizati.blogspot.com/
  • Fiqa Story - https://www.mommyfiqa.com/
  • Nour Adieb - https://nourayuadieb.blogspot.com/
  • Etuza - https://madey09.blogspot.com/
  • Elih Japahar - https://elihjapahar.net/
  • Ini Kisah Tia - https://inikisahtia.blogspot.com/
  • Dayve Rampas - https://dayverampas.com/
  • Syuzah Saidil - https://syusaidil.blogspot.com/
  • CLA Travel - https://www.cla-travel.asia/
  • Adi Channel - https://www.adichannel.com/

Sekiranya korang blogger yang berasal dari Sabah, bolehlah komen dan tinggalkan link blog. Nanti aku update di senarai ini. 


Jadi Blogger Jangan Buat Fitnah Semata Nak Kejar Trafik

Assalamualaikum
Bismillah

Sebenarnya aku tidak suka nak cerita isu macam ini. Cuma sebagai blogger sepenuh masa dan seorang yang mencari rezeki yang halal dengan blog aku berasa terpanggil untuk menulis dan memberi peringatan buat semua blogger. 

Aku tahu betapa hidup sekarang sangat susah. Nak cari makan punyalah payah dengan keadaan ekonomi yang tidak berapa baik. 

Walau bagaimanapun, itu bukan alasan untuk kita sesuka hati menulis konten yang boleh mencetuskan serta menyebarkan fitnah kepada orang lain.

Jadi Blogger Jangan Buat Fitnah Semata Nak Kejar Trafik

Jadi Blogger Jangan Buat Fitnah Semata Nak Kejar Trafik

Aku berasa sangat kecewa dengan beberapa website atau blog terkenal yang suka menulis tentang berita yang tidak benar dan sahih. Ramai sangat yang buat konten semata-mata kerana nak kejar trafik. 

Malahan ada yang sengaja menulis isu-isu lama dan memutar belitkan cerita seolah-olah perkara tersebut baru terjadi.

Jadi blogger jangan buat fitnah semata-mata nak kejar trafik dan pendapatan Adsense korang. Paling tak best nama penulis blog tu pun tiada (unknown). Takut ke kena viral atau saman?

Cuba fikir kalau keluarga, suami, isteri atau anak-anak kita kena fitnah oleh blogger? Orang ambil gambar dan buat konten kat blog dengan headline yang mendatangkan fitnah. Apa perasaan korang? 

Allah bagi kita kelebihan menulis untuk menulis perkara yang mendatangkan manfaat dan kebaikan. 

Aku rasa sedih sangat. Aku tidak tahu apa yang aku harus buat. Fitnah di mana-mana. Semua benda dan isu nak diulas. 

It's okay nak ulas, nak bagi pandangan. Terpulang. Masing-masing punya hak. Cuma fikirkanlah sebelum kita tulis pasal orang lain, kita fikir dulu apa perasaan kita kalau orang lain tulis benda yang tidak betul pasal kita. 

Aku tidak mahu suatu hari nanti Allah bertanya kepada aku 'Apa yang aku buat untuk menghalang fitnah-fitnah itu berlaku?'. 

Kalau tak tahu jangan buat-buat tahu. Atau sibuk nak tahu perkara yang tiada kaitan dengan diri kita. 

Dan buat rakan blogger yang lain sebelum nak tulis apa-apa berita selidik dahulu kesahihannya. Aku tahu ada segelintir orang yang nak jadi orang pertama yang tahu berita hangat. Tetapi blogger yang bijak bukanlah yang terus percaya dan sebar berita yang tidak pasti. 

Oleh itu, atas dasar kasih sayang aku buat entri ini untuk ingatkan diri aku sendiri. Untuk ingatkan juga buat rakan blogger yang lain untuk sama-sama menjaga apa yang kita tulis. Inipun aku tak tahu adakah dengan cara ini aku terlepas daripada disoal di akhirat nanti. 

Ada banyak cara lagi untuk naikkan trafik blog dan jana pendapatan. Tiada cara yang 'instant' kerana kita hidup di dunia, bukan di akhirat. Usaha, berdoa dan tawakal. Semoga Allah sentiasa redha. 

Free Money Game Online You Can Play at Mortgage Calculator

Money Game Online

Mortgage Calculator is a webpage that provides a variety of interactive financial games and quizzes related to mortgage and home ownership. 

These games are designed to educate and inform users about topics such as mortgage rates, mortgage payment calculations, and various mortgage options. 

Users can test their knowledge and skills in a fun and interactive way through these games and quizzes.

There are several potential benefits to children playing money games online. These games can help children learn about financial concepts, such as saving, budgeting, and making decisions about how to allocate resources. 

They can also help children develop important math skills, such as calculating change and understanding basic financial equations. 

Additionally, these games can be a fun and interactive way for children to learn about money, which may make these concepts more engaging and easier to understand. 

Free Money Game Online You Can Play at Mortgage Calculator

Money Games - Counting Money & Making Change is a game designed to help players improve their skills in counting money and making change.

The game consists of a series of challenges in which players are presented with a set amount of money and must determine the correct combination of bills and coins to make the correct change. 

Players are given a limited amount of time to complete each challenge, and the game keeps track of their progress and scores.


The game is designed to be both fun and educational, and is suitable for people of all ages who want to improve their money handling skills. 

Grocery Cashier game

The Grocery Cashier game is a simulation game that allows players to experience what it is like to work as a cashier at a grocery store. 

In the game, players will be responsible for scanning and scanning products, using a cash register, and handling customer transactions.

To play the game, players be placed in a virtual grocery store where they will need to interact with customers and scan their items. Players will need to be quick and accurate to earn points and move up to higher levels.

Overall, the Grocery Cashier game is a fun and educational way to learn about customer service and the responsibilities of a cashier in a grocery store setting.

It is a great tool for students, adults, and anyone looking to improve their financial literacy.

Futhermore, these website is also suitable for kids as it provides educational games and activities related to financial literacy and money management. 

The games are designed to be engaging and interactive, helping kids learn about budgeting, saving, and spending in a fun and interactive way. 

The website also provides resources and tips for parents to help teach their kids about financial responsibility and money management.

Overall, the website provides a range of interactive financial tools and games that can be useful for individuals looking to improve their financial literacy and make informed financial decisions.


Artikel Blog Terpilih Sebagai Featured Snippets di Google

Assalamualaikum
Bismillah

Sebenarnya benda ini dah lama. Cuma aku baru nak kongsi dengan korang sebab aku dah bongkar rahsia teknik menulis SEO  di Belajar Buat Blog. Jangan lupa baca ya.

Featured Snippets

Alhamdulillah 'ala kulli hal. 

Sepanjang berblog dah pelbagai jenis teknik dan cara yang aku cuba di blog. Ada yang gagal. Ada yang berjaya. 

Yang mana berjaya itulah aku kongsikan di blog sebagai rujukan dan panduan blogger yang lain.

Artikel Blog Terpilih Sebagai Featured Snippets di Google

Artikel Blog Terpilih Sebagai Featured Snippets di Google

Featured Snippets ini apa?
Featured snippets come from web search listings. Google's automated systems determine whether a page would make a good featured snippet to highlight for a specific search request. Your feedback helps us improve our search algorithms and the quality of your search results.

Dalam erti kata lain, dalam banyak artikel yang tersenarai di google. Artikel kita terpilih sebagai 'Featured Snippets' kerana blog atau website kita memberikan infomasi dan jawapan kepada persoalan yang kebanyakkan orang cari di enjin carian. 

Biasanya artikel blog dipilih disebabkan kita 
  • Memberikan infomasi yang betul, tepat dan terkini.
  • Blog/website menjadi orang pertama yang berkongsi maklumat/data tersebut.
  • Mempunyai kata kunci carian yang tertinggi di google
Ini apa yang aku dapat simpulkan secara ringkaslah. Sebenarnya ada beberapa lagi artikel blog aku yang berjaya terpilih. 

How can I mark my page as a featured snippet? You can't. Google systems determine whether a page would make a good featured snippet for a user's search request, and if so, elevates it.

Macam mana supaya blog korang pun boleh terpilih?

Pertama sekali, korang hendaklah kongsikan artikel yang bermanfaat dan memberikan infomasi yang tepat dan betul kepada pembaca. Bukan artikel yang korang kongsi berdasarkan pengalaman orang lain dan kongsi di blog untuk meraih trafik dan kedudukan yang tertinggi dalam enjin carian. 

Kedua, tulislah sebanyak mungkin pengalaman korang di dalam blog. Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza walaupun mempunyai tajuk artikel yang sama. 

Hal ini demikian kerana siapa yang menulis lebih baik dan memberikan manfaat yang lebih banyak dari orang lain. InsyaAllah blog korang akan dipilih.

Ketiga, tulis dengan gaya penulisan tersendiri. Tak perlu tiru apa yang orang lain buat. Jadilah diri sendiri dan jujur dalam menulis kerana itulah yang menjadikan penulisan kita unik dan berbeza daripada orang lain. 

Itu sahaja. Semoga perkongsian ini memberikan motivasi dan semangat buat rakan blogger yang lain. Semoga bermanfaat!
© all rights reserved
made with by templateszoo