Sejujurnya, aku bukanlah orang yang arif sangat pasal kereta. Ini merupakan kereta kedua kami selepas Proton Saga. Kami beli Wira 1.8 ni untuk memudahkan perjalanan jauh. Setakat ini, antara destinasi paling jauh yang pernah kami pergi ialah Kuala Lumpur, Melaka dan Mersing, Johor.
Dari segi kondisi, sebenarnya kereta ini masih okay. Cuma dari sudut nilai sentimental, ia agak kurang kerana terlalu banyak memori pahit yang terikat dengannya.
Bab kos pula, inilah kereta yang paling banyak kami modified. Malangnya, inilah juga kereta yang paling banyak menyebabkan kami ditipu oleh bengkel. Bahkan proses untuk menjual kereta ini pun agak rumit dan memakan kos.
Apa pun, kereta ini telah mengajar kami banyak perkara.

Apa pun uncle suka kombinasi grey & hitam kereta tu... Sport gayanya!
ReplyDeleteHaa uncle nampak juga ya 😆 Kereta lama ni kadang ada aura dia sendiri — tengok pun masih rasa segak.. hehe
Deletelama sangat dah kereta ni. pernah la bawak kakak sulung punya kereta. manual.
ReplyDeleteHusband suka kereta2 mcm nie... skrg dah ramai yg pakai auto kan..
DeletePower kereta nie...1.8 memang sedap juga pecut pada zamannya dulu tetapi pada zaman kini tidak boleh lagi berbuat demikian kerana faktor usia dan keselamatan...semoga dimurahkan rezeki untuk memiliki kereta yang baharu
ReplyDeleteBetul tu… Apa pun saya tetap bersyukur — selagi boleh berkhidmat dan bawa kita ke mana perlu, itu pun dah satu rezeki besar. Aamiin, terima kasih atas doanya 🤍 Semoga kebaikan juga kembali pada tuan...
DeleteSebelum ni pun kak SA ada wira aeroback...memang bengkel banyak tipu..lepas tu banyak barang ori diorang pi tukar ..geram aje tau...dah jual dah wira tu..sebab terlampau banyak guna duit...
ReplyDeleteIsh geram tu memang boleh rasa 😭 Bila pergi bengkel tapi kena “game”, lagi sakit hati daripada rosak tu sendiri.
DeleteWalaupun banyak drama dengan kos, bengkel, dan proses jual, kereta tu memang guru yang hebat. Dari situ kita belajar sabar, berhati-hati, dan nilai sesuatu usaha.
ReplyDelete