Type Here to Get Search Results !

Syarat Kemasukan Fakulti Psikologi dan Pendidikan (Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga), UMS

Assalamualaikum
Bismillah


Syarat Kelayakan Untuk Program Pengajian Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian (Psikologi Kanak-Kanak dan Keluarga) dengan tempoh pengajian 6 Semester (3 Tahun) di Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Program ini menawarkan kursus-kursus yang memberi pengetahuan mengenai kanak-kanak dan keluarga. Kanak-kanak dan keluarga digabungkan dalam program ini kerana perkembangan kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh keluarga dan peskitarannya. 

Fokus utama program ini adalah perkembangan bayi dan kanak-kanak, asuhan kanak-kanak dalam berbagai budaya, perkahwinan dan keluarga, keibubapaan, kanak-kanak dalam keluarga bermasalah serta analisis kepada ibubapa yang mempunyai kanak-kanak kurang upaya. 

Program ini juga menawarkan fizikal dan kongnitif kanak-kanak serta beberapa teknik teraputik untuk membantu kanak-kanak yang bermasalah dari segi fizikal, kognitif dan sosial.

1. Kelayakan Minimum STPM

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 pada peringkat STPM dan sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat SPM bagi subjek :
  • Matematik/Matematik Tambahan
  • Sains/Biologi/Fizik/Kimia
  • Bahasa Inggeris
  • Tahap 2 (Band 2) dalam MUET

2. Kelayakan Minimum Matrikulasi/Asasi

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 pada peringkat Matrikulasi/Asasi dan sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat SPM bagi subjek :
  • Matematik/Matematik Tambahan
  • Sains/Biologi/Fizik/Kimia
  • Bahasa Inggeris
  • Tahap 2 (Band 2) dalam MUET



3. Kelayakan Minimum STAM   

Memiliki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid dan sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat SPM bagi subjek :
  • Matematik/Matematik Tambahan
  • Sains/Biologi/Fizik/Kimia
  • Bahasa Inggeris
  • Tahap 2 (Band 2) dalam MUET

4. Kelayakan Minimum Diploma

Memiliki Diploma dalam bidang Psikologi/Kaunseling/Kerja Sosial dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf olei Senat Universiti Malaysia Sabah dan sekurang-kurangnya PNGK 3.00 pada peringkat Diploma dan sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat SPM bagi subjek :
  • Matematik/Matematik Tambahan
  • Sains/Biologi/Fizik/Kimia
  • Bahasa Inggeris
  • Tahap 2 (Band 2) dalam MUET

➽Calon tidak cacat penglihatan (buta/rabun)
➽Lulus ujian kelayakan yang ditetapkan oleh Fakulti (Ujian Psikometrik)


Maklumat lanjut :

Update 2021 :

Soalan 1 : Kalau rabun boleh kah memohon?
  • Tiada masalah. Melainkan rabun teruk sangat sampai nak exam kena guna paper yang besar macam manila kad. Ada student sebelum nie macam tu. 

Soalan 2 : Kalau daripada bidang diploma selain daripada yang dimention di atas boleh tak memohon? 
  • Pertama sekali kena tahu nak ambil bidang apa? Adakah bidang psikologi kanak-kanak ataupun bidang psikologi yang lain? Sebab syarat ini hanya digunapakai untuk yang ingin sambung belajar di UMS sahaja. Selain bidang yang dimention saya tidak galakkan anda untuk memohon.
  • Boleh baca Panduan Untuk Sambung Bidang Psikologi Dengan Mudah (please baca dulu)

Soalan 3 : Subjek sastera ataupun yang tidak ambil sains tulen boleh memohon tak?
  • Boleh. Sudah ditulis dengan jelas dalam syarat tersebut. 
  • Matematik atau Matematik Tambahan (maksudnya salah satu subjek)
  • Sains atau Biologi atau Fizik atau Kimia (maksudnya salah satu subjek)
  • Lebih baik yang ambil sains tulen sebab satu advantages juga buat pelajar sains tulen. 

Akhir sekali, aku sangat galakkan pelajar yang memenuhi syarat untuk memohon. Kebanyakkan pelajar dia tak tengok syarat sebelum memohon bidang tersebut. Oleh sebab itulah permohonan korang mungkin ditolak. Korang imagine berapa puluh ribu yang memohon bidang psikologi yang korang nak tu? Jadi kena bersaing untuk dapat tempat. Tambahan pula kuota untuk setiap bidang tu terhad. 

Jadi jangan hairan sekiranya korang dah memenuhi syarat tetapi tak dapat bidang tersebut. Misalnya untuk bidang psikologi di UMS, pihak universiti ada tetapkan berapa kuota untuk pelajar dari semenanjung dan kuota untuk pelajar sarawak & sabah. Ini belum termasuk lagi pelajar SPM, Asasi, Matrikulasi, STPM, Diploma dll.

Jadi tips untuk mudah sambung bidang psikologi ini, pastikan korang memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Boleh saja cuba nasib tetapi aku lebih galakkan korang untuk pilih bidang yang memenuhi syarat yang diminta. 

Sebarang pertanyaan berkenaan Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga boleh email di nurulatikayunus23@gmail.com 



Tags

إرسال تعليق

62 تعليقات
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Best jugak kalau dapat sambung belajar mengenai psikologi ni.

    ردحذف
    الردود
    1. Yea kak.. 😊 dalam belajar byak tentang tingkah laku manusia.

      حذف
    2. assalam.. hi.. nak tnye , macam mana kita nak mendalami tentang tingkah laku manusia, dan solution utk sesetengah masalah manusia... tp untuk org yang xde peluang nak belajar exact faculty or mcm pekerja dan nak belajar tambah ilmu sambil2.. ada cara dan tips x ? terima kasih..

      حذف
    3. Walaikumsalam.. hmm susah juga nak jawab soalan ini sbb manusia ini byak ragam. Ada tingkah laku yg kita bole baca tp ada juga yg tidak langsung. Lgipun bergantung dgn situasi, setiap org memberi respon yg berbeza terhadap sesuatu masalah.

      Apa yg sy belajar dlm psikologi yg semua org boleh belajar walaupun x ambil bidang ini ialah belajar utk jadi lebih memahami. Tidak kira apapun masalah cuba utk memahami sekiranya kita berada di situasi mereka. Manusia kurg memahami sbb kita expect org mesti faham keadaan kita.

      Then, komunikasi juga penting. Konflik byak berlaku kerana kurg komunikasi. Bukan komunikasi melalui whatsapp, media sosial atau calling. Tp komunikasi face to face.

      InsyaAllah apa saja masalah kalau kita amalkan dua perkara ini semuanya akan dipermudahkan.

      حذف
  2. Nice info untuk yang nak sambung belajar. Lebih² lagi orang yang share nya punyai pengetahuan dalam psikologi. Rugi tak ambik peluang untuk tahu. Kan. Good job...

    ردحذف
    الردود
    1. InsyaAllah kak, dr semasa ke semasa sy akan lebih byak b'kongsi ttg psikologi 😊

      حذف
    2. Assalamualaikum nk tnya, kalau rabun mmg tk boleh amik course ni ke? Atau ni syarat dri ums je?

      حذف
  3. Masa remaja bercita-cita jadi ahli psychology tapi tak tercapai..
    Sekarang suka baca buku berunsur psychology untuk tambah ilmu dalam bidang ini..

    ردحذف
    الردود
    1. X dapat jd psikologis pun x apa.. Byak buku2 psikologi yg d'jual kat pasaran dan kita boleh pelajari.. 😊

      حذف
  4. tengok ni tingat zaman nak apply masuk uni hehe.. kalut cari macam2. skrng senang banyak references. hujung jari je semua maklumat..

    ردحذف
    الردود
    1. Betul tu.. Dulu kena tanya jiran, ahli keluarga lain yg dah masuk U.. Skrg ramai dah yg kongsi maklumat..

      حذف
  5. Kalau dari diploma accounting boleh sambung degree psychology tak??

    ردحذف
    الردود
    1. Kalau kat UMS hanya pengambilan bagi lepasan diploma pendidikan, kaunseling atau kerja sosial..

      حذف
  6. Kena ambik subject add math, bio, kimia, fizik juga ke klau yg f4, f5? Klau subject klas biasa je boleh? Math, eng, bm, bi, sn?

    ردحذف
    الردود
    1. Tidak semestinya.. kalau kelas biasa at least Gred C SPM bagi subjek sains, maths dan BI.. Sekiranya aliran sains sekurang-kurangnya salah satu daripada subjek sains (kimia, fizik atau Biologi) dapat Gred C Maths atau Addmaths dan BI Gred C..

      حذف
  7. Saya nak tanya,okay tak kalau sambung psikologi di ums?Setahu saya awak sambung di ums dan mesti lebih tahu byk tentang ums.Saya kurang buat research pasal ums,jadi saya rasa lebih baik tanya kpd yg berpengalaman.tq

    ردحذف
    الردود
    1. Hai.. Okay yg mcm mana tu ya awak maksudkan? Dari segi pengajaran dan pembelajaran ke? Kos pengajian?

      حذف
  8. Saya minat pada bidang psychology, tpi sy tak amik kimia, biology and lain². Tpi sy amik sains biasa,math, addmath juga sy amik. Layak Ke sy untuk meneruskan hasrat Dan minat dalam bidang psychology ini?

    ردحذف
    الردود
    1. Bergantung dgn syarat kemasukan Universiti yg kamu pilih juga.. syarat ini hanya dikenakan kpd yg memohon psikologi di UMS.. Jadi kalau nak ambik bidang psikologi di UMS .. Subjek sains dan matematik pun pun boleh.. Yg penting menepati syarat

      حذف
  9. Tq for sharing dear.. Akak cgu tp ada impian nak smbung master dlm psikologi kanak-kanak & keluarga, bole cadangkan x Universiti di Semenanjung yang ada bidang nei?

    ردحذف
    الردود
    1. Your welcome ^^
      Setahu sy utk bidang psikologi kanak-kanak & keluarga sahaja hanya ada di UMS.. kalau uni lain sy kurg pasti..

      حذف
  10. Assalamualaikum. Saya SPM tahun ni dan InsyaAllah lepas SPM kalau diizinkan Allah saya nk masuk Matriks lepas tu saya sngt berminat nk smbung dlm bidang psychology kanak2 ni tapi boleh tak akak terangkan selain UMS, ada tak U lain yg menawarkan course psychology kanak2 ni sebb UMS jauh sangat. Huhu

    ردحذف
    الردود
    1. Uni lain setahu sy xda yg tawarkan bidang psikologi kanak-kanak dan keluarga.. UMS sahaja....

      حذف
  11. assalamualaikum boleh tanya tak kalau fail add math atau sekadar lulus sahaja dlm spm boleh ke sambung kos psikologi di universiti?

    ردحذف
    الردود
    1. Walaikumsalam ^^ ~ kalau addmath fail.. yg penting matematik dapat C ke atas.. InsyaAllah boleh.. cuma biasanya mmg ramai persaingan.. result yg baik chances utk dapat bidang ini lebih tinggi.. Semoga dipermudahkan..

      حذف
  12. Thun ni spm...insya Allah klau ada rezeki sya nk ambik course ni...sbb sya mmang minat dngn course ni...doakn results spm sya okay☺️

    ردحذف
    الردود
    1. Semoga dipermudahkan.. diberikan keputusan yg cemerlang :) Aaaminnn~

      حذف
  13. kalau pelajar lepasan spm boleh sambung bidang ni ke

    ردحذف
    الردود
    1. Kalau utk psikologi kanak-kanak & keluarga xda lepasan spm dear..
      kena sambung STPM, Matrik, Diploma,atau asasi dulu...Tp kalau uni lain sy tak pasti pula..

      حذف
    2. Kalau asasi, saya perlu ambik asasi apa ye? asasi sainsa saje ke yang boleh?

      حذف
  14. kalau saya nak sambung belajar dlm bidang ni U apa yg patut saya pergi tapi dekat area semenanjung malaysia sahaja

    ردحذف
    الردود
    1. Kalau bidang psikologi kanak-kanak & keluarga,, di UMS sahaja.. sy kurg pasti sekiranya diploma ada menawarkan bidang ini atau tidak..

      حذف
  15. Hyeee selain ums U mana lgi yg ada twarkan course ni ya ?

    ردحذف
  16. Saya planning nak ambil bidang ni.. tapi sy tak ambil addmath, bio Tu semua .. saya ambil geo, sej, BM .. dapat juga Ka masuk ?

    ردحذف
    الردود
    1. Apapun kena memenuhi syarat ya sebelum memohon sebab keutamaan diberikan kpd yg memenuhi syarat

      حذف
  17. Sis kalau cth saya graduan diploma pendidikan awal kanak kanak and for degree saya nak ambil course psikologi kanak kanak dan keluarga boleh ke ?

    ردحذف
  18. Hai akak, macam mana nak mohon diploma psikologi ya? Terima kasoh☺️

    ردحذف
    الردود
    1. Boleh baca panduan nie
      https://www.siinurul.com/2020/08/panduan-untuk-sambung-bidang-psikologi.html?m=1

      حذف
  19. hi akak saya nak masuk tingkatan 4 sudah apakah bidang patut saya ambil untuk sambung bidang psikologi nanti..... terima kasih

    ردحذف
    الردود
    1. Hai saya tolong sikit ya. Boleh juga kalau nak sambung SC stream untuk memudahkan kefahaman tentang psikologi lebih lebih lagi untuk klinikal.

      حذف
    2. hai kak, saya pelajar stpm aliran sastera boleh ke untuk sambung ke bidang psikologi kanak2 ni?

      حذف
  20. assalamualaikum kak, saya nak tanya saya pelajar stpm ambik aliran sastera boleh ke sambung untuk bidang ni? saya minat sangat2 bidang psikologi. terima kasih kak

    ردحذف
    الردود
    1. Bole baca panduan nie ya
      https://www.siinurul.com/2020/08/panduan-untuk-sambung-bidang-psikologi.html?m=1

      حذف
  21. saya sangat berminat untk mengetahui lebih lagi mengenai bidng psikologi... sbb saya sendiri mengalami masalh depresi dan anxiety.. saya ingin sngt dpt peluang untk belajar dlm bidang ini agar saya lebih memahami manusia malah diri saya juga..

    ردحذف
  22. kalau rabun memang tak ada peluang langsung ke

    ردحذف
  23. Assalamualaikum hi kak .. saya baru habis spm and hajatnya nak sambung bahagian psikologi . Maknanya disini boleh lah kan sambung psikologi dengan stam and untuk orang yang tak ambik bio kimia ape tu kan?

    ردحذف
  24. asasi apa untuk sambung ijazah ni kak?

    ردحذف
    الردود
    1. Asasi UMS kalau nak ambil bidang nie sbb hanya ada d'ums saja

      حذف
  25. kalau takde basic subjek sains tak boleh ke ye?

    ردحذف
    الردود
    1. Dlm syarat tu Sains/Biologi/Fizik/Kimia... Maksudnya subjek Sains atau mana2 subjek pure sains (bio,kimia,fizik)

      حذف
  26. Assalamualaikum Sis, saya nak tumpang tanya, kalau dari diploma perguruan pendidikan Islam pastu nanti degree nak sambung bidang psikologi kanak2 &keluarga ni boleh ke? Pastu spm pulak tak ambil pure sains pun, sains biasa je, pastu results math dan english pulak grade D sahaja. kalau nak sambung bidang psikologi kanak-kanak &keluarga ni boleh ke ?

    ردحذف
  27. Assalamualaiku sis..nak tanya..selepas graduate kerja apa yg kita boleh dapat jika beljar course ni??

    ردحذف
  28. maksudnya pelajar yang tak amik aliran sains tulen di sekolah menengah macam saya masih boleh jadi child psychologist?

    ردحذف

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad