Cara Cashout SUSHIVID

Assalamualaikum
Bismillah

Hai~ Terlalu awal untuk up entry hehe~ Disebabkan mata masih aktif dan takda tanda menunjukkan aku mau tidur. Aku amat berbesar hati ingin berkongsi Cara Cashout SUSHIVID. Sebelum itu, mungkin ada yang pernah baca tentang Cashout SushiVid Kali Ke-3. Alhamdulillah, dengan tutorial ini, masuk income ke-4 sudah aku cashout SushiVid selepas hampir 3 bulan join hehe~


Baiklah, tanpa berlengah lagi. 

Pertama sekali korang kenalah join SushiVid nie. Kalau belum join, boleh daftarkan diri kat sini ya >>SIGN UP<<

TETAPI sebelum itu, korang kena tengok tau sama ada korang telah melepasi syarat tak untuk jadi member SushiVid. Bagi yang teringin nak cashout tu, boleh ikut tutorial seperti di dalam gambar ya :

1. Klik kat >>My Wallet<<

2. Seterusnya klik >>Payout Request<<



3. Klik >>OK! Continue to Payout Request<<

Biasanya, amaun cashout bawah RM100 akan dikenakan caj sebanyak RM1.


Selepas tu korang akan diminta untuk semak Nama Penuh, Email, NO K/P, Jenis Bank & No akaun Bank untuk memudahkan pihak SushiVid membuat pembanyaran. Bagi ahli yang pertama kali cashout, pihak SushiVid akan email untuk minta photocopy Kad Pengenalan kita. 

4. Seperti yang korang lihat dalam gambar screenshot, dah semak semua, pastikan maklumat tersebut benar dan tepat ya. Then, klik >>Confirm Payout Request<<


SIAP! Senang ja kan? Korang boleh print slip pembayaran sebagai bukti korang dah cashout. 


Macam mana nak tau dah masuk akaun atau tidak? 

Status PENDING bermaksud request korang masih dalam proses. Apabila pihak SushiVid, mereka akan email kita bukti duit telah dimasukkan dalam akaun. Selain itu, korang boleh semak juga yang status korang telah di approved!



Semoga tutorial ini sedikit sebanyak membantu korang :) Yang belum join, jangan lupa tau boleh daftarkan diri kat sini ya >>SIGN UP<<


Resepi Nasi Goreng Mudah & Cepat

Assalamualaikum
Bismillah

Hai bloggers sekalian, hari ini aku amat berbesar hati untuk share dengan korang Resepi Nasi Goreng Mudah & Cepat. Mudah kerana memerlukan bahan yang sedikit sahaja dan boleh di dapati di pasaraya Giant. Dan tidak mengambil masa yang lama untuk memasak. Dalam 10 - 15 minit sahaja.

Thanks to my lovely housemate, Priya (Indian) yang ajar aku masakan ini. Seriously, aku nie tak pandai masak sangat. I'm feeling blessed has housemate like her! So sweeeeet! haha~~ Baiklah, seperti yang ditunjukkan dalam gambar,




Bahan-Bahan
  • 1 mangkuk besar nasi yang telah siap dimasak
  • 2 ulas sayur kacang panjang (siap dipotong)
  • 1 batang lobak (siap dipotong ikut suka hati)
  • 2 ulas bawang merah & bawang putih
  • Kicap manis
  • Serbuk kunyit Baba's
  • Serbuk Cili Baba's
  • Garam secukup rasa
  • Minyak

Cara memasak :

1. Panaskan kuali serta minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.

2. Masukkan sayur kacang panjang dan lobak. Kacau hingga masak.

3. Masukkan nasi putih yang telah dimasak. Gaul hingga sebati.

4. Masukkan serbuk kunyit & cili Baba's dan gaul rata sehingga nasi kekuningan.

5. Masukkan garam secukup rasa dan kicap manis. Gaul hingga sebati.

6. Matikan api dan Siap untuk di hidang!


Selain daripada lobak dan sayur kacang. Korang boleh gantikan dengan bahan yang korang suka seperti telur dan isi ayam. Ikut suka korang hehe~ Kalau ada yang korang nak tambah atau perbaiki dalam masakan ini, boleh share kat komen ya~


© all rights reserved
made with by templateszoo