Terima Hadiah dari Blogger Faa (SN Faaezahh)

Sejak tukar template Kak Sarie hari tu ada beberapa rakan blogger yang bertanya untuk servis blog. Salah satunya ialah Blogger Faa.

Selepas tinggalkan email di blog Faa, beberapa hari kemudian Faa hubungi aku untuk minta servis blog. Bukan servis tukar template, tapi nak pasangkan widget Top Commentators saja.

Aku bagi kod untuk widget top komentators yang biasa digunakan. Tapi entah kenapa, widget tu tak keluar pula di blognya. Jadi aku cuba bantu lagi dengan bagi kod lain yang lebih lengkap.

Alhamdulillah, tak lama lepas tu Top Commentators dah berjaya dipaparkan di blog Faa.

Sejujurnya, aku rasa serba salah nak kenakan bayaran untuk benda sekecil tu. Lagipun nak buat pun tak ambil masa lama sangat. Jadi aku memang tak minta bayaran.

Biasanya servis blog yang aku kenakan untuk setting blog dan tukar template sahaja. Even nak check blog kalau ada masalah aku okay ja kalau setakat semak. Kadang ada setting mungkin kita terlepas pandang kan. 

Pastu Faa kata nak hantar something sebagai tanda terima kasih. Macam segan pula dapat hadiahnya. Apapun terima kasih sangat bagi hadiah. 

Skintific Niacinamide Brightening Daily Mask dan Radiance Booster Serum Spray.



Tadi hadiahnya baru sampai. Nak tahu apa aku dapat?


MasyaAllah, alhamdulillah atas rezeki Allah. Baru ja bulan lalu terfikir nak beli Niacinamide Brightening Daily Mask tetapi tak jumpa lagi di Guardian dan Watson. 

Radiance Booster Serum Spray tu pun selalu lalu di Shopee, siap masuk cart dah… tapi belum pernah beli lagi.

Tak sangka Allah beri melalui hadiah dari Faa.. MasyaAllah, indah cara Allah susun semuanya. Tak cepat, tak lambat… tapi selalu tepat. Alhamdulillah 🤍

Terima kasih Faa atas pemberiannya. Semoga setiap kebaikan yang Faa beri, Allah gantikan dengan rezeki yang lebih luas, hati yang tenang, dan kebahagiaan yang berpanjangan.

Semoga kita semua sentiasa dipermudahkan urusan, dilapangkan rezeki, dan diberikan hati yang ikhlas dalam setiap kebaikan.


14 comments

  1. Alhamdulillah rezeki.
    Semoga rezeki Nurul bertambah. Amin.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. rezeki Nurul...
    terima kasih juga ya

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rezeki, sampai terus depan pintu :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah, Allah tahu apa yanh hambanya mahu :)

    ReplyDelete
  5. Eh Nurul pon ada buat servis blog ye? Ni mesti pandai coding/javascript. Semoga suksess selalu

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah rezeki kat blog ..sesuatu yang pasti kita gembira menerima nya

    ReplyDelete
  7. Hadiah lebih berbaloi.. syukur rezeki tak pernah salah hihi..
    Alhamdulillah kelebihan ukhwah sesama blogger :D

    ReplyDelete
  8. nanti share ek daily mask tu best tak pakai.

    ReplyDelete
  9. Wahhh,..Tahniah..best dpt hadiah2 ni =D

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah rezeki Nurul. Menarik hadiahnya. Semoga bertambah comel Nurul bila menggunakan hadiah ini

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah selamat sampai. Anyway, thanks Nurul. Walaupun kecil pertolongan Nurul, tapi besar bagi Faa :))))

    ReplyDelete
  12. best tu hadiahnya! MZ memang nak tukar template cuma lom sempat nak email nurul lagi buat masa ni sbb bz dgn keje...nak travel ahad ni

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah Nurul, rezeki tak pernah salah alamat. Bak kata orang tua², orang berbudi kita berbahasa..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.