Kembali Menulis...


kembali menulis

Agak lama juga tak update kan. Nak kata sibuk tu sebenarnya banyak juga masa free, cuma lebih selesa untuk mendiamkan diri dan teruskan rutin harian di rumah seperti biasa.

Hari ini tiba-tiba mood nak menulis datang semula, mungkin sebab sedang upgrade template blog untuk sahabat blogger. Sambil-sambil mengedit, terasa rindu pula nak menaip dan berkongsi cerita.

Sejak raya hari tu pun memang tak sempat nak blogwalking. Buka blog pun boleh kira dengan jari, mungkin satu atau dua kali sahaja. 

Mungkin juga orang kata ini fasa “move on” dengan apa yang pernah berlaku dengan blog sebelum ini. Dah hampir nak masuk 10 bulan sebenarnya...

Apa yang menarik beberapa minggu kebelakangan ini?

Banyak sebenarnya, cuma tak tahu nak mula dari mana. Bila nak menulis, baru sedar banyak benda kecil yang berlaku setiap hari tapi tak sempat dicatatkan.

Dalam galeri telefon pun sudah penuh dengan gambar-gambar lama dan baru yang tidak pernah dikongsikan. Gambar-gambar yang bila dilihat semula, membawa balik momen yang sudah hampir terlupa.

14 comments

  1. Terima kasih Nurul tolong upgrade template blog akak ya. Suka seronok dapat template baru. Moga murah rezeki dan Allah makbulkan semua doa Nurul. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kak... Alhamdulillah akak suka dgn template baru.... Terima kasih juga doanya...Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

      Delete
  2. Eloklah tulis di blog momen itu nanti boleh baca balik.

    ReplyDelete
  3. salam kenal utk sis nurul. saya singgah sini dari blog mulan...so nurul buat service utk tukar template blog ker? sbb rasa mcm nak tukar jugak template my blog tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal kak... Yea kak.. sy ada buat servis blog tukar template ^^

      Delete
  4. Semoga terus menulis ye Nurul. Semoga yang baik-baik untuk kita semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak atas kata sokongan... Semoga kita terus menulis juga..

      Delete
  5. kadang2 tak terasa nak menulis...

    ReplyDelete
  6. Cuya pon macam tu. Banyak sebenarnya momen kecil yang tidak sempat direkod dalam blog. Mungkin faktor kemalasan yang melanda, atau mood menulis yang datang dan pergi macam roller coaster. Hahaha

    Begitulah manusia kan..

    Semoga terus menulis ya!

    ReplyDelete
  7. keep going menulis, Nurul. Btw, ada buat servis edit blog ke ?

    ReplyDelete
  8. Tulis la walau ia satu posting yg simple... Sebab moment tu lebih indah bila di tulis dalam blog ☺️👍🏻

    ReplyDelete
  9. Betul.. bila dah buka tapi tiba-tiba rasa stuck tak tahu nak menulis tentang apa, itu yang tersimpan lama dalam draf je.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.