Kalau ikutkan azam tahun ini, aku nak lebih rajin blogwalking, komen, dan update blog sendiri. Tapi aku sedar sesuatu: bila blogging dah jadi kerja atau sumber pendapatan, interaksi dengan kawan-kawan blog seriously berkurang.
Otak ni selalu fokus cari idea nak menulis, fikir konten yang boleh menarik traffic atau engagement. Itulah kesan selepas aku berhenti menulis sebagai blogger sepenuh masa.
Mindset ni berbeza dengan mereka yang menulis sekadar hobi. Bila hobi jadi kerja, perkara yang dulu menyeronokkan kadang jadi rumit. Nak tulis entri simple pun rasa macam “tak cukup bagus” atau “kurang content”.
Mindset ni berbeza dengan mereka yang menulis sekadar hobi. Bila hobi jadi kerja, perkara yang dulu menyeronokkan kadang jadi rumit. Nak tulis entri simple pun rasa macam “tak cukup bagus” atau “kurang content”.
Macam tadi, aku cuma nak tulis ringkas dan pendek, tapi akhirnya jadi panjang juga sebab rasa tak selesa bila menulis pendek saja.
Orang luar mungkin tak nampak kesan bila blogging dah jadi kerjaya. Kita kena fikir strategi, idea, SEO, engagement, kadang-kadang sampai lupa nikmati proses menulis. Tapi bila mood blogwalking ON, rasa balik macam dulu-dulu: tulis sebab suka, baca blog kawan sebab nak tahu cerita mereka, bukan sebab KPI atau target.
Hari ni aku banyak baca artikel kengkawan. Ada yang menulis setiap hari, ada yang jarang-jarang, dan ada yang aku tengok dah lama tak update blog. Tapi satu benda yang menarik perhatian aku ialah blog yang letak widget top commentators.
Macam mana korang boleh komen sampai puluh-puluh dan ratusan dalam sebulan? Respect sangat! Aku kalau nak komen 1-5 entri pun rasa macam banyak dah.
Nak tanya korang kalau blogwalking berapa blog korang baca? Kadang sehari aku cuma sempat baca 1-5 blog sahaja. Aku suka baca artikel yang kena dan related dengan diri aku. Baru semangat sikit nak komen walaupun entri tu 5 atau 10 tahun lepas.

tq blog walking ke blog MA......:-)
ReplyDeletefor MA..tulis blog..mcm tulis diary but ada gambar..semua utk kenangan sendiri, berkongsi cerita & pengalaman..mana tau..leh kasi idea kat kawan and ada entry yg membantu kawan2 di alam maya, alhamdulillah..
blogwalking....emmm, for MA..ikut mood & ikut masa, kalau x busy tu, byk je but kalau busy tu 1 pun x sempat....but lepas x busy tu..blogwalking & baca plus komen past2 entry jugaks
blog memang macam diari bergambar kan, untuk kenangan sendiri.
Deletelinda pula selalu BW guna telefon je...sebab senang dibuat bila2 je...
ReplyDeleteguna telefon memang paling praktikal, boleh BW bila-bila tanpa perlu buka laptop 😊
DeleteBW guna laptop puas hati..buka entry banyak2 then komen satu2..kadang tak terasa cepat masa berlalu..sebab asyik betul baca dan komen..sha la tu kemarin..sampai lewat hantar anak ke sekolah haha
ReplyDeleteBW guna laptop memang syok, sekali buka banyak entry terus hanyut baca. Sampai lewat hantar anak tu memang betul-betul “terleka” 🤣
Deletesaya belum lagi menjadikan blog sebagai kerjaya...ia cuma hobi untuk elakkan buang masa di medsos..
ReplyDeleteSetuju 👍 jadikan blog sebagai hobi pun dah cukup bagus. Daripada scroll medsos tanpa henti, blog lebih berfaedah dan tenang sikit 😊
Deletewelcome back nurul... kpi lifestyle blogger ni, apa saja yg boleh update, update je.. kalau ada rezeki SEO, ada la.. hehehehe
ReplyDeletekalau free, byk la BW, kalau x free kekadang 1-2 je sempat berziarah
betul tu, update je apa yang ada. Bab SEO tu kira bonus.....
DeleteJom blogwalking blog saya :)
ReplyDeleteInsyaAllah eyma 😊 nanti singgah sy BW ya 🤍
DeleteKSarie BW dan update blog bila berkesempatan sebab tak tau la dok busy apa sakan asyik tak menyempat😅
ReplyDeleteHehe sama lah tu 😅 kadang busy tu kita pun tak sedar busy apa. Bila ada masa, BW & update sikit-sikit pun jadi 😉
Deletemungkin sebab ni jugaklah adsense saya tak lulus. nanti kang asyik pikirkan KPI je. pastu rasa macam push diri sendiri pulak..
ReplyDeletesaya biasanya update entry & blogwalking seminggu sekali je. kalau rajin sikit dapatla 2-3 kali seminggu. kebiasaannya saya akan blogwalking kat semua yg ada kat bloglist. kalau rajin sikit tinjau2 blog org yg saya tk pernah lawat lagi :D
Betul tu… kalau terlalu kejar KPI memang boleh jadi tekanan 😌 buat santai-santai lagi enjoy. Just update konsisten ikut kemampuan & BW ikut bloglist kan..
Deleteklu sempat 3 blog gitulah rabia singgah
ReplyDeleteSamalah kita ..sorry tauu hari ni turn blogger nurul kena komen pukal dengan CCL .hehehe .
ReplyDelete