Menulis membuat aku rasa hidup, rasa berguna, rasa seperti aku ada tempat untuk bercerita dan berkongsi sesuatu dengan dunia.
Tapi selepas aku berhenti jadi blogger sepenuh masa, tiba-tiba aku rasa hilang arah. Aku hilang semangat. Hilang passion.
Hari-hari terasa kosong. Aku cuba isi masa dengan kerja rumah, tengok anime, dan “me time” yang kadang cuma berakhir dengan termenung lama.
Setiap kali buka blog, aku sebenarnya ada banyak yang ingin diluahkan. Tapi jari tetap kaku di papan kekunci.
Orang lain menulis tentang resepi, parenting, travel, dekorasi rumah, gaya hidup, atau tentang anak-anak. Tapi aku?
Aku bukan jenis yang suka masak benda baru. Aku jarang travel — setahun sekali pun belum tentu.
Aku tidak beli barang dekorasi, sebab rumah yang aku duduki ini bukan rumah kami sendiri. Kami pun belum ada rancangan untuk terus kekal di Johor.
Hidup aku sederhana. Rumah kosong.
Tiada anak. Tiada sesiapa di rumah. Jauh dari keluarga.
Mungkin sebab itu blog terasa begitu berharga bagi aku. Ia satu-satunya ruang yang membuat aku rasa masih ada sesuatu yang aku boleh buat. Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menulis terasa semakin berat — aku rasa tidak dapat catch up dengan perkembangan semasa.
Aku menulis tanpa dapat apa-apa. Bertahun-tahun aku menulis dan bertahan tanpa sebarang pendapatan.
Aku suka menulis tentang blog, tentang cara membina blog, menulis dengan konsisten, dan mencari suara sendiri — tetapi kini, aku sudah tidak dapat berkongsi apa-apa tentang dunia blog lagi seperti dulu.
Bagaimana aku mahu menulis tentang blogging jika aku sendiri tidak dapat buktikan apa-apa lagi sebagai blogger sepenuh masa?
Bagaimana aku mahu menulis tentang blogging jika aku sendiri tidak dapat buktikan apa-apa lagi sebagai blogger sepenuh masa?
Trafik merundum..
Adsense tidak berjalan..
Tips-tips blogging semakin tidak relevan untuk perkembangan blog sekarang.
Akhirnya aku stress.
Akhirnya aku stress.
Bila dulu aku pernah ada trafik tinggi, income dari Adsense, engagement yang aktif — semua tu jadi benchmark dalam kepala. Bila sekarang blog dah tak perform macam dulu, rasa kecewa tu datang sebab aku rasa macam “aku dah tak relevan” atau “aku dah gagal jaga apa yang aku bina dulu.”
Tapi, realitinya — dunia blogging memang dah berubah.
Kadang ada juga tawaran kerja menulis — tapi kebanyakannya dari niche sepertitrading dan gambling,
Aku rasa stuck.
Menulis tentang blog kini terasa semakin berat kerana aku sendiri sudah tidak dapat praktikkan apa yang aku tulis.
Kadang ada juga tawaran kerja menulis — tapi kebanyakannya dari niche seperti
Aku rasa stuck.
Menulis tentang blog kini terasa semakin berat kerana aku sendiri sudah tidak dapat praktikkan apa yang aku tulis.
Aku boleh saja bergantung pada AI untuk hasilkan tajuk atau idea tentang blog, tapi ia tidak memberi rasa yang sama. Ia bukan lagi passion aku, sebab aku mahu menulis sesuatu yang lahir daripada pengalaman sendiri — sesuatu yang aku benar-benar alami, bukan sekadar teori atau hasil carian.
Aku pernah cuba untuk mencuba perkara baru — seperti affiliate marketing, TikTok, dan beberapa platform lain.
Aku pernah cuba untuk mencuba perkara baru — seperti affiliate marketing, TikTok, dan beberapa platform lain.
Aku habiskan banyak masa untuk membina jenama diri di media sosial, tapi akhirnya aku sedar — aku bukan jenis yang suka tampil ke depan. Aku bukan orang yang selesa mempamerkan diri, apatah lagi membuat video.
Dengan persaingan yang semakin sengit di dunia media sosial dan pelbagai kandungan negatif yang aku tonton setiap hari, aku mula rasa letih. Perlahan-lahan, aku sedar media sosial tidak lagi memberi inspirasi, sebaliknya menjejaskan kesihatan mental aku.
Jadi aku berhenti.
Aku berhenti menulis kerana aku rasa perlu rehat.
Aku berhenti menulis kerana aku rasa perlu rehat.
Burnout.
Empat bulan berlalu, aku masih menulis cuma aku rasa hilang 'spark' seperti mula-mula dulu.
Aku sendiri tidak tahu mahu menulis apa lagi tentang diri aku.
Cuma aku masih rindu mahu menulis.
Perasaan rindu menulis seperti dulu kerana menulis dan blogging pernah jadi sebahagian daripada identiti — ia bukan sekadar kerja, tapi satu cara untuk mengekspres diri dan berkongsi dunia dengan orang lain.
Kadang-kadang aku rasa orang tak faham.
“Tulis saja untuk diri sendiri, jangan fikir trafik.”
Tapi mereka tak tahu — inilah diri aku.
Mungkin sebahagian pembaca yang lebih suka kandungan ringan atau praktikal berasa tidak selesa dengan tulisan yang bersifat emosional.
Aku tak nafikan, selepas berhenti menjadi blogger sepenuh masa, banyak tulisan aku mungkin kelihatan melankolik atau terlalu berat — simply because they aren’t used to raw honesty online.
Ada juga yang mungkin menafsirkan refleksi ini sebagai tanda “putus asa” atau “tidak mampu move on.” Mereka mungkin fikir aku terperangkap dalam fasa negatif — without realizing that reflecting is part of healing myself.

Dalam dunia blog, ada pembaca yang lebih menghargai kandungan “berinformasi” — seperti tutorial, ulasan, atau gaya hidup. Menulis tentang "rasa" mungkin dianggap tidak memberi nilai kepada pembaca.
Mungkin artikel seperti ini sebagai “drama” atau “perfectionism” — tanpa sedar, inilah sebenarnya perjuangan batin yang dilalui sepanjang menjadi blogger sepenuh masa melalui tulisan.
Mungkin bagi sesetengah orang, tulisan seperti ini terasa terlalu jujur.
It's okay. Mungkin ramai yang tidak biasa cara aku menulis sekarang.
Dan sekarang, mungkin masa untuk lahir versi baru — seorang blogger yang lebih jujur menulis tentang 'rasa' sebab hati masih sayang menulis.

.png)
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.