التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Uninstall Facebook & Instagram

Assalamualaikum
Bismillah

Dah hampir setahun aku padam akaun Twitter & Linkedin. Tahun ini aku uninstall Facebook dan Instagram pula. 

Jadi aku minta maaf sangat yang cuba mesej aku di Facebook atau Instagram tetapi aku respon lambat. Kenapa aku uninstall kedua-dua akaun ini kerana ingin menjaga kesejahteraan mental diri sendiri. 

Sebab kedua aku mungkin overconsuming social media kot. 

Uninstall Facebook & Instagram

Kalau ada yang nampak aku posting di facebook atau Instagram sebenarnya aku buka dari laptop. Aku rasa berbeza apabila buka apps di handphone dengan di laptop. 

Apabila aku buka fb di laptop aku tidak fokus sangat untuk scrolling dan baca apa yang ada di fb. Aku cuma buka fb dan lihat notification, messenger dan update status. Then kalau tiada yang penting terus tutup laptop. 

Begitu juga Instagram, kalau buka dari laptop tak berapa best sangat. Jadi aku tidak buka instagram melainkan untuk post stories tentang isu palestine, update status atau post sesuatu untuk kenangan. 

Menggunakan platform media sosial melalui laptop memberikan pengalaman yang berbeza daripada menggunakan aplikasi di telefon pintar, dan ini sangat membantu aku dalam mengurangkan penggunaan yang berlebihan.

Kadang facebook dan instagram banyak sangat posting yang toxic tentang rumahtangga. Aku boleh saja abaikan but it's too much for me to handle. 

Ada benda viral semua orang nak ulas pendapat masing-masing. Aku tak boleh nak kontrol apa orang lain nak post sebab semua itu hak dan tanggungjawab masing-masing. Setiap individu mempunyai hak dan kebebasan untuk memilih apa yang mereka pilih untuk terlibat atau tidak terlibat di dalam media sosial.

Apa kita tulis, kongsi,dan  komen semuanya akan dipertanggungjawabkan. 

Oleh sebab itulah apa yang aku boleh kawal ialah tindakan aku sendiri dengan unistall facebook dan instagram. Mungkin orang kata aku jenis tak nak follow isu semasa. 

But it's better for me. 


تعليقات

  1. cikkak ada try install apps Omi dan Litmatch tak.. hehe

    ردحذف
  2. Bagus sangat cara macam ni, saya nak buat tapi belum ada kekuatan

    ردحذف
  3. Ya ,kadang2 posting di sosmed banyak toxic, bosannya dengan isu yang tidak penting tapi ada bagi effect emosi kepada kita. Cuya pon malas guna ig.. guna fb sekadar untuk membeli buku saja

    ردحذف
  4. Kita pun dah lama sebenarnya uninstall aps facebook, twitter, instagram semua tu dekat phone. Buka dekat pc je mudah sikit

    ردحذف
  5. Saya masih guna FB tapi masa kerja rasmi sahaja...lain daripada itu saya layan Youtube

    ردحذف
  6. betul tu nurul. byk toxic skrng dari social media. yang mana kita boleh elak, kita elakkan untuk jaga mental health.

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...