التخطي إلى المحتوى الرئيسي

POSSTORE Pontian | Pengalaman Hantar Barang ke Sabah

Assalamualaikum
Bismillah

Aku dah lama plan nak hantar barang ke Sabah cuma belum ada kesempatan lagi. Dan setelah siap packing barang, aku pun carilah kat Google nak pos barang guna servis yang mana. 

Mulanya aku nak gunakan perkhidmatan J&T, tetapi suami cari J&T tak jumpa pula. Nampaknya J&T Ekspress di Pontian dah berpindah tempat.

Jadi aku buat keputusan untuk hantar barang menggunakan Citylink sebab paling dekat dengan rumah. Tetapi aku tak jadi sebab pertama staff dia kurang friendly. Aku tanya dia jawab sepatah saja. Senyum pun tidak. Aku tahulah waktu tu dah petang dan nak balik. Cuma layanan tu hmm..

Selain itu, harga pos barang Citylink Express untuk penghantaran ke Sabah mahal sangat. Aku memang tahu mahal kalau hantar barang ke Sabah cuma mungkin sebab pekerja dia kurang friendly jadi aku rasa mahal dari biasa. Hahaha

Then, aku pun bagitau suami nak pos guna POSSTORE saja sebab memang hari tu lagi nak menggunakan servis Posstore. 

Kredit to Google Maps


POSSTORE Pontian | Pengalaman Hantar Barang ke Sabah

Impression kali pertama masuk Posstore, aku rasa selesa dengan cara layanan pekerjanya. Staffnya sangat ramah dan menjawab semua persoalan dengan sabar. 

Aku sebenarnya nak tanya harga untuk penghantaran ke Sabah saja sebab nak bandingkan harga dengan pos yang lain. 

Harga pos barang posstore
Harga Pos Barang ke Sabah POSSTORE (2023)


Dari segi harga memang mahal. At least sedikit murah berbanding Citylink Ekspress. Selain itu, khas untuk penghantaran ke Sabah & Sarawak dorang kena tengok dahulu barang apa yang dipos. 

Untuk barangan elektornik dan cecair tidak dibenarkan. 

Jadi sebaik-baiknya korang bawa barang ke Posstore dahulu sebelum packing barang. Nak wraping barang boleh, cuma pastikan barang tu dorang boleh nampak. 

Dan sekiranya nak kos yang lagi murah, korang disarankan untuk guna kotak kecil sahaja. Harga pos ikut berat dan saiz kotak. Jadi semakin berat dan besar kotak, semakin mahal kos penghantaran yang dikenakan.

Harga pos barang ke Sabah untuk barang yang aku nak pos tu sebanyak RM131 (berat 9kg)  untuk pos express. Tetapi since barang yang nak dihantar pun tak urgent, aku pilih penghantaran by sea sahaja iaitu sebanyak RM67.

Cuma tempoh penghantaran mengambil masa yang agak lamalah untuk sampai. Yang penting bagi aku selamat sampai. 

Secara kesimpulan, aku suka menggunakan servis Posstore Pontian kerana pekerjanya peramah, menjawab semua soalan aku dengan baik dan jelas. Dari segi penghantaran pula memang sedia maklum barang akan lambat sampai sebab aku memilih penghantaran kapal laut. 

Sejujurnya yang buat aku pilih Posstore sebab cara layanan staff tu saja. Kita kalau dah duduk kaunter kenalah layan customer dengan baik. Aku bukannya cakap kasar pun. Just tanya saja kot.

Mungkin korang ada pengalaman lain lagi dari aku. So far aku suka dengan servis penghantaran Posstore. 

Lokasi POSSTORE Pontian


Lokasi Posstore terletak berhadapan dengan Terminal Pengangkutan Awam Pontian dan bersebelahan dengan DHL Ecommerce serta Skynet. 

Untuk maklumat lanjut :
  • Alamat : 11G, Jalan Delima 4, Pontian Kecil, 82000 Pontian, Johor
  • Masa operasi : Isnin - Jumaat (9.00 pagi - 6.00 petang) Ahad - TUTUP
  • Telefon : 017-7357780

Sekiranya korang ingin mengetahu lokasi barang boleh semak Track Posstore Shipments

تعليقات

  1. Saya pun kalo dah ketemu staff yg tak ramah macam tu, padahal itu sudah tugas dia untuk menjawab pertanyaan customer, langsung tak nak pakai jasa mereka. Cari lain. Terkadang service yang ramah, walo mungkin customer hanya nak bertanya tanpa pakai jasa mereka, tapi cukup membuat customer merasa dihargai. Dan bisa jadi selanjutnya akan setia jadi pelanggan.

    Hantar barang keluar pula nih memang mahal 😄. Saya pun pernah kirim barang dari Jakarta ke Papua, ya Allah, rasanya lebih mahal biaya kirim dari harga barang 🤣🤣🤣

    ردحذف
  2. Hi Cik Nurul, ni pengalaman saya menggunakan servis posstore ni sangat cepat penghantarannya walaupun ianya sedikit mahal tapi masa PKP dulu la.. Skrg posstore yang berdekatan dah tutup & tidak beroperasi lagi. So guna servis penghantaran JNT jer lepas tu... :)

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...