التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Prosedur Lengkap Pengurusan Sebelum Nikah di Sabah

Assalamualaikum
Bismillah


Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk menulis dan berkongsi di blog. Sudah 2 bulan sebenarnya aku bergelar seorang isteri. Jadi hari ini aku ingin berkongsi secara ringkas macam mana prosedur pengurusan sebelum akad nikah di Sabah berdasarkan pengalaman aku sendiri.

Aku faham ramai yang mungkin tak tahu mahu mula kat mana kan? Mana nak fikir lagi pasal persiapan persandingan, katering, tempahan baju dan sebagainya. Memang pening. 

Sebenarnya korang boleh selesaikan pengurusan untuk akad nikah tu tak sampai seminggu kalau tahu prosedurnya. Apabila tak tahu prosedur boleh jadi tarikh nikah korang terpaksa ditangguhkan.

borang-nikah-sabah



Oleh itu, aku kongsikan dengan korang prosedur lengkap pengurusan sebelum nikah di Sabah. Ini hanya pengalaman aku saja ya. 

1. Kursus Pra-Perkahwinan

Sebelum urus pasal pernikahan, pastikan korang serta bakal suami/isteri sudah mengikuti kursus kahwin ya. Sekiranya tiada sijil kursus pra-perkahwinan korang memang tidak dapat urus kerana borang nikah jadi tak lengkap. 


Daftar Kursus Kahwin Online di Sabah

Permohonan boleh dibuat di dengan menghubungi urusetia untuk Kursus Kahwin Online melalui whatsapp sahaja.

Contact Urusetia (whatsapp) :

  • 012-8221665
  • 011-39912118
  • 011-63967387


Yuran penyertaan sebanyak RM70 dan terhad kepada 40 orang sahaja. 


Apabila dah mengikuti kursus pra-perkahwinan korang boleh dapatkan Sijil asal boleh dituntut di PEJABAT BAHAGIAN PENTADBIRANSYARIAH JHEAINS di daerah masing-masing. 

2. Borang Nikah 

Semasa nak ambil sijil kursus kahwin tu, bolehlah beli borang nikah ini sekali. Korang boleh dapatkan borang nikah nie di Bahagian Pentadbiran Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Tingkat 10, Blok A, Wisma Muis. (Kota Kinabalu)


Kena bayar RM5 untuk setiap borang. Nak belikan sekali untuk bakal pasangan korang pun boleh. Setakat yang aku tahu, belum ada lagi yang boleh download borang nikah secara online. 


Jadi korang kena pergi pejabat JHEAINS di Daerah masing-masing untuk beli borang nikah ni. 


Setelah itu, sila sediakan dokumen yang diperlukan dan lengkapkan borang permohonan kebenaran berkahwin (borang nikah)


Antara dokumen yang perlu disediakan ialah :

  • Pengesahan status bujang (Isi di borang saja) dan minta pengesahan Ketua Kampung, majikan (bagi yang bekerja) atau Pesuruhjaya Sumpah

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon (lelaki / perempuan)

  • Salinan Kad Pengenalan Wali

  • Salinan Kad Pengenalan Saksi (2 orang)

  • Ujian Test HIV

  • Sijil Kursus Pra-Perkahwinan

  • Surat Akuan Bujang

Contoh surat akuan bujang


3. TEST HIV 

Untuk Ujian Test HIV pula, korang perlu download borang TEST HIV secara online. Di bawah adalah contoh borang ujian HIV yang korang perlu bawa ke klinik kesihatan semasa menjalankan ujian ini.



Ujian boleh dibuat di klinik-klinik kesihatan kerajaan sahaja dengan menggunakan borang saringan H.I.V yang telah diwartakan oleh pihak KKM. 

Buat masa sekarang kena buat temujanji (appointment) dahulu di klinik kesihatan yang berdekatan (bergantung dengan daerah) dan pegawai kesihatan akan bagi tarikh untuk test hiv.


Korang jangan isi lagi di borang nikah tarikh nikah tau! Ujian ini valid sehingga 6 bulan. Jadi boleh buat test hiv lebih awal daripada tarikh nikah yang korang rancang tu. 


Test hiv tidak lama dan tak sakit pun, hari tu juga terus dapat result. Test di klinik swasta tidak dibenarkan. Apapun boleh call pihak JHEAINS, sebab risau borang nikah korang kena reject.


4. SURAT KEBENARAN NIKAH LUAR DAERAH

Bagi pasangan yang berkahwin luar daerah, kena dapatkan surat kebenaran nikah luar daerah, perlu bayar RM5.00 (Seingat akulah) Ini sekiranya pasangan berlainan daerah. 


Korang perlu lengkapkan borang kebenaran berkahwin dahulu barulah dapat surat kebenaran nikah luar daerah. Oleh itu, penting sangat untuk pihak lelaki lengkapkan borang dahulu. 


5. SURAT KEBENARAN MASJID

Bagi pihak perempuan pula perlu ada surat kebenaran masjid sekiranya ingin nikah di masjid. Kalau nikah di rumah pula aku tak pasti. 


Buat masa sekarang pihak JHEAINS akan minta kita untuk pergi ke mana-mana masjid untuk minta kebenaran nikah di masjid. Ada bayaran untuk sewa di masjid (bergantung masjid mana yang korang mau).


Pihak masjid yang akan tetapkan tarikh bila kita boleh nikah sebab mereka yang bagi sewa tempat tu. Macam aku minta surat kebenaran masjid di Masjid Negeri Sabah dan bayaran RM150 dikenakan.


Dah bayar dan dapat resit. Boleh lampirkan pada borang nikah tu. 


6. HANTAR BORANG

Dah lengkap borang, boleh hantar di Tingkat 2, Blok A, Wisma Muis. Sediakan RM5 untuk pendaftaran. Samada korang akan terus dapat jurunikah pada hari itu atau akan dihubungi dalam waktu terdekat. 


Jangan lupa resit, nama jurunikah beserta no telefon ya. InsyaAllah, apabila dah dapat nombor dan nama jurunikah korang, bolehlah whatsapp atau call untuk maklumkan tarikh pernikahan korang. 


Itu sahaja semoga urusan korang dipermudahkan. Semoga info ini sedikit sebanyak membantu korang. 😊


UPDATE : Untuk yang terkini, difahamkan tiada lagi kursus kahwin secara online. Kursus perlu dijalankan secara bersemuka sebab pandemik sudah berakhir.



تعليقات

  1. salam Nurul.. saya ada share ketiga-tiga nombor telefon 012-8221665, 011-39912118 dan
    011-63967387 tu pada seorang rakan sebab dia tanya macam mana mau daftar kursus kahwin di Kota Kinabalu. Rupanya sekarang (dalam pertengahan Februari 2022) kena datang ambik sendiri borang di pejabat JHEAINS tingkat 10 bangunan Wisma Muis. Pastu bila sampai sana akan di tanya bila tarikh kahwin. Pastu kalau yang muallaf pula di suruh lambat-lambat kawin sampai betul-betul boleh hafal rukun iman, rukun islam, pandai wuduk, pandai solat, pandai asas fardhu ain. Aduhh teruk. Hanya 20 orang dibenarkan masuk ke kursus kawin. Pastu ada temuduga lagi sebelum layak masuk ke kursus kahwin. Dua kali temuduga tu! Macam mau interview kerja saja.. Ni sahabat kami sendiri share dari pengalaman dia sendiri. Mengikut pendapatnya pengurusan JHEAINS teruk sekali. Terlalu ramai pengunjung kemudian hanya 1 staff yang handle.

    ردحذف
  2. Assalamualaikum nurul.. terima kasih berkongsi info bermanfaat.

    Untuk yg terkini, saya difahamkan tiada lagi kursus kahwin secara online. Kursus perlu dijalankan secara bersemuka sebab pandemik sudah berakhir.

    ردحذف
  3. Salam Nurul, Saya shahzwann.. surat akuan bujang mau dapat di mana ya? surat tu sama kah dengan borang Pengesahan Status Bujang? Lagi satu, surat kebenaran luar daerah/negeri mau minta di mana? apa-apa pun saya dahulukan terima kasih dengan info2 macam ni.

    ردحذف
    الردود
    1. Surat akuan bujang husband sy buat sendiri kena buat sendiri .. borang pengesahan bujang tu borang yg kita ambil di Muis.. surat kebenaran luar daerah/negeri kena dapatkan di pejabat Muis juga..Perlu lengkapkan borang kebenaran berkahwin dahulu barulah dapat surat kebenaran nikah luar daerah. Oleh itu, penting sangat untuk pihak lelaki lengkapkan borang dahulu.

      حذف
    2. Hi salam, mau tanya.

      1) Surat akuan bujang, buat sendiri macam tu? So kiranya surat akuan bujang buat sendiri lepastu ada surat pengesahan status bujang lagi?

      2) IC perlu ada pengesahan JPN

      3) surat kebenaran nikah di masjid, kena buat sendiri? Biasanya kena jumpa imam masjid? Atau ada orang lain?

      حذف
  4. Aslm..saya berstatus janda dn berasal dn brada d Sabah.Bakal suami sya warga Perak berstatus bujang.soalan sya,adakah sya perlu hadir kursus pra .p utk berkahwin kli kedua?

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...