Lirik Lagu I Want You To Love Me - Alif Satar

Assalamaualikum
Bismillah


Lirik Lagu I Want You To Love Me - Alif Satar

VERSE 1
Setiap kali ku tenggelam dalam perasaan hatiku
Hanya wajahmu dalam fikiranku (Adakah kau pun begitu)
Dan tiap kali ku merindu rasa yang menikam di kalbu
Ku terhempas bila teringatkanmu

PRECHO
Kembalikan padaku
Waktu yang lalu
Kini ku tak lagi mampu mencinta seperti dulu

CHORUS
I want you to hate me
Don’t want you to care
Kerna ku tak layak memiliki
Dirimu yang setia menanti

I want you to hate me
Don’t want you to care
Kerna ku tak sanggup melihatmu
Tersakiti kerna diri aku

POST-CHORUS
Siapa yang bisa buat ku berubah (It’s You)
Siapa yang bisa buat ku merasa (It’s You)
Bahgia saat diri aku terjaga
It’s you, I know it’s you

VERSE 2
Ohh aku tahu pernah ku berjanji takkan ada yang mengganti
Itukan hati berubah kan pasti

PRECHO
Kembalikan padaku
Waktu yang lalu
Kini ku tak lagi mampu mencinta seperti dulu

CHORUS
POST-CHORUS

BRIDGE
Kini ku tahu dirimu 
Yang terakhir 
Buat diriku
Ku beri segala 


Composed by Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo, Mike Chan
Lyrics by Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo, Mike Chan, Alif Satar
Produced by Faizal Tahir

Kenapa Telur Terapung Dalam Air Garam

Assalamualaikum
Bismillah

Aktiviti ini dijalankan untuk menunjukkan bagaimana faktor jisim dan isipadu mempengaruhi ketumpatan sesuatu bahan. 

Bahan yang diperlukan ialah :

1. Telur rebus (tidak rebus pun boleh)
2. Dua cawan / gelas berisi air
3. Garam

Cara menjalankan eksperimen ini :

1. Masukkan telur di dalam gelas yang berisi air suam sahaja. Perhatikan telur tersebut akan tenggelam. 

2. Larutkan 3-4 sudu garam ke dalam gelas kedua. Masukkan telur ke dalam air yang berisi garam. Perhatikan telur tersebut akan terapung. 

egg-float

Kenapa telur boleh terapung dengan air garam?

Air yang berisi garam itu mempunyai ketumpatan (density) yang lebih tinggi berbanding air biasa.

Semakin tumpat cecair tersebut maka semakin senang objek akan terapung di atasnya. Telur lebih tumpat daripada air. Jadi, telur akan tenggelam dalam air biasa.

Apabila garam ditambah ke dalam air, jisim bertambah menjadikan ketumpatan air garam lebih tinggi daripada air biasa. 

Jadi, telur terapung di atas air garam. Apabila air ditambah ke dalam air garam, isipadu air bertambah menjadikan ketumpatan air berkurang. Jadi, telur akan kembali tenggelam.

Nota : hanya ketumpatan air yang berubah, ketumpatan telur tidak berubah. 

Semoga bermanfaat~

Lirik Lagu KLIA (Kau Lupa Itu Aku)- Najwa Latif

Assalamualaikum
Bismillah


Lirik Lagu KLIA - Najwa Latif 

Mungkin ini yang terbaik
Terbaik untuk kita jalani
Jalani hidup tanpa cinta

Mungkin aku dan kamu
Tidak dijanjikan bersatu
Walau kutahu hatimu itu

Hanya mungkin ini takdirnya
Takdir kita harus berpisah
Dan mungkin kita hanya
Perlu berfikir demi cita-cita

Mungkin apa yang kuperlu
Hanya kekuatan dariNya
Untuk melalui liku hidup

Tanpa mungkin ini takdirnya
Takdir kita harus berpisah
Dan mungkin kita hanya
Perlu berfikir demi cita-cita

Walau kutahu kau kan lupa
Lupakan diriku
Walau kutahu ku kan terluka
Terluka tanpamu

Kau lupa itu aku (4x)
Cinta pertamamu

Walau kutahu ku kan terluka
Terluka tanpamu

Kau lupa itu aku (4x)
Cinta pertamamu

Cinta pertamamu


Q&A Peperiksaan Online Pegawai Psikologi Gred41

Assalamualaikum
Bismillah

Peperiksaan Online Pegawai Psikologi Gred41

1. Bila nak tahu tarikh peperiksaan online? 

Apabila permohonan anda telah melepasi syarat yang ditetapkan oleh SPA8, anda hanya perlu tunggu email sahaja. Tarikh dan masa peperiksaan akan diumumkan melalui email. 

Peperiksaan Online Pegawai Psikologi Gred41

2. Bagaimana peperiksaan online diadakan?

Sudah dinyatakan bahawa peperiksaan online, so korang hanya perlu laptop dan internet sahaja. Boleh jawab soalan peperiksaan sambil minum kopi. hehe

3. Contoh email peperiksaan online


Contoh email peperiksaan online

4. Keperluan asas sebelum menduduki peperiksaan

  • komputer, notebook atau telefon bimbit yang mempunyai rangkaian internet.
  • Sediakan kalculator untuk soalan matematik.
  • Calon boleh mengakses sistem peperiksaan online ini di mana-mana sahaja lokasi yang mempunyai kemudahan capaian internet tanpa perlu hadir ke Pusat SPA.
  • Calon yang tidak mengambil peperiksaan ini tidak akan disenaraihitamkan

5. Langkah untuk menjawab peperiksaan online

Langkah 1:
Sila layari pautan peperiksaan yang telah dinyatakan dalam paparan penjadualan peperiksaan (Contoh: examonline110.spa.gov.my) Pautan ini hanya akan dipaparkan 1 jam sebelum peperiksaan bermula.

Langkah 2:
Skrin “Sistem Peperiksaan Online” akan dipaparkan. Sila masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan. KATA LALUAN ADALAH ANGKA GILIRAN ANDA. Klik butang “Login

Langkah 3:
Skrin “Menunggu Persediaan Peperiksaan” akan dipaparkan. Pastikan anda bersedia 5-10 minit lebih awal sebelum peperiksaan dimulakan.

Peperiksaan Online Pegawai Psikologi Gred41

Langkah 4:
Sila baca arahan dan soalan dengan teliti. Jawab semua soalan dan tunggu sehingga masa peperiksaan tamat. Sekiranya habis menjawab lebih awal, semak jawapan dan pastikan semua soalan dijawab. 

Langkah 5:
Sila tunggu untuk memulakan seksyen yang berikutnya. Soalan hanya akan keluar mengikut masa yang telah ditetapkan. 

Langkah 6:
Skrin “Peperiksaan Tamat” akan dipaparkan setelah masa menjawab seksyen terakhir tamat. 

Sekian itu sahaja. Semoga membantu kalian semua.


Surah An-Nasr, Ayat 1 - 3

Assalamualaikum
Bismillah


Surah An-Nasr, Ayat 1 - 3

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), (An-Nasr 110:1) 

Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, (An-Nasr 110:2)

Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. (An-Nasr 110:3)


Tutorial How to Repair USB Pendrive You need to format before use

Assalamualaikum
Bismillah

Yesterday I have some problem to used my USB. When I open it, suddenly pop up "you need to format before use" and I was WHAT?? I asked my brother and he said that it can be fix, you just need to download a software to retrieve all the data.


TUTORIAL HOW TO REPAIR USB PENDRIVE "YOU NEED TO FORMAT BEFORE USE".

Tutorial How to Repair USB Pendrive You need to format before use

I don't want to format or delete the data because there were so many pictures in my pen drive. My memories. If you don't format, you can't open the USB. So what should I do to fix this problem?

Alhamdulillah, don't worry. I have a solution for you. You can restore you data without format your pen drive. And I did it last night. 


1. Download software "findandmount". This is the link (http://findandmount.com/download/). Install on your PC/Laptop. 



2. After installing the software, you can see your USB FLASH DRIVE. Click on that. Select the “Thorough Scan” and click on “Scan” and wait. Just wait....




3. After scan it will show the partitions, if you got more than one partition its better to check both. But I have only one partition. Now right click on partition and click on “Mount As” and give device letter like j,k,l,m,n….. and click on “ok”


4. You will get all your data from USB pen drive just copy all data and paste it into hard drive. It takes a few hours depends on how large your data is. For me, it takes all night to retrieve the data. So, make sure you have enough battery on laptop. 


5. Lastly, select and right click on USB and click on “Unmount”, now you can format your pen drive and reuse with ease. 


Watch video tutorial…. Please like, share and subscribe~



Ini adalah Album Terakhir Saya | Faizal Tahir

Assalamualaikum
Bismillah

The sad thing I have ever heard today, this is the last album of Faizal Tahir which is ROJAK. I love all of his songs since zaman viral FT buka baju lagi. But you know what, people make mistakes, but remember don't repeat the same mistakes ever again. Look at him now~


Sumber : Kosmo Online

Album ROJAK ini melambangkan Malaysia iaitu masyarakat yang berbilang kaum dan budaya. Sebelum ini Faizal Tahir juga pernah mengeluarkan album yang lebih bersifat patriotik seperti Lagu Negaraku. Tak sabar nak dengar lagu Rojak ini. 



Logo Baru Visit Malaysia 2020 | #VM2020

Assalamualaikum
Bismillah

 Sumber : Marketing

Tun Dr Mahathir Mohamad telah melancarkan logo baharu bagi Visit Malaysia 2020 dengan corak batik Malaysia. Logo baharu Tahun Melawat Malaysia 2020 ini mempunyai ikon seperti Burung Kenyalang, Bunga Raya, Paku pakis dan diserikan dengan warna Jalur Gemilang. Rekaan logo ini direka oleh Alfred Phua Hong Fook. 

Apa pendapat anda tentang logo terbaru ini?


Resepi Ringkas Sosej Masak Sos

Assalamualaikum
Bismillah

Resepi Ringkas Sosej Masak Sos ini walaupun aku tahu resepi ini sudah berlambak di google, tetapi pasti ada sedikit perbezaan juga kan? hehe~ Lain orang itu lain selera mereka. 

Resepi Ringkas Sosej Masak Sos

Bahan-bahan
  • 1 ulas bawang besar (hiris/blend)
  • 2 ulas bawang putih (hiris/blend)
  • 1 bungkus sosej (potong ikut suka)
  • sos tiram
  • sos cili
  • sos tomato
  • kicap manis
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara memasak 
  • Panaskan kuali dan letakkan minyak
  • Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris
  • Masukkan sosej ke dalam kuali dan gaul sampai rata
  • Masukkan sos tiram, cili, tomato serta kicap manis. 
  • Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tambah sedikit air. 
  • Gaul hingga sebati.
  • Sedia untuk dihidang.

Simple as that. Ada orang yang suka goreng dulu sosej tu. Ada juga yang campur dengan ikan bilis dan bahan lain. Aku cuma masak dengan bahan yang sedia ada kat rumah saja. 

#ResepiSosejMasakSos
#ResepiRingkas Sosej Masak Sos

Resepi Sosej Goreng Masak Sos (Sedap & Mudah)


Orang Lain Dah Kahwin Aku Bila Lagi?

Assalamualaikum
Bismillah



Ramai yang sedia maklum bahawa pernikahan itu adalah penyempurna agama. Ketika aku masih remaja, pernikahan itu it's something that I wanted to do tetapi aku tidak tahu bila waktu yang sesuai untuk seseorang itu berkahwin. Well, dulu tu aku kononnya meramal masa hadapan bahawa aku akan berkahwin pada umur 23 tahun. Hahaha~ Actually 23 itu adalah angka kesukaan aku that is why I assume that I will be married when I'm 23 years old. Ideal husband aku dulu tu mestilah seorang yang setia, jujur, bertanggungjawab gitu hahaha~ Lawak eh.. Demand lebih tapi tak cermin diri sendiri tu macam mana wkwkwk~

Goodbye 23 years old me~ 

Sebenarnya tiada jawapan yang tepat tentang bila waktu yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga. Adakah kahwin muda atau awal itu lebih baik berbanding kahwin lambat? Yang menilainya hanyalah diri kita sendiri kerana kita yang tahu apa yang terbaik buat diri dan masa depan kita. 

Pandangan secara peribadi, sebuah perkahwinan itu bukanlah sekadar si isteri mengurus suami serta anak-anaknya.  Sekarang ini zaman semakin berkembang dan kos sara hidup juga semakin meningkat. Sekarang kalau mengurus rumah tangga seperti memasak, mengemas rumah dan sebagainya si suami juga boleh buat. What I want to say here is.. bukan tugas isteri sahaja yang mengurus rumah tangganya. Suami juga harus sama-sama memainkan peranan. 

Kalau nak kata tugas suami adalah untuk mencari nafkah. Yang itu sudah tentu. Tetapi zaman sekarang ada pasangan yang sama-sama bekerja semata-mata mahu menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Bukan isteri sahaja yang harus menguruskan the whole thing. 

What I think about marriage? When I think about marriage, I think about pilot and co-pilot. Pasangan suami isteri boleh jadi team partner. Pilot tetap seorang suami kerana dia merupakan imam dan ketua dalam rumah tangga, manakala co-pilot adalah isterinya. Walaupun suami yang membuat keputusan dalam sesuatu hal, tetapi dia juga haruslah menghormati isterinya, selalu menjadi pendengar yang baik, tidak boleh meremehkan isterinya, memahami antara satu sama yang lain, compromise, belajar untuk mengalah dan saling menginspirasi antara satu sama yang lain. Sebenarnya perkahwinan itu lebih daripada itu. 

Bila waktu yang terbaik untuk mendirikan rumah tangga?Sebenarnya pertanyaan ini hanya diri kita sendiri yang ada jawapannya. Bukan ibu bapa, kawan-kawan, pakcik makcik bawang, sepupu dan bukan netizen. Hidup itu bukan satu perlumbaan, you are not racing with anybody. Misalnya kalau aku lihat ramai sekarang kawan yang seumur aku telah berkahwin. I don't have to do with the same thing. You don't have do to what everyone else is doing. 

Kalau ada yang berkata "Orang lain dah kahwin, kau bila lagi?" You don't have to worried about it. Apa yang aku hadapi ataupun kalian hadapi sekarang ini adalah perkara biasa yang ramai anak muda sedang lalui. Perasaan takut ketinggalan menyebabkan segelintir orang membuat keputusan untuk berkahwin juga. It is not a shame to be a single. If you are in relationship you don't have to push your partner to get married as well. 


Tak semestinya kawan yang lain dah berpunya dan berpasangan kita pun perlu ikut sama. Lain orang lain caranya. Ada orang umur 20 tahun sudah matang dan berasa mereka sudah bersedia secara lahir dan batin untuk mendirikan rumah tangga. Ekonomi dan mental juga stabil, so they decided to get married as soon as possible. Ada juga orang yang umur 24 tahun masih main-main. Belum puas enjoy. Mahu membina kerjaya yang stabil. Mahu mengejar cita-cita dan sebagainya. Ada juga orang yang berfikir bahawa waktu yang tepat untuk berkahwin ialah pada umur 30 tahun. 

Ramai yang kata kalau umur 30 tahun itu adalah terlalu lewat untuk wanita mendirikan rumah tangga. Kalau lelaki kahwin lewat itu tak apa. Alasan yang selalu kita dengar kerana gap antara anak dengan ibu yang terlalu jauh sekiranya kahwin pada usia 30-an. Ramai juga yang tidak terfikir bahawa rezeki anak itu ALLAH sahaja yang tahu. Kahwin hari ini belum tentu dikurniakan cahaya mata. As long as what you are doing is right, then go ahead do it. Andai ditakdirkan aku berkahwin pada umur 30 it's okay kerana hanya ALLAH sahaja yang tahu bila waktu yang tepat dan sesuai untuk jodoh itu datang. 

Pandangan tentang orang yang nikah muda. Seperti yang telah dinyatakan tadi, ada orang yang umurnya walupun kelihatan muda tetapi dia sudah bersedia secara lahir dan batin untuk menjadi seorang suami atau isteri. Menurut aku, sebelum berkahwin itu, kita haruslah mempunyai rujukan yang cukup daripada pelbagai orang. Minta pendapat ibu bapa sendiri tentang apa sebenarnya perkahwinan itu? Boleh minta pendapat dengan orang yang baru 2 tahun berkahwin ataupun yang sudah lama berkahwin bertahun-tahun. Dengarkan pengalaman dan cerita mereka kerana di sana kita mungkin akan dapat beberapa nasihat yang penting tentang rumah tangga. 



Kadang kala kita ini terpedaya oleh pandangan mata kasar orang yang berkongsi kebahagiaan dalam rumah tangga. Bukan aku kata orang yang dah kahwin ini tidak bahagia, tetapi kita tidak tahu sebenarnya apa cabaran dalam perkahwinan itu sehinggalah kita sendiri yang mengalaminya. Dalam kebahagiaan itu pasti ada ups dan downs. Sangat sedikit sekali orang yang menceritakan sudut pandangan negatif yang pasangan sudah berkahwin alami. 

Ia bukanlah suatu tindakan untuk menakutkan orang lain tentang perkahwinan tetapi secara tidak langsung merupakan pertanyaan yang harus dilontarkan kepada diri bahawa sudah bersediakah aku untuk hadapi semua itu suatu hari nanti? Ini baru pandangan secara umum, belum lagi masuk tentang parenting, hal berkaitan anak-anak, karenah pasangan, kepimpinan suami dalam membimbing isteri, dan ketaatan isteri terhadap suami. Banyak lagi yang harus diperbaiki dalam diri sekiranya kita inginkan sebuah perkahwinan yang diberkati oleh ALLAH. 

Bagi aku kahwin itu biarlah diri kita dan pasangan sudah betul-betul bersedia. Bukan disebabkan tekanan daripada orang lain yang bertanya berulang-kali bila mahu berkahwin. Hal ini kerana kalau kita sendiri menghadapi masalah dalam rumah tangga, yang menghadapi masalah tersebut adalah diri kita sendiri serta pasangan. Orang yang beri tekanan untuk memaksa kita untuk berkahwin itu tidak akan masuk campur pun dalam hal-hal rumah tangga. 

Kenapa Kita Diuji? | Surah Al-'Ankabut Ayat 2-3

Assalamualaikum
Bismillah


 Surah Al-'Ankabut Ayat 2-3


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-'Ankabuut 29:2) 


Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-'Ankabuut 29:3)

Salah satu bukti bahawa manusia itu benar-benar beriman apabila diberikan ujian. Samada ujian yang berbentuk kesenangan mahupun kesusahan. 


Review Lip Balm Dermal Therapy | Atasi Masalah Bibir Kering & Mengelupas

Assalamualaikum
Bismillah

Bibir kering dan mengelupas merupakan masalah yang sangat mengganggu kaum wanita. Hal ini kerana ia membuatkan penampilan kita menjadi kurang menarik dan sukar untuk mengenakan lipstik yang sesuai.

Sekarang anda tidak perlu gusar kerana Dermal Therapy Lip Balm ini membantu melembapkan bibir kering serta menyembuhkan kulit bibir yang mengelupas teruk. 


Produk ini mempunyai ciri-ciri seperti :
  • 2.5% Urea untuk membantu menambah tahap kelembapan pada kulit bibir.
  • Memberi kelegaan daripada kesan sampingan pengunaan ubat-ubatan seperti yang digunakan untuk merawat jerawat, kekurangan vitamin atau kanser.
  • Mengandungi mentol untuk menyejukkan dan anti-kegatalan
  • Mengandungi Camphor untuk anti-bakteria
  • Mengandungi Minyak Daun Cengkih (Clove Leaf Oil) untuk kesan pelega sakit 6. 
  • Diuji secara klinikal dan memberikan kesan yang efektif dalam masa 1 hari
Cara Menggunakan :
  • Gunakan 3-4 kali dalam sehari pada bibir yang mengelupas. 
  • Sesuai digunakan terhadap orang dewasa dan kanak-kanak yang melebihi 12 tahun ke atas.
Kandungan Bahan (dermal therapy lip balm ingredients)
Petrolatum, Gylceryl Stearate (and) Behenyl Alcohol (and) Palmitic Acid (and) Stearic Acid (and) Lecithin (and) Lauryl Alcohol (and) Myristyl Alcohol (and) Cetyl Lacohol, Aqua, Theoborma Ccao Seed Butter, Lanolin, Urea, Cetyl Esters, Camphor, Menthol, Methyparaben, BHA, Eegenia Caryophyllus (Clove) Leaf Oil, Sucralose, Propylparaben, Aroma. 
DERMAL THERAPY( Lip Balm Therapy 10g)
Harga : RM15.90 

Dermal Therapy Lip Balm Review

Sebenarnya inspirasi untuk membeli Lip Balm Dermal Therapy ini adalah daripada perkongsian Merah Cekelat. Selepas membaca blog beliau maka aku pun cubalah produk ini. Alhamdulillah masalah bibir kering dan mengelupas kini dah semakin berkurang.

Sampai sekarang aku hanya pakai produk ini sahaja. Mula-mula pakai tu rasa seperti guna minyak angin sebab sejuk dan pedas gitu. Tak sampai 1 minit dah boleh nampak perubahan. 

Untuk dapatkan kesan yang lebih baik kena amalkan setiap hari sebelum tidur ataupun bila-bila masa di mana jua anda perlu. 

Harga pun very affordable dan boleh guna dalam jangka masa yang lama. Bukanlah guna banyak sangat, setakat calit kat bibir sikit okaylah. Harga murah dalam RM 12 – RM 15 macam tu.  

Highly recommend. Aku pun jenis yang tak pakai mekap, tetapi kalau nak nampak wajah lebih berseri kenalah pakai lipstik sikit. 

Korang boleh dapatkan produk ini di Watson ataupun Guardian yang berdekatan. Nak beli online pun boleh. Tips lain untuk atasi masalah bibir kering dan mengelupas adalah dengan banyakkan minum air atau memilih pelembap bibir yang sesuai. 

Tidak semestinya produk ini sesuai dengan korang. 

Selamat mencuba!

Kepada sesiapa yang punya tips atau pengalaman menggunakan produk lain selain ini, boleh kongsikan di ruangan komen. 

(Disclaimer: This is not a paid/sponsored review. I bought all the products using my own money. Every skin is different. What works for me, might not work for you. This is just my personal experience)

Menganggur Itu Bukan Sesuatu Yang Hina

Assalamualaikum
Bismillah

Orang lain mungkin 2 bulan mengganggur tak tahan duduk kat rumah takda kerja. Aku pula di sini menulis blog masih belum mempunyai pekerjaan. Dalam erti kata lain orang kata menganggur. 

Pada pendapat peribadi aku sendiri, aku bukan menganggur sebenarnya sebab menulis blog pun boleh dapat income cuma tidaklah dapat income solid (tetap) macam orang lain.

menulis blog

Sekurang-kurangnya aku usaha juga nak cari pendapatan sampingan dengan blog. Jangan kata blogger tak boleh buat duit tau. Ingat nak cari idea menulis tu senang ke? Kalau menulis tu senang dah ramai rasanya para graduan yang menganggur tu buat blog. 

Ada orang kata, sekarang ini tak boleh memilih kerja sangat. Alasan memilih kerja itu sebenarnya sudah lapuk. Mungkin ada sesetengah graduan yang masih memilih kerja tetapi lebih ramai lagi yang bekerja tidak setimpal dengan kelayakkan mereka. 

Semua orang tak kiralah berpendidikan tinggi atau tidak pasti mahukan pekerjaan yang baik. Cuma rezeki itu cepat atau lambat sahaja. 

Apapun pekerjaan yang kita lakukan samada blogger, youtuber, tukang sapu, pekerja buruh, doktor dan sebagainya itu asalkan menghasilkan pendapatan yang halal adalah baik. Selagi mana apa yang kita buat itu tidak melanggar undang-undang dan haram di sisi agama maka teruskan saja. 

Peduli apa yang orang kata. Orang tidak tahu pun apa masalah kita. Orang tidak tahu pun kesusahan kita. Yang dipandang apabila kita sudah senang, sudah berpangkat atau kaya. 

Semak Keputusan UPU Online Lepasan STPM/Setaraf (31 Julai 2019)

Assalamualaikum
Bismillah


Perhatian!

Hebahan keputusan permohonan UPUOnline bagi lepasan STPM/Setaraf, Sesi Akademik 2019/2020, pemohon boleh mula semak mulai : 31 Julai 2019 (RABU) jam 12:00 tengah hari.

Keputusan boleh disemak melalui link url berikut :

• (link: https://jpt.utm.my
• (link: http://jpt.uum.edu.my
• (link: https://jpt.unimas.my
• (link: http://jpt.ums.edu.my

Perhatian, tempoh setuju terima tawaran adalah 7 hari, mulai 31 Julai hingga 6 Ogos 2019.


Sumber : http://upu.moe.gov.my/


Semoga dipermudahkan buat kalian semua~

Kenal Pasti Mengapa Anak Anda Malas Belajar

Assalamualaikum
Bismillah

Setiap kanak-kanak mempunyai tahap intelektual yang berbeza. Ada kanak-kanak yang cepat ada juga yang lambat. Ramai ibu bapa yang tidak sedar sebenarnya ada banyak punca mengapa anak-anak kita malas belajar. Bukan sebab mereka kurang pandai tetapi daripada ibu bapa itu sendiri dan pengaruh sekeliling.


Mari kita sama-sama kenal pasti mengapa anak anda malas belajar :

1. Adakah ibu bapa menyediakan persekitaran pembelajaran yang baik di rumah? Banyak kajian menunjukkan persekitaran yang tidak ceria dan membosankan membuat anak-anak malas buka buku. Ibu yang suka berleter, ayah yang tak ambil kisah sangat dan persekitaran rumah yang lebih mementingkan perkara lain daripada pelajaran, buat anak-anak ambil kesempatan.

2. Kerja rumah yang terlalu banyak dan anak-anak tidak tahu yang mana harus dibuat terlebih dahulu. Ada ibu bapa yang asyik berleter suruh anak-anak buat kerja sekolah dan ulangkaji tetapi mereka tidak dibantu apabila anak-anak bertanya soalan. Jangan bilang kanak-kanak, malah student dalam kalangan Universiti pun kalau diberi assignment terlalu banyak pun mengeluh. 

3. Subjek yang memerlukan anak-anak untuk menguasai kemahiran tertentu seperti menghafal, mengira, dan membaca. Kenal pasti kelemahan anak anda. Sebagai contoh anak-anak tidak buat kerja rumah matematik operasi darab kerana tidak dapat menghafal sifir dengan baik. Sebelum mengusai sub topik tertentu dalam matematik, pastikan anak-anak anda telah menguasai kemahiran asas matematik seperti operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Begitu juga bagi subjek yang lain, kenal pasti apa yang anak anda lemah. Ada kanak-kanak yang suka matematik tetapi lemah dalam sains dan Bahasa Inggeris.

4. Anak anda mungkin tidak suka subjek tersebut atau tidak sukakan cara guru mengajar. Trust me, even kita yang dewasa ini pun kalau tidak suka subjek tertentu atau cara pensyarah itu mengajar menyebabkan kita kurang faham mesti feeling unmotivated. Dah lah tak suka subjek tu, cikgu mengajar pun tak best. Apabila ini berlaku, anak-anak pun tidak peduli untuk siapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru tersebut. Oleh itu, peranan kita sebagai ibu bapa, kakak atau abang kenalah ambil serius kerana anak-anak tidak boleh sesuka hati memilih apa yang mereka suka belajar. Kalau mereka kurang faham, kita bantu mereka supaya faham. Sekarang macam-macam nota dan latihan yang ada di google. Cuba usaha untuk cari alternatif lain. 

5. Kenal pasti adakah anak kita seorang yang cenderung kepada kemahiran ataupun akademik? Tidak semua cara guru mengajar itu sesuai dengan tahap perkembangan setiap kanak-kanak. Tetapi kita tidak boleh salahkan guru sebab guru-guru mengajar bukan seorang kanak-kanak sahaja. Sekiranya anak anda lebih suka pengajaran yang berbentuk visual boleh ajar mereka untuk buat peta minda. Kita lebih kenal anak kita sendiri kan?

6. Kenal pasti sekiranya anak anda mempunyai gangguan fizikal seperti masalah penglihatan atau  pendengaran. Sekiranya ini adalah punca anak-anak sukar untuk belajar, segera berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan. Nanti anak anda akan ketinggalan banyak pelajaran yang menyebabkan mereka lebih malas untuk belajar.

7. Anak-anak mengalami gangguan emosi. Yang ini sangat penting! Sekiranya ibu bapa mempunyai masalah jangan sesekali libatkan anak-anak ataupun bergaduh di hapadan anak kerana ia boleh menyebabkan emosi anak terganggu dan kurang stabil. Aku selalu dengar anak-anak mengadu yang ibu bapa di rumah kerap bergaduh menyebabkan mereka jadi bosan untuk duduk di rumah.

8. Ibu bapa kerap membandingkan pencapaian anak. Kalau dalam keluarga mempunyai anak-anak yang ramai tidak semua mempunyai tahap pencapaian yang sama. "Abang lagi pandai dari adik", "adik lagi pandai dari kakak". Jangan sesekali kita bandingkan apatah lagi dengan anak jiran, sepupu dan keluarga lain. Tiada sesiapa yang suka diri mereka dibandingkan. Kalau ada yang kata dengan anak korang, "anak aku pandai sikit daripada anak kau" suka tak? Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Tanggungjawab mak ayah adalah gilap kelemahan dan bantu baiki kelemahannya.

9. Anak-anak perlu contoh dan teladan untuk diikuti. Kanak-kanak ini masih muda,  sudah menjadi tanggungjawab kita yang dewasa ini memberi contoh yang baik kepada anak-anak. Jikalau mereka ada kerja rumah yang perlu disiapkan cuba untuk berhenti daripada tengok TV, laptop serta handphone. Kalau mereka lihat seisi keluarga seronok duduk depan TV kenapa mereka perlu mengahadap buku dan belajar? Tips ini sangat membantu kepada adik-adik aku juga. Sekiranya mereka ada kerja rumah, kami tidak akan pasang TV sehingga kerja rumah mereka siap.

10. Jika balik dari sekolah, makan kemudian terus bermain dalam tempoh waktu yang lama, akan membuat anak sudah letih untuk belajar. Jika setiap hari seperti itu, ia akan jadi tabiat. Cepat ubah tabiat itu, takut ia sukar dibetulkan lagi.

Ada banyak faktor lagi yang menyebabkan anak-anak kita secara tidak langsung menjadi malas untuk belajar. Menjadi seorang ibu bapa bukanlah sesuatu hal yang mudah. Apapun puncanya jangan kita sesekali salahkan anak-anak sekiranya mereka mempunyai tahap pencapaian yang lemah. Setiap kanak-kanak ada kelebihan dan kekurangan mereka sendiri. Kita sebagai ibu bapa juga ada kelebihan dan kekurangan, kerana tiada manusia yang sempurna.

Yang penting kita usaha untuk menjadi ibu bapa yang baik serta memberi contoh kepada anak-anak. Jangan pernah putus asa sekiranya mereka lemah dalam pelajaran. Mereka mungkin lemah tetapi disudut lain ada terselit kelebihan yang kita tak nampak. Suatu hari anak-anak yang lemah ini jugalah yang akan bantu ibu bapa mereka. 


Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

Kalau korang ada tips lain boleh kongsi di ruangan 
komen di bawah. Sama-sama kita berkongsi :)

PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41 (JABATAN PERKHIDMATAN AWAM)

Assalamualaikum
Bismillah

Hai guys, hari ini kawan aku ada inform kat group whatsapp tarikh peperiksaan online Pegawai Psikologi Gred41 dah diumumkan pada 18 Julai 2019. Korang boleh semak melalui online di Portal Rasmi SPA atau periksa emel untuk ketahui lebih lanjut tentang exam. 


Korang boleh semak peperiksaan online Pegawai Psikologi Gred S41 di laman web SPA. 


ataupun melalui emel seperti di bawah :


All the best semua. Semoga dipermudahkan~
Wish me luck!

Lirik Lagu Satukan Rasa by Siti Nordiana & Khai Bahar | Trending No 1

Assalamualaikum
Bismillah


Lirik Lagu Satukan Rasa by Siti Nordiana & Khai Bahar

Lamaku simpan perasaan ini
Tanpa terduga rasa cinta hadir
Puas menafi bisikan di hati
Namun tak terdaya
Tuk menghalang rindu

Aku pendam rasa
Dalam menjadi teman
Engkau ingin kumiliki
Namun aku tidak mampu
Untuk memiliki cinta 
insan mulia sepertimu

Dikau lah bidadari
Teman ditiap mimpi
Diriku diselubung rindu

Oh rasa penuh prasangka
Dia penguat jiwa
Kita pinta takdirnya
Pergilah sepi

Bulan bisik padanya
Benarku cinta dia
Kau hidupkanlah rasa ini

Dikau lah bidadari
Teman ditiap mimpi
Sungguh aku rindu

Cinta penuh prasangka
Kuatkanlah hatiku
Agar ikatan ini terjalin

 Bulan bisik padanya
Benarku cinta dia
Ooohh... satukanlah

Satukan rasa


#SatukanRasa
#TrendingNo1

Lirik Lagu Lima Aksara by Ezad Lazim & Zamani

Assalamualaikum
Bismillah


Lirik Lagu Lima Aksara by Ezad Lazim & Zamani

(Ezad)
Terhenti lagi
Dengan air mata
Segala rasa
Musnah dalam resah
Mencari apa yang tertinggal
Mencari apa yang terkurang
Mungkinkah kesilapan 
Mengejarku tanpa jemu

(Zamani)
Malam dan siang
Pantas bergantian
Aku disini
Masih kehampaan
Aksara itu mengikatku
Aksara itu mengunciku
Dan terus membawaku
Mengenali Cinta Agung

(Ezad)
Dialah...
Dialah bait yang terindah
Sebuah cinta yang bermakna
Irama kasih yang bernyawa
Irama hati selamanya

(Zamani)
Andainya aku hilang jiwa
Dialah nafas menghidupkan

(Ezad & Zamani)
Lima aksara
Yang menggetar kalbuku

Aksara itu mengikatku
Aksara itu mengunciku
Dan terus membawaku
Mengenali Cinta Agung
Cinta Agung
Cinta Agung

Dialah...
Dialah bait yang terindah
Sebuah cinta yang bermakna
Irama kasih yang bernyawa
Irama hati selamanya

Andainya aku hilang jiwa
Dialah nafas menghidupkan

Lima aksara
Yang menggetar kalbuku
Lima aksara
Yang menggetar kalbuku



© all rights reserved
made with by templateszoo