Cara Membuat Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (PKP 3.0)

Assalamualaikum
Bismillah

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (PKP 3.0

Selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri di dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sempena PKP 3.0, PTPTN menyediakan kemudahan penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam yang terkesan selama 3 bulan di antara Jun hingga Oktober 2021. Permohonan boleh dilakukan mulai 10 Jun hingga 31 Ogos 2021.

Peminjam yang memenuhi kriteria berikut layak memohon:
  • Peminjam kehilangan pendapatan iaitu diberhentikan pekerjaan dalam tempoh pandemik COVID-19
  • Peminjam yang terjejas pendapatan iaitu pendapatan berkurang dalam tempoh pandemik COVID-19.
Peminjam hanya dibenarkan menghantar permohonan sekali sahaja.

Penangguhan tidak diberikan secara automatik ya. Peminjam yang layak perlu membuat permohonan dan pengesahan kendiri (self-declaration) secara dalam talian juga untuk penangguhan bayaran balik PTPTN. Tiada sebarang dokumen yang perlu disediakan oleh peminjam untuk memohon penangguhan.

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Cara Membuat Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (PKP 3.0)



2. Sila masukkan NO KAD PENGENALAN dan NO PINJAMAN.

Cara Membuat Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (PKP 3.0)


3. Lengkapkan butiran di bawah seperti :
  • Alamat
  • Emel
  • No fon
  • Sebab permohonan 
  • Maklumat pekerjaan
Cara Membuat Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (PKP 3.0)

4. Seterusnya, pada bahagian PERAKUAN PEMINJAM tanda pada kotak merah (rujuk gambar). Dan tekan MOHON untuk menghantar permohonan.

Pastikan semua maklumat adalah tepat dan benar sebelum menghantar permohonan ya. 



**Kelulusan permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN (PKP 3.0) akan dihantar melalui e-mel dalam tempoh 3 hari daripada tarikh permohonan.

CONTOH PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN YANG DITERIMA MELALUI EMAIL

CONTOH PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN YANG DITERIMA MELALUI EMAIL

Peminjam yang membuat potongan gaji, sila pastikan permohonan penangguhan dibuat sebelum penghantaran data potongan gaji kepada majikan untuk mengelakkan berlaku potongan dalam tempoh penangguhan. 

Tiada pemulangan semula (refund) akan dibuat ke atas bayaran balik yang diterima.


Untuk makluman :
Sebarang pertanyaan sila hubungi PTPTN melalui salah satu kaedah berikut:

i. Pusat Panggilan (Careline) di talian 03 2193 3000.
ii. Live chat di Portal PTPTN (www.ptptn.gov.my)
iii. Mengemukakan pertanyaan di pautan eaduan.ptptn.gov.my. Pegawai PTPTN akan memberi maklum balas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

Bantuan Susu Formula (BSF) by Portal Malaysia

Assalamualaikum
Bismillah

Dalam keadaan rakyat tengah darurat sepanjang pandemik, Pihak Portal Malaysia telah melakukan insiatif dengan memberi bantuan susu formula. Pihak Portal Malaysia akan hubungi penerima yang layak dalam masa terdekat. 

Bantuan akan diberikan dalam bentuk produk dan akan diposkan selepas memproses permohonan.

Borang Bantuan Susu Formula (BSF) by Portal Malaysia



Bantuan Susu Formula (BSF) by Portal Malaysia

Untuk permulaan, bantuan susu formula untuk sebulan akan difokuskan kepada beberapa kategori bayi-bayi dan kanak-kanak seperti berikut:
  • Bayi berusia 0 bulan – 6 bulan
  • Bayi berusia 6 bulan – 12 bulan
  • Bayi berusia 1 tahun – 3 tahun


Cara Memohon Bantuan Susu Formula (BSF) 

Untuk bantuan Susu Formula by Portal Malaysia, sila isi borang maklumat di bawah dengan LENGKAP & TEPAT.

  1. Name Penuh
  2. Alamat (Address)
  3. No Fon (Phone number)
  4. Nama Penuh Anak
  5. Susu Yang Diperlukan



Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan buat Portal Malaysia. Aku terharu sebenarnya. Betul-betul sekarang ni rakyat jaga rakyat saja. 

Semoga Allah merahmati kita semua. Aamiin.

Sila Tinggalkan Link Blog, Nak Add di Bloglist Sii Nurul

Assalamualaikum
Bismillah

Hai korang, sebenarnya aku plan nak buat Giveaway. Kali terakhir aku buat giveaway pada awal Januari hari tu. Cuma aku rasa hutang nak buat review blog pun belum lagi selesai. huhu~ 

Alhamdulillah, syukur atas nikmat Allah. Aku ingin berkongsi kegembiraan dengan mengajak korang semua yang belum ada dalam senarai bloglist aku di bawah, sila tinggalkan link blog, nak add di bloglist Sii Nurul. 

Sila Tinggalkan Link Blog, Nak Add di Bloglist Sii Nurul

Tiada syarat. Terbuka kepada semua blogger ya. Korang nak letak link blog aku kat senarai bloglist korang pun boleh. Tak letak pun boleh ya. 

Blogger baru atau lama ka. Tak kisah. Aku cuma nak lebih mengenali rakan blogger yang lain. Walaupun aku jarang blogwalking, komen blog korang. Bila ada masa aku usaha juga untuk jenguk blog korang ya. 

Aku nak buat senarai bloglist di pages baru. InsyaAllah kalau senarai ramailah. Manalah tau tak boleh letak ramai sangat di bloglist tu haha~ Niat memang nak buat review semua blogger juga. InsyaAllah doakanlah supaya aku dapat buat review blog korang ya. At least sebulan 2 blog ke. 

Alhamdulillah, dengan izin Allah, berkat pembaca dan sokongan korang semua. Rezeki tak pernah putus sepanjang berblog. Syukur sangat-sangat. Terima kasih yang selalu mendoakan, bagi ilmu, perkongsian, sharing, komen, blogwalking. Semualah baah haha~

Banyak sangat impian aku dalam berblog ini. Doakan semua semuanya dipermudahkan. InsyaAllah kalau ada rezeki bolehlah buat kolaborasi dengan blogger yang lain kan.

Once again terima kasih sangat! Sudilah tinggalkan link blog korang. Nanti aku masukkan dalam bloglist ya. 

PENYERTAAN : ALWAYS OPEN


McDonald’s Malaysia Taja Makanan Untuk Hospital Sungai Buloh Sebagai Tanda Sokongan & Penghargaan

Sejak dari awal berlaku pandemik di negara ini, kita dapat melihat sebenarnya petugas barisan hadapan sudah penat, tetapi mereka masih gagahi demi menyelamatkan nyawa pesakit yang dijangkiti Covid-19 

Menyedari kesukaran yang dihadapi barisan petugas hospital ketika ini, lebih daripada 10,000 pek makanan telah ditaja ke Hospital Sungai Buloh sejak pandemik melanda negara Malaysia. Sebagai tanda sokongan dan penghargaan dari McDonald's Malaysia kepada petugas barisan hadapan kesihatan dalam memastikan warga Malaysia selamat sewaktu pandemik.

McDonald’s Malaysia Taja Makanan Untuk Hospital Sungai Buloh

Restoran khidmat segera atau quick service restaurant itu terus menerus menyalurkan tajaan makanan kepada petugas-petugas barisan hadapan kesihatan di Hospital Sungai Buloh. McDonald’s Malaysia bergiat aktif menyumbang makanan sejak daripada awal PKP pada Mac tahun lau.

Hospital Sungai Buloh dapat tajaan makanan McDonald’s

Hospital Sungai Buloh merupakan pusat rawatan utama pesakit-pesakit yang dijangkiti Covid-19. Petugas-petugasnya juga amat sibuk dalam menjaga dan merawat pesakit Covid-19 yang semakin hari semakin bertambah.

Menjadi antara hospital pertama yang menerima tajaan daripada McDonald's sejak pandemik melanda negara, Hospital Sungai Buloh telah menerima lebih daripada 10,000 tajaan makanan kepada petugas-petugasnya.

McDonald’s Malaysia Taja Makanan Untuk Hospital Sungai Buloh

McDonald's Malaysia hantar makanan ke Hospital Sungai Buloh.

Kesinambungan daripada kempen sebelum ini yang telah disambung semula pada awal bulan Mei, baru-baru ini McDonald's telah menaja 300 pek makanan sekerap tiga kali seminggu di samping memastikan standard operating procedure (SOP) dipatuhi sepanjang penghantaran makanan ke hospital itu.

Dengan lebih daripada 70 buah hospital telah mendapat manfaat daripada tajaan ini, McDonald's Malaysia terus komited memainkan peranan dalam menyokong usaha pemulihan negara daripada pandemik Covid-19.

Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Kuldip Kaur berkata, "Sebagai pusat rawatan utama pesakit Covid-19, petugas kesihatan kami di Hospital Sungai Buloh menjalankan tugas tanpa mengira masa dalam menjaga dan memenuhi keperluan pesakit-pesakit kami".

Sebagai wakil hospital, Dr Kuldip Kaur telah menerima bekalan makanan yang telah ditaja oleh pihak McDonald's. "Kami bersyukur atas usaha bermakna daripada pihak McDonald's Malaysia sejak dari PKP pertama pada Mac tahun lalu. Usaha ini telah membantu ringankan beban para petugas kesihatan kami dan membangkitkan semangat serta menceriakan hari-hari mereka". tambah beliau.

McDonald's Malaysia hargai frontliners Hospital Sungai Buloh

Hospital Sungai Buloh merupakan hospital pertama menerima sumbangan daripada McDonald's sejak awal pandemik Covid-19 melanda Malaysia. Ketika negara menghadapi waktu yang sukar, kami terus berterima kasih kepada hero kita para petugas barisan hadapan yang sentiasa memastikan keselematan kita semua. Kami akan terus menyokong melalui inisiatif ini sepanjang situasi pandemik  agar kami dapat santuni lebih ramai lagi petugas barisan hadapan". kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald's Malaysia.

McDonald’s Malaysia Taja Makanan Untuk Hospital Sungai Buloh

#KitaBoleh

McDonald's Malaysia adalah salah sebuah syarikat di Malaysia yang aktif dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Kempen #KitaBoleh merupakan salah satu usaha mereka dalam mengajak rakyat Malaysia berganding bahu dalam melawan penularan wabak Covid-19. 

Inisiatif #KitaBoleh ini juga adalah kesinambungan daripada inisiatif #KitaBoleh sebelum ini yang telah dimulakan sejak PKP yang pertama lagi pada Mac tahun yang lalu.

Konsep #KitaBoleh yang telah dimulakan oleh pihak McDonald's Malaysia sendiri melalui platform sosial media mereka. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan semangat seluruh Malaysia agar bersatu padu dan terus kuat dalam menghadapi waktu yang sukar ini. 

#KitaBoleh juga merupakan panggilan buat seluruh rakyat Malaysia dalam mengkhabarkan keberanian para petugas barisan hadapan yang tanpa mengenal erti lelah terus melawan penularan pandemik Covid-19.

McDonald’s Malaysia Taja Makanan Untuk Hospital Sungai Buloh

Pada ketika ini, ramai yang terkesan disebabkan oleh PKP dan kes Covid-19 yang meningkat saban hari. Dengan kes yang meningkat pastinya frontliner kita dah penat dan tak cukup tangan.

Kita perlu mengambil berat dan mempunyai kesedaran tentang risiko jangkitan Covid-19 ini. Hal ini bukan sahaja bantu meringankan beban frontliners malah membantu negara kita untuk turunkan angka kes harian. Doakan agar frontliners kita dilindungi dan dikurniakan kekuatan oleh Allah Subhana
Wa Ta’ala dalam melaksanakan tugasan mereka

Untuk maklumat lanjut mengenai McDonald's Malaysia, boleh layari Facebook
McDonald's Malaysia di www.facebook.com/My.McDonalds/

Cara Dapatkan Penyata Akaun (Bank Statement) BSN Melalui myBSN Secara Online

Assalamualaikum
Bismillah

Hai semua, hari tu aku dah pernah kongsi cara dapatkan bank statement RHB dan CIMB Bank. So hari ini aku ingin berkongsi pula cara dapatkan penyata akaun (Bank Statement) BSN melalui myBSN secara online. Tutorial ini aku buat di laptop ya. Aku tak buat melalui apps BSN. 

Cara Dapatkan Penyata Akaun (Bank Statement) BSN Melalui myBSN Secara Online


Cara Dapatkan Penyata Akaun (Bank Statement) BSN Melalui myBSN Secara Online

1. Pertama sekali korang login dulu di laman myBSN

Sekiranya korang belum register lagi. Jangan lupa update dulu nombor fon korang di cawangan BSN yang terdekat ya. Baru boleh daftar myBSN. 

https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do

2. Masukan USERNAME. Pastikan SECRET WORD korang betul tau. Then, masukkan PASSWORD. Klik LOGIN.

3. Seterusnya, Korang klik 'account overview' seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah. 

Cara Dapatkan Penyata Akaun (Bank Statement) BSN Melalui myBSN Secara Online

4. Seterusnya, korang klik E-Statements (rujuk gambar) untuk lihat penyata akaun BSN.

E-Statements BSN

5. Kemudian akan terpapar penyata untuk bulan berapa korang nak download / print. Pada bahagian E-Statements ni korang pilihlah bulan berapa korang nak.

Macam aku punya ni, baru ja buka akaun BSN. Oleh sebab itulah just dua bulan punya sahaja yang ada. 

Cara Dapatkan Penyata Akaun (Bank Statement) BSN Melalui myBSN Secara Online

6. Gambar di bawah adalah Contoh Penyata Akaun BSN (Bank Statement BSN) ya 

Contoh Penyata Akaun BSN (Bank Statement BSN)

Semoga tutorial ini sedikit sebanyak membantu korang. Semoga dipermudahkan urusan semua ya. Aamiin. Doakan semoga aku dapat ilham menulis perkara yang dapat bagi manfaat buat semua. 

Korang boleh baca juga :

Cara Menarik Minat Anak Ke Taska / Prasekolah

Assalamualaikum
Bismillah

Mungkin ada di antara anda yang pernah hadapi masalah ni kan? Nak hantar anak ke taska, tapi mereka merengek dan menangis tak henti-henti. Ada sesetengah kanak-kanak yang suka dengan suasana baru tapi ada juga yang tidak. Sebab itu, ibu bapa perlu mainkan peranan penting di sini. 

Sebagai ibu bapa, kita perlu ambil tahu beberapa aspek penting sebelum hantar mereka ke Taska atau Prasekolah. Terutama sekali kanak-kanak yang ada masalah dari segi percakapan dan pergaulan. Oleh itu, sebelum hantar anak ke taska, kita mesti peka dengan perkara ni dan berikan info awal dengan para guru dan pengasuh.

taska-tadika-prasekolah

 
Baiklah, mari kita tengok cara-cara untuk tarik minat anak ke taska atau prasekolah kat bawah ni.

1. Kongsi cerita tentang taska/ prasekolah

Jadikan ini sebagai cerita harian bila berbual dengan anak-anak. Mungkin anda boleh sediakan senarai yang perlu dibuat sepanjang berada di taska. Ceritakan juga tentang suasana taska yang mereka akan pergi nanti. Jangan fokuskan cerita kepada pembelajaran semata-mata. 

Pastikan mereka paham walaupun mereka pergi ke taska, mereka masih boleh bermain dan berjumpa dengan ramai kawan.
 

2. Membuat lawatan awal ke taska/ prasekolah

Selalunya, lawatan awal boleh dibuat oleh ibu bapa sebelum anak memulakan taska. Jadi, ibu bapa boleh bawa anak-anak dan tunjukkan kepada mereka suasana sebenar semasa berada di taska.
 
Pastikan taska atau prasekolah yang dipilih itu adalah selamat, dan mempunyai guru dan pengasuh yang berpengalaman. Anak-anak akan lebih teransang untuk kembali jika ibu bapa membuat lawatan awal ke taska dengan mereka.

3. Motivasi harian

Ibu bapa mainkan peranan penting dalam pergaulan harian dengan anak-anak. Setiap hari, sebelum menghantar anak ke taska, selitkan kata-kata semangat dan motivasi untuk mereka. 

Jangan pula masukkan motivasi jenis ganjaran seperti “Kalau angah tak nangis, ummi akan belikan angah mainan kegemaran angah”.
 
Tak salah buat janji macam ni, tapi jika kanak-kanak dah terbiasa, ibu bapa yang akan susah nanti. Sebab tiap hari, mesti ada ganjaran nak bagi.

4. Memperkenalkan guru-guru atau pengasuh

Semasa buat lawatan awal tu, bawa mereka jumpa dengan guru-guru yang mengajar di sana. Beritahu dengan mereka guru mana yang akan mengajar dan menjaga mereka. Cuba wujudkan hubungan baik dengan para guru dan anak-anak.
 

5. Kongsi serba sedikit tentang anak kepada guru

Sebagai ibu bapa, anda mesti sedia maklum dengan perangan anak-anak kan? Cuba kongsikan sedikit dengan para guru dan pastikan mereka peka dengan perkara-perkara yang boleh meransang perubahan perangai anak anda. Contohnya anak-anak yang ada masalah komunikasi, pergaulan, toilet training dan yang sewaktu dengannya. Supaya nanti guru-guru pun tidak panik bila anak tiba-tiba meragam.
 

6. Peka dengan jadual dan aktiviti di taska atau prasekolah

Sesibuk mana pun di tempat kerja, ibu bapa masih perlu peka dengan perkembangan anak-anak di taska. Pastikan anda mendapat jadual tentang aktiviti harian si anak dan menghadirkan diri ke perjumpaan yang pihak taska dah buat. Hal ni supaya ibu bapa dapat mengurus semua perkara dengan mudah nanti.

7. Peringatan harian

Cuba kongsikan cerita harian tentang aktiviti atau suasana di taska. Walaupun anda tak ada pegalaman, cuba ceritakan benda positif dengan anak-anak. Elakkan daripada menakutkan anak-anak dari aspek pengasuh yang garang atau sesi pembelajaran yang susah.
 

8. Bantu anak sesuaikan diri di taska

Hari pertama selalu menjadi hari yang mendebarkan. Pastikan ibu bapa meluangkan masa beberapa minit untuk membantu mencari tempat duduk, tandas, tempat makan dan lain-lain. Buat mereka terbiasa dahulu dan jangan tinggalkan terus. Nanti mereka terkejut dan akan menangis pula.

9. Selitkan mainan kegemaran bersama

Untuk hari pertama sahaja, anak-anak berpeluang untuk membawa mainan dari rumah. Ambil peluang ini dan biarkan mereka bawa barang atau mainan yang boleh buat mereka tenang. Jangan lupa pesan yang mainan tu boleh bawa untuk sementara waktu sahaja.

10. Menjemput anak-anak pulang

Pastikan anda maklumkan dengan anak-anak yang anda akan jemput mereka masa pulang nanti. Beri pesanan ringkas sebelum anda tinggalkan mereka di taska. Beritahu masa dan siapa yang akan ambil mereka nanti, dan jangan lupa selitkan pesanan supaya belajar baik-baik dan dengar cakap cikgu!

11. Bertanya tentang rutin harian di taska selepas pulang

Selepas menjemput mereka semasa pulang, biasakan untuk bertanya dengan anak-anak tentang apa yang berlaku pada hari itu. Peka dengan setiap apa yang keluar dari mulut mereka. Jika ada apa-apa yang membuatkan anda risau, cuba kongsi dan bertanya dengan para guru di taska.
 
Ada anak-anak yang kurang yakin dalam pergaulan, dan mereka mungkin menghadapi masalah di taska. Jadi, anda sebagai ibu bapa perlu peka dan ambil tindakan.

12.Ruang khas untuk belajar di rumah

Buat atau sediakan ruang untuk anak anda belajar. Anda boleh saja membuat satu ruang di rumah sebagai Ruangan Belajar untuk anak-anak di rumah. Jadi, anak-anak boleh luangkan masa untuk membuat kerja yang diberikan dari taska. Pastikan semua kelengkapan seperi meja dan alat tulis ada disediakan.

Kesimpulannya

Sebenarnya penting bagi ibu bapa untuk mengambil kira tentang perkembangan anak-anak. Ada sesetengah ibu bapa yang lebih suka membiarkan anak-anak bermain di rumah walaupun mereka mampu untuk menghantar anak ke taska atau prasekolah.

Untuk kebaikan anak-anak sendiri, ibu bapa perlu tumpukan perhatian lebih terutama dari perkembangan sosial dan juga pendidikan awal. Supaya nanti kalau dah masuk Tahun 1, mereka akan lebih mudah menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran.


99Speedmart Menyahut KEMPEN KIBARKAN BENDERA PUTIH - 1000 Pek Sehari

Assalamualaikum
Bismillah
99Speedmart Menyahut KEMPEN KIBARKAN BENDERA PUTIH - 1000 Pek Sehari

99Speedmart Menyahut KEMPEN KIBARKAN BENDERA PUTIH - 1000 Pek Sehari

Kepada sesiapa rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan, kini 99Speedmart juga menyahut baik kempen "Kibarkan Bendera Putih". Kempen ini dijalankan selama 14 hari bermula 1 Julai sehingga 14 Julai 2021.

Sekiranya korang ternampak bendera putih ini digantung di mana-mana rumah atau kawasan kejiranan korang, sila salurkan maklumat seperti berikut melalui WhatsApp 010-500 0099 atau pun Facebook 99speedmart (Private Message (PM) sahaja. 

Sila berikan maklumat seperti :
  • Alamat Tempat Tinggal / Google Maps
  • Gambar Rumah (Gantung Bendera Putih)
Syarat-syarat :
  • Kempen bermula 1 Julai 2021 sehingga 14 Julai 2021.
  • 1000 pek sehari sahaja
  • Jangka masa penghantaran 24 jam.
  • Kediaman yang berhampiran dengan cawangan 99speedmart sahaja.
99Speedmart Menyahut KEMPEN KIBARKAN BENDERA PUTIH - 1000 Pek Sehari
Jumlah bekalan bantuan yang telah diedar :
1 Julai - 744 unit 


Maklumat lanjut di Facebook 99Speedmart

Jana Pendapatan Dengan Intellifluence Dapat Bayaran Dalam USD

Assalamualaikum
Bismillah

Hai guys, aku harap semua sihat-sihat sahaja.

Hari ni aku nak kongsi pasal Intellifluence. Korang pernah dengar pasal lubuk popular untuk dapat income ni? Sebenarnya, aku pun baru tahu tentang Intellifluence ni. Baru-baru ni aku ada cuba untuk sign up dan terokai sikit-sikit.

Jana Pendapatan Dengan Intellifluence Dapat Bayaran Dalam USD

Tapi, masih banyak yang aku belum tahu. Yang aku pasti, Intellifluence ni adalah lubuk khas, terutamanya untuk para bloggers atau influencer untuk dapatkan kerja sampingan. Lagi satu, pembayarannya boleh tahan tinggi. 

Sebab pembayaran akan dibuat dalam USD. 1 USD ni sama dengan RM4 lebih. Banyak kan? Untuk pembayaran, akan dibuat melalui akaun PayPal. Jadi, kalau nak join Intellifluence ni, korang boleh sign up untuk Paypal dulu ya!


Lubuk Pendapatan Untuk Bloggers/ Tiada Pendapatan

Sebenarnya, bukan untuk bloggers sahaja. Kalau korang nak cari part-time tapi tak nak yang keluar rumah, jom join Intellifluence ni! Sekarang ni PKP masih berlangsung, jadi aku faham mesti ada yang sangkut di rumah sahaja kan? Gaji pun tak jalan, memang rasa sangat susah. Kalau korang tinggal sendiri, mesti lagi rumit.

Musim PKP ni, ada banyak kerja sampingan yang kita boleh lihat. Ada yang buat foodpanda, grab, dan delivery. Tak kurang juga mereka yang jual makanan secara online ataupun bisnes dropship. 

Intellifluence ni pula salah satu kerja sampingan untuk jana pendapatan! Korang hanya perlukan laptop dan data internet untuk buat kerja ni. 

Nak baca satu cerita inspirasi pasal blogger yang kongsi pasal blogging dan Intellifluence? Korang boleh baca Kisah Brennon Hightower Perkongsiannya menarik dan korang boleh lihat dari awal macam dia mulakan blog dan terlibat dengan Intellifluence ni.

Cara Daftar Akaun Intellifluence

1. Masuk link Intellifluence 

2. Tekan butang Sign up as an “Influencer”

3. Lengkapkan “My Profile”

4. Masuk ke “Marketplace” dan ambil mana-mana kerja yang korang berminat.

Di bahagian “My Profile”, ada banyak bahagian korang perlu isi. Yang bagusnya, walaupun korang tiada blog, korang masih boleh sign up dan ambil beberapa kerja yang dipaparkan. Semua payment akan dibuat dalam USD dan akan dipindahkan ke akaun Paypal korang. Jadi, make sure korang dah ada akaun Paypal siap-siap ya!

Jana Pendapatan Dengan Intellifluence Dapat Bayaran Dalam USD


Cara Dapat Job Di Intellifluene
Kalau dah lepas bahagian profile, korang boleh masuk ke bahagian “Marketplace” untuk tengok job yang available. Semua job ni boleh dipilih, jadi kalau korang tak berminat, korang boleh ignore dan tengok yang lain sahaja.

Untuk yang first time guna, korang mungkin akan nampak sedikit sahaja job yang dipaparkan. kalau berminat nak buat kerja tu, cuma perlu tekan kerja itu dan buat ikut arahan yang diberikan. Yang aku tunjuk ni, aku baru selesai buat bahagian pertama. 

Jana Pendapatan Dengan Intellifluence Dapat Bayaran Dalam USD


Nak jadi influencer ni mesti ada cara. Kalau korang memang betul nak jadi seorang influencer marketing yang berjaya, mesti usaha banyak sikit. Mula-mula memang rasa susah nak up, tapi kalau korang rajin, semua benda akan jadi. 

Kalau korang ni memang seorang blogger, kat sinilah satu tempat yang sesuai untuk cari pendapatan lebih. Korang boleh baca satu artikel pasal Influencer Marketing ini untuk lebih memahami. 

Dalam artikel ni, ada perkongsian pasal influencers, macam mana influencer marketing ni berfungsi, dan banyak lagi. Mesti banyakkan membaca, supaya ada idea kalau nak menulis di blog korang. Lagi satu, membaca kan amalan mulia. 

Jana Pendapatan Dengan Intellifluence Dapat Bayaran Dalam USD

Jadi, apa pendapat korang tentang Intellifluence ni? Best tak? Bagi aku, best sebab kerjanya agak santai. Lagipun, aku memang suka bab-bab menulis ni jadi aku berminat nak sign up jadi influencers. 

Kalau korang berminat nak jana pendapatan dengan Intellifluence ni, pastikan korang isi profile korang padat-padat dahulu. Supaya orang boleh nampak profile korang dan senang nak upah korang. Memandangkan ini adalah platform yang besar, negara luar pun boleh nampak profile korang dan mungkin akan upah korang jadi penulis di blog mereka.  

Jadi, make sure profile korang tu lengkap dan jangan lupa akaun Paypal juga ya! Berminat nak jadi salah seorang daripada Intellifluence, boleh daftar di SINI sekarang!
© all rights reserved
made with by templateszoo