Dah hampir 10 tahun aku menulis blog, beribu artikel dah terhasil, dan pernah capai income yang best. Tapi sekarang rasa macam blog ni dah hilang arah.
Trafik yang dulu tinggi, sekarang turun mendadak. Adsense yang dulunya mengalir macam air, sekarang tinggal sikit ja. Google pula makin kejam dengan algoritmanya yang susah nak faham.
Tambah lagi, Core Web Vitals pun dah merah terang-terang. Nak padam artikel lama pun rasa serba salah sebab semua tu ada kenangan, usaha, dan pernah berjaya naikkan blog dulu. Tapi minggu ni, aku rasa dah sampai masa untuk mula buat blog recovery.
Audit Artikel Lama: Guna Teknik "Keep / Improve / Remove"
Bila blog dah penuh dengan artikel, memang susah nak tentukan mana yang patut terus ada dan mana yang perlu dibuang. Tapi, audit artikel lama ni penting sangat dalam proses pemulihan blog. Teknik yang aku guna untuk audit artikel adalah teknik "Keep / Improve / Remove".
Kriteria "Remove":
Trafik 0 > 6 bulan – Kalau artikel tu tak dapat trafik langsung dalam tempoh 6 bulan atau lebih, mungkin masa untuk letak dalam senarai remove.
Topik tiada kaitan dengan niche sekarang – Jika artikel tu topiknya dah jauh lari daripada niche blog sekarang, rasanya eloklah buang.
Terlalu pendek (<300 patah perkataan) – Artikel yang terlalu pendek dan tak memberi nilai tambah kepada pembaca, memang susah nak diperbaiki.
Kalau artikel tu ada kenangan atau banyak usaha yang dah diletakkan, lebih baik tukar jadi draft dulu sebelum buang terus. Ini akan bagi masa untuk fikir semula. Mungkin ada cara untuk baiki atau ubah artikel tu.
Kriteria "Improve":
Artikel dengan Potensi Trafik – Ada artikel yang walaupun trafiknya rendah, tetapi dengan sedikit pembaikan seperti penambahan kata kunci SEO, kemaskini maklumat terkini, atau penambahan elemen multimedia seperti gambar atau video, boleh kembali mendapat trafik.
Topik yang Relevan tapi Perlu Pengembangan – Kalau artikel tu masih relevan dengan niche sekarang tetapi kekurangan isi atau tak cukup mendalam, maka boleh dipertimbangkan untuk diperkemaskan. Tambah maklumat baru, update statistik atau beri lebih banyak contoh.
Kriteria "Keep":
Artikel Evergreen – Kalau artikel tu kekal relevan sepanjang masa, dengan trafik yang konsisten, pastikan artikel tersebut terus ada. Artikel seperti ini boleh terus menjadi aset penting bagi blog, sebab ia akan sentiasa memberi trafik.
Artikel yang Terbukti Meningkatkan Trafik – Kalau artikel ni dah terbukti memberikan trafik yang baik walaupun dalam jangka masa panjang, ia wajar dikekalkan.
Artikel Personal / Berkaitan Pengalaman – Artikel yang berkongsi pengalaman atau cerita peribadi juga penting untuk dikekalkan, sebab ia memberikan nilai sentimental dan berhubung dengan pembaca. Selain itu, ia juga memberi nilai tambah dalam pembinaan hubungan dengan pembaca setia.
Tukar ke Template Klasik
Salah satu keputusan besar yang aku buat dalam usaha memulihkan blog adalah menukar template ke versi klasik semula.
Dalam proses memulihkan blog aku rasa template ini lagi mudah untuk diuruskan serta lebih ringan. Hopefully prestasi Core Web Vitals dan SEO dapat diperbaiki.
Ada orang lebih suka terus menulis dan biarkan artikel lama dengan keyword yang baik naik secara semula jadi di Google. Tapi buat masa sekarang, aku lebih memilih untuk fokus sepenuhnya pada kandungan berkualiti sahaja, dengan mengikuti perkembangan SEO dan algoritma Google yang semakin berubah-ubah.
Berita Baik Buat Blogger Lifestyle
Korang yang suka tulis pasal kehidupan harian, pengalaman peribadi, atau cerita santai dalam blog – berita baik untuk korang! Google sekarang makin utamakan kandungan yang datang dari real people dengan real experience.
Maknanya? Blog lifestyle dan personal ada potensi besar untuk naik balik. Tak perlu pun nak complicated sangat. Tulis dari pengalaman sendiri – pasal motherhood, travel, cabaran hidup, kerja harian, atau emosi yang kita lalui.
Artikel yang jujur, tulus, dan datang dari hati – lebih senang connect dengan pembaca, dan Google pun makin nampak nilai tu. Walaupun tak belajar SEO pun sekarang boleh ranking. Tetapi yang ada basic SEO lagi mudah naik ranking.
Lagi satu, kalau korang pandai main gambar – sama ada guna gambar sendiri atau gambar AI yang nampak hidup dan menarik – Google suka. Visual yang cantik dan relevan buatkan pembaca stay lama kat blog kita. Itu semua bagi signal positif kat enjin carian.
So, tulisan yang mungkin korang rasa tak ada value kemungkinan ada nilai di mata enjin carian.
Ramai blogger sekarang – terutamanya yang fokus niche, info, SEO, tech dan sebagainya – mula perasan yang artikel mereka makin susah nak naik ranking.
Google sekarang dibanjiri dengan artikel dari laman web besar atau content AI yang optimized. Artikel macam ni selalunya panjang, penuh keyword, dan ditulis untuk “menang SEO” – bukan untuk pembaca sangat. Jadi, blogger solo macam kita susah nak lawan dari segi kuantiti dan kekuatan domain.
Google sekarang makin utamakan “experience” – E-E-A-T (Experience, Expertise, Authoritativeness, Trustworthiness). Jadi kandungan yang tulen dari pengalaman sendiri kadang-kadang lebih bernilai dari artikel info yang terlalu teknikal.
Oleh sebab tu struggle juga nak buat konten. Blog ini pun bukannya banyak konten personal sangat. Lagi-lagi blog aku jarang upload gambar personal. Hmm..
تعليقات
إرسال تعليق
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.