التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Raya Era Digital

trend gambar raya ai


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin buat semua pembaca sekalian.

Hari raya tahun ini meriah lain macam pula kan. Zaman sekarang kita dah masuk era media sosial serta trend AI. Musim raya sekarang bukan lagi tentang kuih-muih, baju sedondon dan balik kampung – tapi sekarang dah masuk bab gambar raya AI pula.

Hari Raya dulu-dulu sinonim dengan balik kampung, peluk cium mak ayah, makan rendang panas-panas. Tapi sekarang, suasana Raya nampaknya dah berubah – bukan hilang makna, tapi dah bertukar cara.

Raya dah jadi satu trend konten – siapa paling ‘on point’, baju siapa paling matching, gambar siapa paling aesthetic. Semua nak tampil lain dari yang lain. Semua orang berlumba-lumba nak jadi yang paling standout di media sosial.

Ini cuma pendapat peribadi aku. Tidak semua orang suka dijadikan "bahan konten". Aku just kurang berkenan orang yang ambil video kemudian post di status atau media sosial tanpa kebenaran. 

Tak dinafikan, kita hidup dalam era digital. Setiap peristiwa, termasuk hari raya, boleh jadi bahan konten – dari unboxing baju raya, tutorial ikat sampin, edit gambar AI, sampai ke video masak rendang 5 minit. Yang penting: “boleh naik engagement tak?”

Malah sekarang nie gambar raya bukan sekadar kenangan, tapi ‘feed material’. Baju raya bukan sekadar pakaian, tapi OOTD wajib. Malah, kuih raya bukan sekadar untuk tetamu, tapi konten review. 

Kadang-kadang, bila tengok semua orang share gambar family sedondon, rumah deko cantik, dan caption raya penuh ayat puitis, kita pun rasa… eh, cukup ke Raya aku tahun ni? Rasa macam kita “kurang Raya” kalau tak ikut trend.

Inilah realiti zaman media sosial. Tanpa sedar, kita lebih fokus pada apa yang nampak, bukan apa yang dirasa. Kita kejar vibe “Raya goals” sampai kadang-kadang lupa nikmati detik sebenarnya.

Raya ni, tak kisah la sedondon ke tidak. Tak kisah rumah cantik ke tidak. Yang penting – kita masih ada kesempatan untuk meraikan dengan orang tersayang.

تعليقات

  1. Macam2 trend keluar raya ni. Takde rasa nak ikut pun.

    ردحذف
  2. Kak Nurul, saya agree sangat2 👍👍👍. Saya tipe yg sangat tertutup soal pribadi dan kluarga. Di IG saya Orang2 tak akan bisa menemukan postingan saya dan kluarga merayakan lebaran, sebab saya memang tak nak share. It's privacy. Tp saya tak masalah dengan teman2 yg nak menunjukkan meriahnya lebaran dia bersama keluarga, saya ikut senang melihatnya, sebab vibe happiness nya terasa. Itu pilihan dia utk menunjukkan.

    Tertawa saya baca masak rendang 5 menit 🤣🤣🤣. Rendang instan kah, langsung dipanaskan hahahah

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...