التخطي إلى المحتوى الرئيسي

5 Tips Cari Kerja Remote & Work From Home (Panduan 2025)

cari kerja remote work from home

Kerja dari rumah (work from home) bukan lagi satu trend sementara – sekarang dah jadi gaya hidup! Ramai orang mula cari peluang kerja remote untuk fleksibiliti, jimat masa, dan boleh bekerja dari mana-mana saja. Tapi macam mana nak mula?

Kalau korang tengah cari kerja remote, artikel ni adalah langkah demi langkah yang korang boleh ikut, siap dengan tips praktikal dan platform yang boleh bantu.

Ini 5 Tips Cari Kerja Work From Home 

1. Update CV atau Resume Format ATS

Sebelum korang mula apply kerja remote, pastikan CV korang updated dan mesra ATS (Applicant Tracking System). Apa benda tu? ATS ni sistem yang digunakan oleh HR untuk tapis resume secara automatik. So, pastikan:
  • Guna format simple dan bersih
  • Susun pengalaman kerja dari yang terkini paling atas
  • Senaraikan kemahiran yang relevan, contohnya Canva, Microsoft Excel, Email Marketing, dan lain-lain.
  • Jangan lupa letak sijil korang. Aku cadangkan korang ambil courses percuma seperti Google Digital Garage, Hubspot Academy, Canva Design School, atau Gemilang Google Programme untuk dapatkan sijil percuma.

💡 Pro Tip: Ambil masa untuk enroll kursus online percuma – ini bukan saja upskill diri, tapi juga buat resume nampak lebih power.




2. Update Portfolio – Tunjukkan Apa Yang Korang Boleh Buat

Kalau kerja remote yang korang nak lebih kepada bidang kreatif, digital marketing, content creation, atau admin online – portfolio sangat penting. Antara tempat mudah nak letak portfolio:
  • Behance
  • Canva Website (boleh buat landing page percuma)
  • Blog atau website sendiri (kalau ada)

📌 Contoh hasil kerja untuk portfolio:
  • Design poster, newsletter, atau social media template
  • Video pendek seperti Reels, TikTok atau video testimoni
  • Screenshot engagement (likes, reach, saves)
  • Feedback atau testimoni dari client freelance


3. Update Profile di Platform Pencari Kerja

Kalau betul-betul serius nak dapat kerja remote atau work from home, perkara pertama yang wajib kita buat ialah kemas kini profil di platform pencarian kerja. Profil yang lengkap dan menarik akan bantu kita lebih menonjol bila recruiter buat carian atau semak permohonan kerja.


Antara Platform Popular yang Selalu Post Kerja Remote:

1. LinkedIn
Platform profesional paling besar. Banyak syarikat cari calon dari sini, termasuk kerja remote dan freelance.
  • Tips LinkedIn: Letak headline yang menarik & jelas. 
  • Contoh: “Virtual Assistant | Canva Designer | Looking for Remote Opportunities”, “Freelance Copywriter | Social Media Manager | Remote & Flexible”
  • Tulis Ringkasan (About) yang tunjukkan siapa kita, kemahiran utama, dan jenis kerja yang dicari
  • Aktif like, komen dan follow posting daripada HR, recruiter dan syarikat yang selalu hire remote staff.


2. Indeed
Sesuai untuk cari kerja tetap dan freelance. Ada banyak filter untuk kerja remote di Malaysia dan luar negara.
  • Tips: Guna kata kunci seperti “Remote Malaysia”, “Freelance”, “Work From Home” untuk tapis iklan kerja.

3. Jobstreet
Ramai majikan tempatan guna Jobstreet. Sekarang makin banyak juga yang mula buka peluang kerja remote.
  • Tips: Kemas kini “Expected Salary”, lokasi, dan status pencarian kerja – ini akan bantu HR tapis calon yang aktif cari kerja.


4. Hiredly (dulu WOBB)
Mesra untuk fresh grad dan kerja kreatif. Ada banyak pilihan kerja hybrid dan remote.
  • Tips: Buat video pendek perkenalkan diri jika mereka buka peluang ‘video pitch’ – ini boleh naikkan peluang anda dipilih.


5. Snaphunt
Platform antarabangsa tapi ada banyak peluang remote yang boleh kerja dari Malaysia.
  • Tips: Pilih role dan industri yang sesuai dengan skill kita. Pastikan isi bahagian "Job Preferences" betul-betul.

Tips Tambahan untuk Semua Platform:

1. Gunakan gambar profil profesional
Walaupun remote, impression pertama tetap penting.

2. Isi semua maklumat – pengalaman kerja, kemahiran, pendidikan, sijil percuma (HubSpot, Google, Canva etc.)

3. Tulis dalam English (kecuali platform tempatan) – lebih universal, terutama untuk kerja luar negara

4. Tetapkan lokasi dengan bijak

Contohnya:
  • Location: Kota Kinabalu (Open to Remote Work)
  • Atau: Remote – GMT+8 Time Zone

5. Sentiasa aktif & responsive
Check email & notification setiap hari. Kalau recruiter DM, cuba balas dalam masa 24 jam.


Ramai yang update resume tapi abaikan profil kerja online. Padahal, recruiter sekarang banyak cari calon terus dari platform ni tanpa tunggu permohonan. Lagi lengkap dan aktif profil kita, lagi tinggi peluang untuk dipanggil interview – walaupun kita tak mohon pun!




4. Follow Recruiter, HR & Hiring Manager

Ramai pencari kerja terlepas pandang kuasa networking – lebih-lebih lagi di platform seperti LinkedIn. Bila kita aktif follow dan engage dengan recruiter atau HR, kita bukan saja bina connection, tapi juga tingkatkan peluang untuk dilihat dan diingati bila ada kekosongan.

Kenapa penting follow recruiter & HR?
  • Recruiter biasanya post peluang kerja lebih awal dari iklan rasmi
  • Bila engage dengan mereka, mereka lebih kenal kita dan tahu kita sedang aktif mencari kerja
  • Sesetengah kerja remote tidak diiklankan secara terbuka – hanya melalui network & referral


Apa Yang Boleh Kita Buat?

Contohnya, cari:
  • “Recruiter Remote Malaysia”
  • “Hiring Remote Designer”
  • “Talent Acquisition Work From Home”

Like & komen post mereka
Bila mereka post peluang kerja, tips atau update – tunjukkan minat dan beri respon yang relevan.

Contoh komen:
“Thanks for sharing! I’m actively looking for remote roles in digital marketing – will definitely keep an eye on your updates!”


DM (Direct Message) secara profesional
Kalau rasa sesuai, tak salah pun untuk tanya peluang kerja melalui DM. Pastikan ayat ringkas, sopan dan terus ke point.

Contoh Ayat DM Profesional:

Hi [Nama],
I’m currently looking for remote opportunities as a Virtual Assistant/Social Media Manager. I came across your profile and noticed you're involved in hiring. I’d love to connect in case there are any relevant openings.

Thank you and have a great day!


Atau dalam gaya santai tapi sopan:

Hi [Nama],
I hope you're doing well. I’m exploring remote roles as a Content Writer and would appreciate if you could keep me in mind for any upcoming opportunities. Thank you for your time!

Tips Tambahan:

  • Personalize mesej – guna nama dan sebut posisi kerja yang kita minat
  • Jangan hantar mesej panjang – recruiter tak ada masa baca esei
  • Bina hubungan dulu, bukan terus minta kerja – engagement first, opportunity follows

“Kadang-kadang bukan siapa paling hebat yang dipilih, tapi siapa yang paling nampak aktif & senang didekati oleh recruiter.”




5. Cari Iklan Kerja Yang Sah & Berhati-hati Dengan Scammer

Bukan semua iklan kerja remote tu betul-betul sah. Sejak ramai orang mula cari kerja dari rumah, makin banyak juga kes scammer tawarkan kerja palsu semata-mata nak dapatkan duit atau maklumat peribadi. Jadi, penting sangat untuk kita semak betul-betul sebelum mohon apa-apa kerja.

Sebelum Mohon, Semak Dulu Perkara Ni:

1. Nama Syarikat (Google nama syarikat tu) 

Semak:
  • Ada laman web rasmi tak?
  • Ada review pekerja di Glassdoor, Jobstreet atau Google Review?

Contoh:
  • Dapat tawaran dari "ABC Global Marketing" tapi bila Google, langsung tak wujud – ni red flag besar.
  • Tapi kalau dapat dari “Shopee Malaysia” atau “StoreHub” – sah dan boleh teruskan semakan.

2. Job Description – Jelas atau Samar?

Hati-hati kalau:
  • Info terlalu umum atau pelik (contoh: “Kami cari pekerja segera, kerja mudah dari rumah, gaji tinggi!”)
  • Tak nyatakan tanggungjawab, keperluan skill atau alat kerja
  • Tak sebut syarikat apa atau siapa hiring

Job description yang sah biasanya:
  • Ada senarai tugas spesifik
  • Nyatakan kelayakan
  • Beritahu struktur kerja (freelance/kontrak/tetap)

3. Gaji yang Ditawarkan (jika ada)

Jika gaji terlalu tinggi untuk kerja yang terlalu senang – berhati-hati. Kalau tak nyatakan gaji langsung pun, tengok sama ada syarikat ada credibility atau tak

Contoh: "Data entry, RM300 sejam, tak perlu pengalaman" – ini kemungkinan besar tipu


4. Status Kerja: Full-time, Contract, Freelance?

Jangan lupa semak status sebab ini mempengaruhi:
  • Bayaran gaji
  • Komitmen masa
  • Faedah (cuti, KWSP, dll.)
Contoh sahih:

“We are hiring a Freelance Social Media Executive – 15-20 hours/week, RM25/hour.”


5. Remote, Hybrid, atau On-site?

Kadang-kadang kerja dikatakan remote tapi masih perlu datang ofis sebulan sekali (hybrid)

Pastikan betul-betul “remote only” jika itu yang kita cari. Tengok lokasi pejabat – kalau jauh dari negeri kita, besar kemungkinan remote sepenuhnya.


Penutup: Kerja Remote Bukan Mustahil

Zaman sekarang, kerja remote bukan lagi susah nak dapat. Yang penting, korang kena buat persediaan awal – dari resume, portfolio, ke networking. Jangan tunggu peluang datang, kita kena cari dan rebut.

Kalau korang rasa artikel ni bermanfaat, jangan lupa share dengan kawan-kawan yang tengah cari kerja remote juga. Semoga ada rezeki kerja impian korang tahun ni!



تعليقات

  1. Beberapa teman saya pun kerja remote. Tp saya lupa platform yg mereka sering pakai apa. Bagus juga kalo bisa remote begini, apalagi mostly dibayar pakai USD

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...