التخطي إلى المحتوى الرئيسي

20 Idea Kerja Dari Rumah - 2025 Edition

Ramai orang kini mencari cara untuk jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Sama ada suri rumah, pelajar, atau sesiapa sahaja yang mahu tambah pendapatan. 

Hal ini kerana kerja dari rumah adalah pilihan fleksibel dan berbaloi. Berikut adalah 20 idea kerja dari rumah korang boleh mula sekarang. 

Cara Jana Duit Tanpa Keluar Rumah Tahun 2025

jana income dari rumah

1. Jual Barang Preloved/Bundle

Platform: Shopee, Carousell, Facebook Marketplace

Bersihkan almari dan jadikan ia sumber duit. Ramai pembeli suka barangan bundle kerana ia murah dan unik. Jual semula pakaian, aksesori atau barangan yang tidak digunakan di Shopee, Carousell, atau Facebook Marketplace. Ramai yang suka beli barang bundle kerana harga jauh lebih murah dan berkualiti.


2. Jual Produk Digital

Platform: Etsy, Gumroad, Shopee Digital

Sekali buat, boleh jual berkali-kali. Sangat sesuai untuk mereka yang kreatif dan mahu pendapatan pasif. Produk seperti eBook, planner, worksheet, template Canva atau design untuk Instagram sangat laku di pasaran digital. 


3. Ambil Job Review / UGC Content

Platform: Instagram, TikTok, Blog

Brands suka content real dari pengguna. Kalau pandai bercakap depan kamera atau suka menulis, ini peluang besar. Content creator kini boleh menjana pendapatan dengan menghasilkan ulasan produk atau video UGC (User-Generated Content). Boleh mula dengan Instagram, TikTok atau blog sendiri. 


4. Mengajar Online

Platform: Zoom, Google Meet, Preply, iTalki

Cikgu dari rumah! Ajar subjek UPSR-SPM atau bahasa asing. Pendapatan lebih tinggi jika fokus pada niche tertentu. 


5. Isi Survey Berbayar

Platform: Vase, YouGov, MultiPolls

Tak perlukan kemahiran. Bayaran tak besar, tapi sesuai untuk isi masa lapang. Boleh jana pendapatan sampingan dengan mengisi survey dari laman seperti Vase, YouGov dan MultiPolls. 


6. Jadi Personal Shopper

Platform: WhatsApp, Instagram

Belikan barang untuk pelanggan, terutamanya mereka yang tak sempat keluar. Sesuai untuk yang tahu tempat beli murah dan pantas. Bantu orang membeli barangan secara online atau di kedai fizikal, terutamanya untuk ibu berpantang atau warga emas. Caj perkhidmatan mengikut masa dan tenaga.


7. Bisnes Makanan - Jual Dessert & Minuman

Platform: WhatsApp, Facebook, TikTok

Ramai yang buat RM1,000 seminggu hanya dari dapur rumah. Kek, brownies, air balang, atau pencuci mulut viral sangat laris jika dipromosikan dengan betul di WhatsApp, Facebook dan TikTok. 


8. Affiliate Marketing

Platform: Shopee, TikTok, Klikjer, InvolveAsia

Promosi produk, dapat komisen bila orang beli. Perlukan sedikit ilmu pemasaran, tapi sangat berbaloi.
Promosi produk dari Shopee, Lazada, TikTok, Klikjer atau InvolveAsia dan dapatkan komisen setiap kali ada orang beli melalui link korang.


9. Jual Handmade Items

Platform: Instagram, Etsy, Shopee

Karya kreatif yang unik sentiasa dicari. Modal kecil, tapi untung tinggi jika kena dengan pasaran. Contoh buat bookmark, crochet, lukisan, atau coaster untuk dijual.


10. Proofreader / Translator

Platform: Upwork, Freelancer

Jika korang mahir dalam bahasa, tawarkan servis semak tatabahasa atau terjemahan artikel, dokumen dan konten blog. Kalau mahir bahasa Melayu atau Inggeris, ini kerja yang senyap tapi lumayan. Banyak permintaan dari pelajar dan syarikat.


11. Servis Makeup Artist / Inai / Pelamin

Platform: Instagram, Facebook

Walaupun dari rumah, korang masih boleh ambil tempahan makeup atau inai untuk majlis kecil. Promosi di media sosial untuk tarik pelanggan sekitar. Tempahan rumah ke rumah masih popular. Fokus pada majlis kecil atau photoshoot.



12. Jual Gambar / Video Stock

Platform: Shutterstock, iStockPhoto, Adobe Stock

Kalau korang suka fotografi, ini peluang jana pendapatan pasif. Gambar makanan dan pemandangan sangat laku. Korang boleh jual di Shutterstock, iStockPhoto atau Adobe Stock. 


13. Agen Topup / e-Wallet

Platform: App agen topup 

Komisen kecil, tapi mudah mula dan sesuai untuk pelajar atau suri rumah. Daftar sebagai agen topup atau eWallet seperti Touch ‘n Go, Boost dan GrabPay. Komisen kecil tapi tetap ada permintaan harian.


14. Data Entry

Platform: Upwork, JobStreet

Kerja mudah tapi perlu sabar dan teliti. Sesuai untuk yang baru nak mula. Kerja memasukkan data biasanya mudah dan boleh dilakukan dari rumah. Cari di platform seperti Upwork, Freelancer atau JobStreet.


15. Agen Dropship

Platform: Shopee, TikTok, Borong2u

Tak perlu simpan stok. Hanya promosikan dan uruskan pelanggan. Pilih supplier yang dipercayai. Fokus pada marketing dan customer service.


16. Voice Over Assistant

Platform: Fiverr, Voices.com

Kalau suara korang sedap, gunakan untuk iklan, audiobook atau video YouTube. Pendapatan dalam USD! Gunakan bakat korang untuk jadi voice over bagi video YouTube, audiobook, atau iklan. 


17. Design & Jual Template Canva

Platform: Etsy, Shopee

Ramai peniaga kecil perlukan design cantik. Template resume, planner, poster, atau feed Instagram dan jual di Etsy atau Shopee.


18. Youtuber / Blogger / Influencer / Content Creator

Platform: YouTube, Blogspot, Instagram

Ambil masa untuk bina komuniti, tapi sangat menguntungkan dalam jangka masa panjang. Bina komuniti sendiri dan jana pendapatan melalui iklan, sponsorship, affiliate atau jual produk digital sendiri.


19. Servis Bersihkan Rumah

Platform: Facebook, WhatsApp

Permintaan tinggi terutama di bandar. Boleh mula sendiri atau ajak rakan-rakan. Kerja ini fleksibel dan permintaan. Boleh juga mula kecil-kecilan dan kembangkan jadi syarikat servis pembersihan.


20. Jualan Pakaian Secara Live di TikTok / Facebook

Platform: TikTok Live, Facebook Live

Live selling kini sangat trending. Perlu keyakinan dan teknik marketing yang betul, tapi hasilnya lumayan. Ramai usahawan sekarang buat duit melalui jualan live. Tak perlu sewa kedai, hanya perlu lighting, tripod dan semangat berniaga!

Kesimpulan

Kerja dari rumah bukan lagi angan-angan. Dengan teknologi dan internet, sesiapa sahaja boleh jana pendapatan sendiri. Pilih yang sesuai dengan minat, kemahiran dan masa anda. Yang penting, mula dahulu dan terus belajar.


تعليقات

  1. Kalo kita mau berusaha dan berpikir kreatif, memang ada banyaaaak sangat usaha yg bisa menghasilkan dari rumah. Yg penting niat dan kemauan utk kerja. 👍

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...