التخطي إلى المحتوى الرئيسي

PayNet & ALR Galak MyDebit di KESAS, LDP, SMART, SPRINT

Galak Pemandu Menggunakan MyDebit di  Lebuhraya KESAS, LDP, SMART dan SPRINT


KUALA LUMPUR, 24 September 2024 – Amanat Lebuhraya Rakyat (ALR) dengan kerjasama Payments Network Malaysia (PayNet) telah melancarkan kempen Sentuhan Ikhlas yang merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di mana setiap transaksi tol dengan MyDebit memberi peluang untuk membantu keluarga B40 di seluruh Malaysia. Melalui inisiatif ini, pengguna Lebuhraya Kumpulan ALR - KESAS, LDP, SMART dan SPRINT kini boleh menyumbang dengan mudah di mana-mana 152 lorong tol MyDebit untuk meringankan beban golongan yang memerlukan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ALR, Sazally Bin Saidi, dalam ucapannya, berkongsi mekanisme Sentuhan Ikhlas yang menyumbang kepada kebaikan secara kolektif melalui transaksi tol harian. Beliau berkata, “Setiap transaksi MyDebit di lebuhraya-lebuhraya kami memberi impak keluarga yang memerlukan. Kami berharap inisiatif ini akan memberi sumber inspirasi kepada lebih ramai pengguna untuk bersama-sama kami menyertai kempen Sentuhan Ikhlas ini.”

Kempen ini mempunyai matlamat untuk menyumbang sejumlah RM500,000 kepada Yayasan MyKasih setelah mencapai 5 juta transaksi MyDebit dalam tempoh dua bulan. Setiap pembayaran tol MyDebit yang dibuat di keempat-empat lebuhraya ini menyumbang kepada sasaran transaksi ini – di mana setiap kali pengguna membuat transaksi, PayNet akan menyumbang dana kepada Yayasan MyKasih. Sumbangan RM500,000 ini akan membantu 1,000 keluarga berpendapatan rendah di Malaysia untuk membeli makanan dan keperluan isi rumah melalui penggunaan MyKad mereka.

Dana akan diagihkan secara berperingkat, mengikut pencapaian transaksi MyDebit berikut:
  • RM100,000 selepas 1 juta transaksi dicapai;
  • RM150,000 pada 2.5 juta transaksi dicapai; dan
  • RM250,000 apabila mencapai 5 juta transaksi.
Dengan menyertai kempen Sentuhan Ikhlas, para pemandu bukan sahaja menyokong tujuan murni tetapi juga mendapat manfaat dengan kaedah pembayaran yang mudah dan selamat dengan menggunakan MyDebit di lebuhraya-lebuhraya ini. 

Penukaran kepada MyDebit adalah sangat mudah kerana setiap kad ATM adalah kad MyDebit dan pemandu juga dapat menikmati:
  • Keselamatan: Dilindungi dengan penyulitan data peringkat bank dengan sistem pengesanan penipuan.
  • Kemudahan: Pembayaran tol yang cepat dan mudah tanpa perlu penambahan nilai kad.
En. Azrul Fakhzan Bin Mainor, Pengarah Kanan, Bahagian Komersial, PayNet mengulas, “PayNet teruja melihat MyDebit diintegrasikan dalam kehidupan seharian para pemandu, sambil menyumbang kepada komuniti yang kurang berkemampuan. Melalui Sentuhan Ikhlas, setiap transaksi MyDebit membuka peluang untuk kita bersama-sama mencipta impak positif.”

Turut berkongsi input yang sama, Yayasan MyKasih menyatakan, “Mereka menghargai kerjasama yang dijayakan oleh Amanat Lebuhraya Rakyat dan PayNet untuk menyokong 1,000 keluarga yang layak menerima bantuan makanan dan keperluan. Dengan adanya usaha murni ini, ia dapat melahirkan masyarakat yang penyayang selain dapat membentuk peribadi yang mulia.”

Kempen Sentuhan Ikhlas adalah cetusan inspirasi yang baik kepada kita semua bahawa tindakan kecil juga boleh memberi impak yang ketara. Amanat Lebuhraya Rakyat dan PayNet menyeru semua pemandu untuk turut serta menjadi sebahagian daripada inisiatif bermakna ini. Maklumat lanjut berserta kemaskini berkala tentang kemajuan kempen boleh didapati di www.sentuhanikhlas.com

تعليقات

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...