HADITS KE-7 : IMAN YANG DAPAT MEMASUKKAN KE SURGA
Ringkasan Nota :
Abu Ayyub Al-Anshari menceritakan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, "Beritahu saya amalan yang boleh membawa saya masuk ke surga."
Para sahabat hairan dengan pertanyaan itu, tetapi Nabi SAW menjawab bahawa lelaki tersebut mempunyai keperluan. Beliau kemudian memberitahu lelaki itu bahawa amalan yang boleh membawa masuk ke syurga ialah beriman kepada Allah tanpa menyekutukanNya, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan menyambung tali silaturahim. Abu Ayyub menjelaskan bahawa ketika itu, Rasulullah berada di atas kendaraannya.
Amalan yang dapat memasukkan kita ke Syurga :
- Beriman dan beribadah dengan Allah SWT tanpa menyekutukanNya.
- Mendirikan solat
- Menunaikan zakat
- Menyambung silaturahim
Kitab Al-Lulu' wal Marjan yang merupakan himpunan hadits sahih dari kitab Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim adalah kitab yang paling shahih setelah Al-Qur'an.
insya-Allah, mudah mudahan kita semua tergolong dalam golongan yang memasuki syurga Allah..aamin
ردحذف