التخطي إلى المحتوى الرئيسي

المشاركات

عرض المشاركات من سبتمبر, 2022

Here 4 Interesting Places in Port Dickson That Must Be Visited

Port Dickson is interesting for you to visit when spending the holidays with your family. There are many best tourist spots for you to explore in Port Dickson Negeri Sembilan for a family day.  The best natural attractions are ready to hypnotize the tourists who come to travel to interesting and latest places in Port Dickson. Hotels like Ancasa Residences Port Dickson and Avillion Port Dickson can be your choice when visiting here. There are many best tourist spots for you to explore in Port Dickson Negeri Sembilan for a family day. The best natural attractions are ready to hypnotize the tourists who come to travel to interesting and latest places in Port Dickson. Do you want to visit Port Dickson but are still confused about where to go? Here is a list of the best attractions in Port Dickson. 1. Pulau Burung Many PD tourist destinations present special places to enjoy the hidden beauty of Malaysia's nature. The beauty of Pulau Burung will spoil the tourists when they come to vis...

Mengimbau Kenangan Bersama Nuffnang Selepas 6 Tahun

Assalamualaikum Bismillah Hari ini nak tulis santai sikit. Waktu pagi macam sekarang nie aku memang suka blogwalking sambil cari idea apa nak tulis hati ini.  Seronok sangat membaca, kemudian tiba-tiba terbaca satu posting berkenaan Nuffnang. Terdetik pula nak tanya khabar akaun Nuffnang aku.  Mengimbau Kenangan Bersama Nuffnang Selepas 6 Tahun Setelah 6 tahun berlalu, baru hari ini nak tengok apa perubahan dalam Nuffnang. Manalah tau dah upgrade. Aku masih ingat lagi email yang aku guna, cuma password aku dah lupa. Jadi terpaksa reset password tu balik.  Sedih sangat tengok akaun Nuffnang. Bagaimana kali terakhir aku lihat rupa Nuffnang, begitu juga rupa akaun aku sekarang.  Aku buat akaun Nuffnang dari tahun 2016, dan aku pasang iklannya di blog sehingga tahun 2019. Tetapi sendu sangat earnings Nuffnang walaupun trafik makin meningkat hari demi hari. Mungkin memang rezeki aku bukan kat sini.  Aku tengok blogger yang sharing berkenaan Nuffnang pun sampai tah...

Patutkah Aku Berhenti Buat Kerja Servis Blog?

Assalamualaikum Bismillah Aku berfikir sebenarnya nak teruskan buat artikel pasal ini atau tidak? Aku rasa selagi aku tak buat artikel ini selagi tu juga aku rasa tak senang. Agak lama juga berfikir macam mana mahu menyusun ayat untuk menaip artikel ni. Korang pernah tak rasa macam mana mahu capai keikhlasan dalam menulis? Bukan sekadar kepuasan tetapi ikhlas dalam memberi dan berkongsi sesuatu kepada orang lain. Susahnya nak ekspress perasaan tu macam mana.  Seperti yang korang sedia maklum, aku dah buat blog yang ketiga iaitu Belajar Buat Blog . Kat blog tu aku kongsikan pengalaman berblog, tips dan kemahiran yang aku ada.  Cuma ada sesuatu yang menghalang aku. Dan aku rasa aku kena berhenti buat kerja servis blog kalau aku mahu teruskan niat aku menulis di Belajar Buat Blog.  Apa Maksud Kerja Servis Blog? Servis blog ialah kerja yang menawarkan perkhidmatan kemahiran blog yang ada kepada orang yang memerlukan servis berkenaan blog.  Antara kerja servis blog yan...

Membakar Hobi & Minat Ibarat Membakar Bakat Yang Ada

Assalamualaikum Bismillah Aku tak nak ulas berkenaan cerita viral. Apa yang aku nak kongsikan ialah setiap orang mempunyai hobi masing-masing.  Mempunyai hobi merupakan suatu perkara yang baik cuma jangan sampai memudaratkan diri sendiri dan orang lain.  Aku percaya setiap orang mempunyai minat masing-masing. Aku sendiri sejak dari kecil sudah mempunyai hobi menulis.  Dan antara kesukaan orang yang minat menulis ini dia cenderung untuk simpan koleksi seperti : Peralatan menulis - Pen, warna, highliter, pembaris, pensel dll Buku - Kertas warna, buku nota, buku ring, buku cover keras dll. Stickers - Pelbagai jenis stickers jurnal  Washi tape Gunting, gam, double side tape, selotape Desk organizer -  Rak-rak buku Lampu perhiasan  Aksesori laptop Sebenarnya ada banyak lagi yang hanya orang yang betul-betul minat menulis sahaja tahu. Nampak barang tu tak banyak mana pun.  Sekecil-kecil barang RM2 kalau dibeli 1 plastik memang makan puluhan ringgit juga. Mal...

Cara Kemaskini dan Padam Jawatan SPA9

Assalamualaikum Bismillah Hai guys, sejujurnya kan aku dah lama tak jenguk laman SPA9 nie. Tetapi setiap hari aku menerima banyak email dan mesej di media sosial tentang cara kemaskini dan padam jawatan SPA9. Actually aku dah pernah kongsikan sebelum ini. Cuma cara tu merupakan cara kemaskini laman spa8 lagi. So nak tak tak aku kena update juga cara baru bagi menjawab pertanyaan pembaca sekalian. Cara Kemaskini dan Padam Jawatan SPA9  Berikut adalah langkah demi langkah yang aku kongsikan untuk korang.  1. Pertama sekali korang login dulu SPA9 2. Kemudian, masukkan ID / KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN. 3. Seterusnya,  semak tarikh permohonan bila kali terakhir anda memohon atau kemaskini. Aku lupa nak screenshot part ini.  Korang boleh tengok di sebelah kanan atas ya ataupun di bahagian Semak Permohonan untuk lihat bila korang last update untuk jawatan yang dimohon. (Rujuk gambar di bawah) So korang boleh nampak kan ada 7 jawatan yang dimohon. So sekarang aku akan...

5 Aneka Resepi Ayam Bakar Wajib Dicuba

5 Aneka Resepi Ayam Bakar Wajib Dicuba 1. Resepi Ayam Bakar Madu  Bahan A 1/2 ekor ayam, cuci bersih & toskan Bahan B 1 batang serai 5 ulas bawang putih Sedikit halia Boleh kisar atau tumbuk. Bahan C (kuantiti sesuai selera ya) Sedikit sos tiram Sos cili Sos tomato Serbuk kunyit Lada hitam serbuk Lada hitam hancur Sedikit lada putih Garam Sedikit minyak masak @ minyak bijan Lebih kurang 1 sudu besar planta Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C, masukkan bahan B gaul sebati kemudian perap pada ayam sekurangnya 30 minit. Bahan D Gula atau madu. Boleh skip kalau tak suka. Letak madu supaya tak de la nanti rasa masin je. Kalau guna gula terus masuk & kacau bersama dalam bahan perapan tadi. Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10 -15minit nak masak baru ayam nampak cantik berkilat. Bakar dalam oven ikut suhu masing² ya. Guna suhu bawah 180, atas 150. Lebih kurang 1 jam 30 minit. Selamat mencuba! 2. Resepi Ayam Bakar BBQ Bahan perap ayam bakar 3 biji bawang - kisar 2 bat...

Beli Meja Kerja & Kerusi Lipat Murah di Shopee

Assalamualaikum Bismillah Alhamdulillah 'ala kulli hal, hari ini aku happy sangat sebab dapat beli meja idaman warna putih dan kerusi lipat untuk ruang kerja di rumah. Sebenarnya memang dah lama sangat nak ada meja sendiri untuk buat kerja blog. Even masa bujang lagi nak ada tempat khas untuk berblog. Semasa bujang boleh beli meja cuma rumah kawasan rendah selalu kena banjir. Jadi niat nak beli meja pun simpan saja dalam hati. Apabila dah kahwin masih juga nak ada meja untuk kerja hahaha~ Kedai Shopee Amy Mall1 Alhamdulillah, suami pun support juga bini beli meja kesukaan hehe~ Bilik pun kat tingkat atas, jadi tak risau sangat kalau banjir.  Aku kalau buat kerja memang buat kat katil ataupun meja lipat kecil. Dari segi keselesaan memang selesa sampai tertidur depan laptop haha. Cuma kalau buat kerja memang badan cepat lenguh dan kaki cepat rasa kebas.  Postur badan pun tak berapa baik kalau buat kerja tidak duduk di atas kerusi. Sebab tak dapat menyokong bahagian belakang bada...

My Life as Fulltime Blogger.. Is It Hard to be a Blogger?

Assalamualaikum Bismillah My Life as Fulltime Blogger.. Is It Hard to be a Blogger? Yes! It takes a lot of hard work and plenty of time. It is not an easy job to do. Blogging is for everyone, but still it is not everyone's cup of tea.  Kenapa menulis blog itu susah? Menulis blog merupakan sesuatu hal yang memenatkan. Menulis blog saja sudah banyak kerja. Malah ditambah lagi dengan kerja-kerja sampingan berblog yang lain. Hal ini demikian kerana untuk membina blog yang berjaya memerlukan kerja keras, kesabaran dan ketahanan mental dan emosi. Berblog suatu aktiviti yang memerlukan masa yang panjang.  Berblog bukan cara singkat untuk jadi kaya. Nak jana pendapatan dengan blog itu tidak mustahil, tetapi juga bukan mudah. Sekiranya seorang blogger berfikir dengan menulis blog boleh jadi kaya, bersiap sedia untuk kecewa.  Ya aku pernah jumpa blogger yang mempunyai income yang banyak. Tetapi mampukah kita jadi seperti mereka? Menulis blog kena sentiasa konsisten. Untuk menulis s...

Kerja Dari Rumah Menulis Blog Kerja Paling Senang

Assalamualaikum Bismillah Menarik tak tajuk hari ini? Hari ini aku nak kongsi dengan korang apa kelebihan dan cabaran jadi blogger ni.  Entri ini khas buat mereka yang nak jadi blogger tetapi nak senang. Kalau orang cakap dengan aku kerja blog ini senang. Ya memang senang kalau main cakap saja. Tidak dinafikan banyak kelebihan kerja dari rumah.  Kelebihan Kerja Dari Rumah Menulis Blog 1. Mempunyai masa bekerja yang fleksibel Antara beberapa sebab kenapa kebanyakkan orang suka bekerja dari rumah, salah satunya ialah mempunyai masa bekerja yang fleksibel. Korang boleh start kerja bila-bila masa yang korang nak. Ada yang berblog pada waktu pagi, petang dan malam. Korang boleh berblog selepas buat kerja-kerja di rumah. Bukan itu sahaja, bekerja menulis blog ini tidak mempunyai masa yang tetap. Nak kerja 30 minit, 1 jam atau 2 jam terpulang dengan korang. 2. Bebas & tidak terikat dengan peraturan Kelebihan kerja dari rumah ni korang tak perlu bersiap pakai baju kerja dan hadap...