التخطي إلى المحتوى الرئيسي

المشاركات

عرض المشاركات من أغسطس, 2022

Hukum Suami Tidak Memberi Nafkah Kepada Isteri Yang Bekerja

Assalamualaikum Bismillah Hukum Suami Memberi Nafkah Kepada Isteri HUKUMNYA WAJIB MEMBERI NAFKAH KEPADA ISTERI Wajib bagi seorang suami untuk memberikan nafkah zahir dan nafkah batin kepada isterinya. Firman Allah Taala: وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ لَا تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلَّا وُسْعَهَا Maksudnya: Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. (Surah al-Baqarah - 2:233) Aisyah R.anha meriwayatkan bahawa suatu hari Hindun pernah mengadu kepada Rasulullah SAW berkenaan suaminya, Abu Sufyan yang tidak memberikan nafkah yang cukup kepadanya dan anaknya. Melihat keadaan itu, maka Rasulullah SAW bersabda: خُذِي مَا يَكْفِيكِ وَبَنِيكِ بِالْمَعْرُوفِ Maksudnya: Ambillah (daripada harta Abu Sufyan) apa yang mencukupkan kamu dan anak kamu secara baik. - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim   Memang, jika si isteri reda dengan suami tidak m...

8 Tips Rawatan Sejurus Kaki Terseliuh oleh Dr Kamarul Ariffin

Assalamualaikum Bismillah Keseliuhan pergelangan kaki adalah kecederaan yang agak lazim dan kebanyakkan orang akan cuba merawat kondisi ini sendiri. Namun jika salah caranya, kondisi kaki boleh menjadi semakin teruk. Klik HERE for image link 8 Tips Rawatan Sejurus Kaki Terseliuh oleh Dr Kamarul Ariffin 1. Jangan Urut Elakkan mengurut kawasan yang tercedera. Mengurut sejurus sahaja kecederaan berlaku adalah sangat menyakitkan dan boleh menyebabkan bengkak lebih teruk. Urutan hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku. 2. Jangan Tuam Haba Tuaman haba akan menyebabkan salur darah mengembang lantas mempercepatkan dan mempertingkatkan proses keradangan. Tuaman menggunakan haba hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku. 3. Jangan Sapu Minyak Panas/Gamat Jika ada luka di kulit terutama di kawasan kecederaan, jangan sapu minyak panas atau minyak gamat kerana ia boleh menyebabkan iritasi dan jangkitan pada luka. Minyak panas/gamat hanya dibenarkan ji...

Bila Nak Buat Kelas Blog Secara Online

Assalamualaikum Bismillah Sejak aku mula membina Belajar Buat Blog , ramai juga yang bertanya dan mencadangkan untuk aku menganjurkan kelas blog. Aku masih mempertimbangkan cadangan tersebut.  Bukan sebab aku tidak yakin dengan kemampuan aku tetapi aku cuma risau dengan expectation orang lain terhadap apa yang aku kongsikan sekiranya aku membuat keputusan untuk buat kelas blog. Dan masih terlalu awal untuk aku jadi pengajar. Banyak lagi yang aku tidak tahu dan cuba untuk memperbaiki lagi kemahiran dalam berblog. Kadang-kala expectation orang ini terlalu tinggi dengan kita. Apabila mereka join kelas dan membayar yuran, mereka berharap untuk belajar sesuatu yang baru dari kita. Sekiranya kita ajar perkara yang sudah diketahui, jadi mereka akan menganggap duit yuran tu sia-sia sahaja.  Benda boleh cari kat Google, buat apa susah payah join kelas. Aku cuma mahu mengelak kejadian-kejadian seperti itu.  Manfaat Membuat Kelas Blog Secara Online Ada banyak kelebihan apabila bua...

Hati-Hati Dengan Lisan & Tulisan Kita

Assalamualaikum Bismillah Dulu sebelum kahwin, aku tidak terfikir pun soalan-soalan macam nie begitu sensitif sampailah aku rumahtangga.  "Bila nak ada anak?" "Dah lama kahwin, harap cepat-cepatlah dapat anak.." "Anak aku dah dua orang, kau bila lagi nak ada anak. Nanti dah umur 30an nak bersalin pun susah". Aku tak kisah sangat dengan persoalan dan pertanyaan macam nie. Tetapi ada yang aku baca kat komen suami isteri bergaduh sebab soalan-soalan macam ni.  Bayangkan rumahtangga orang tu bahagia saja, tetapi dengan soalan-soalan kita telah menyebabkan pasangan suami isteri mungkin bergaduh.  Itu belum lagi dengan soalan-soalan.  "Anak aku dapat 10A dan jadi pelajar cemerlang peringkat kebangsaan. Anak kau dapat berapa A?". "Aku dah ada 10 orang cucu, kau bila lagi nak ada cucu? Jangan-jangan menantu kau mandul" "Kita jadi isteri ni jangan harap sangat dengan duit suami. Nanti suami curang dengan perempuan lain macam mana?" ...

Senarai Barang Hantaran Untuk Bertunang

Assalamualaikum Bismillah Alahmdulillah 'ala kulli hal.. Hari ini baru ada kesempatan untuk berkongsi tentang Majlis Pertunangan aku tahun lalu. Sekarang dah masuk 8 bulan aku berkahwin. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru ja bertunang kelmarin haha. Sebelum nak cerita pasal senarai barang hantaran untuk bertunang. Jom kita baca tentang maksud pertunangan mengikut Mufti Wilayah. Takrif Pertunangan Bertunang bermaksud mengikat janji untuk menjadi suami isteri (berkahwin). Meminang pula bermaksud meminta anak gadis supaya menjadi isteri, melamar, meminang. Dapat difahami bahawa pertunangan ialah sebagai satu tanda persetujuan oleh kedua-dua pihak dalam rangka membina rumah tangga menjadi suami isteri. Pertunangan Menurut Islam Pertunangan dalam Islam bertujuan bagi mengenal akhlak dan sifat pasangan sebelum diadakan akad nikah. Ia dapat membantu dalam menguatkan hubungan cinta serta mempersiapkan diri masing-masing sebelum berkahwin.   Dalam sebuah hadis, Rasulull...

Ibadah Tak Sah Jika Tak Mandi Wajib

Sebenarnya ramai yang masih tak sedar atau buat-buat tak perasan tentang perkara ini. Belum lagi kita bincang tentang anak remaja yang sudah baligh tapi tak diajar tentang cara mandi wajib yang betul.  Sungguh, kesannya bukan kecil. Ibadah yang dilakukan akan menjadi tidak sah kerana diri dalam keadaan hadas besar. Hadas: Keadaan seseorang yang tidak bersih atau suci yang menyebabkan terhalang daripada melakukan ibadah tertentu. Hadas terbahagi kepada 2 iaitu hadas kecil dan hadas besar. Hadas kecil Keadaan seseorang yang tidak suci sehingga menghalanginya daripada melakukan ibadah tertentu melainkan dengan mengambil wudhu atau bertayammum (jika tiada air). Sebab-sebab berlakunya hadas kecil adalah: Keluar sesuatu daripada qubul atau dubur. Menyentuh kemaluan dengan tapak tangan yang tidak berlapik. Hilang kewarasan akal akibat daripada mabuk, gila, pitam atau tidur kecuali jika seseorang itu tidur dalam keadaan tetap punggung pada tempat tidurnya. Bersentuhan kulit di antara lela...

Cara Mudah Kira Lemak Dalam Badan Menggunakan Calculator.net

Assalamualaikum Bismillah Sejak mendirikan rumah tangga aku semakin hari semakin concern dengan perkembangan berat badan aku. Alhamdulillah, sihat walafiat dan bahagia. Cuma aku perasan berat badan makin bertambah hahaha.  Sejujurnya lemak dalam badan pun bertambah. Kadang hairan juga ya kenapa kawan-kawan aku maintain je berat badan dorang walaupun selepas bersalin.  Suami aku okay saja dengan berat badan aku, cuma aku memang rasa perlu turunkan juga. Hahaha. Rindu dengan berat masa waktu bujang dulu-dulu. Nak juga kekal slim gitu. Tetapi bukan itu tujuan utama aku nak bersenam. Aku cuma nak jaga berat supaya BMI maintain saja.  Sejak dari itu, aku memang dah mula diet, kurangkan makan makanan dan minuman manis. Aku juga cuba untuk konsisten jaga pola tidur dan bersenam at least tiga (3) kali seminggu.  Alhamdulillah suami juga sangat supportive dengan bini dia. Aku minta belikan treadmil supaya aku dapat bersenam di dalam rumah memandangkan suami aku selalu outsta...

GIVEAWAY BZ SATU 2022

  Klik Banner SYARAT-SYARAT PENYERTAAN : 💝 FOLLOW blog ZARIDA 💝 Beralamat di MALAYSIA 💝 Buat satu posting dengan tajuk GIVEAWAY BZ SATU 2022 dan masukkan sekali banner di atas dalam entry tersebut dan back link ke entry giveaway ini 💝 Sila tinggalkan link entry korang tu di ruangan komen entry giveaway ini. TARIKH TUTUP:  13 OGOS 2022, jam 11.59 malam SENARAI HADIAH: 👉 1x set Inai Republic (Pilihan Leopard Edition atau Chocolate Edition) 👉 1x Inai Mommy (Pilihan warna: Red, Maroon, Pink, Brown, Black) 👉 2x Inai Baby (Pilihan warna: Red, Maroon, Pink, Brown, Black) 👉 Saguhati Penyertaan - akan dimaklumkan kemudian. Jemput join semua. Terima Kasih

7 Kesilapan Dalam Mengajar Kemahiran Tulisan Tangan Kanak-Kanak

Perkongsian ini dikongsikan di Facebook Mahfuzah Zainol berkenaan kemahiran tulisan tangan. Perkongsian oleh Mahfuzah Zainol ini adalah hasil daripada pembacaan, kajian dan pembangunan garis panduan intervensi kemahiran tulisan tangan. Semoga bermanfaat untuk semua.  7 Kesilapan Dalam Mengajar Kemahiran Tulisan Tangan Kanak-Kanak 1. Guna buku latihan menulis huruf dot-to-dot  Buku latihan dot to dot tidak sesuai untuk latihan kemahiran tulisan tangan kerana contoh latihan dot to dot dalam buku tersebut bersifat tidak continuous. Latihan kemahiran menulis haruslah continuous dan kurangkan angkat mata pensel semasa menulis huruf atau nombor  2. Memaksa murid pegang pensel dengan menggenggam tangannya  Elakkan memaksa kerana boleh membuatkan kanak-kanak trauma dan ‘withdrawal’ atau ‘refuse to participate’ dalam aktiviti melibatkan pensel dan kertas.  3. Guna pensel bersaiz jumbo  Pensel bersaiz jumbo adalah besar dan berat, tidak sesuai untuk kanak-...

Review Wardah Lightening Day Gel Moisturizer Untuk Kulit Berminyak

Assalamualaikum Bismillah Setiap kali pergi watson aku banyak kali dah godek produk daripada Wardah Moisturizer ni. Cuma belum ada keinginan lagi untuk mencuba.  Sampailah pada suatu hari aku cari kat Shopee moisturizer untuk kulit berminyak.   Dan antara produk yang bajet ialah Wardah Lightening Day Gel Moisturizer.   Jadi aku pun cubalah pelembap muka dari Wardah. Sebenarnya kalai korang nak tahu, produk Wardah ini dari Indonesia. Bukan skincare sahaja, produk kosmetik pun ada.  Wardah Lightening Day Gel Moisturizer Wardah Lightening Day Gel merupakan pelembap yang mempunyai tekstur watery gel dan ringan. Ia juga dilengkapi dengan Advanced Niacinamide dan UVA/UVB Filter. Sesuai untuk kulit normal dan cenderung berminyak.  Manfaat Wardah Lightening Day Gel Moisturizer Wardah Lightening dengan Advanced Niacinamide memberikan 5 manfaat iaitu : Mencerahkan kulit  Melindungi kulit dari paparan blue light Menjadikan warna kulit sekata Menyamarkan bek...