Assalamualaikum Bismillah Hari tu aku nampak ramai juga yang post berkenaan 'Jual Beli Cedok'. Aku tak tahu dari mana datangnya istilah ini. Ramai yang kata viral kat TikTok. Aku takda tiktok jadi info-info viral atau trending nie biasanya memang agak lewatlah sampai dengan aku. Memang harap posting kawan-kawan saja. Tetapi tidaklah aku percaya sepenuhnya info tersebut. Of course kena selidik kan. Jadi aku tertarik sebenarnya nak cerita tentang 'jual beli cedok' nie sebab ada yang kata ada unsur-unsur judi dalam jual beli cedok. Mari sama-sama kita lihat apa pandangan Mufti berkenaan 'hukum jual beli cedok'. Hukum Jual Beli Cedok Jual beli cedok dilihat mempunyai unsur-unsur yang diharamkan oleh syarak seperti gharar (ketidakpastian) , maisir (perjudian) dan menafikan hak khiyar (memilih) pembeli. Oleh kerana itu, jual beli cedok adalah haram di sisi syarak. Dinasihatkan masyarakat tidak melibatkan diri di dalam urusan jual beli sebegini sementara kepad...
I just love to write