التخطي إلى المحتوى الرئيسي

المشاركات

عرض المشاركات من يونيو, 2022

Cara Kira Loan Kereta Dengan Betul

Assalamualaikum Bismillah Sejak berkahwin nie, antara benda baru yang aku belajar dalam rumahtangga ialah pasal kereta. Suami minat sangat dengan kereta. Jadi banyak sangat term atau istilah pasal kereta yang aku baru dengar.  Aku kalau bab kereta, rumah, insurans ke memang agak slow sikit nak faham.  Jadi memandangkan suami penggemar kereta aku pun mulalah mencari info berkenaan kereta. Dan aku suka tengok youtube Dr Adam Zubir berkenaan loan kereta, tips-tips kewangan, beli rumah dan sebagainya. Memang sangat menarik konten Dr Adam Zubir.  Antara konten yang menarik perhatian aku adalah tentang Cara Kira Loan Kereta Dengan Betul. Melalui perkongsian Dr Adam Zubir, beliau berkongsi cara kira loan kereta dengan melihat amaun kereta kita sama dengan jumlah tahunan gaji bersih. Sebagai contoh g aji RM2000 sebulan x 12 Bulan = RM24,000 Jadi korang boleh cari kereta yang di bawah harga RM24K sebaik-baiknya. Tetapi sekiranya korang baru bekerja dan tidak mampu beli harga ker...

Logo Belajar Buat Blog

Assalamualaikum Bismillah Alhamdulillah 'ala kulli hal, Allah permudahkan semuanya hari ini. Banyak yang nak kena setup untuk blog baru tu. Blog untuk belajar buat blog kali ini sangat berbeza dengan blog yang lain. Kalau blog aku yang lain cuma fokus untuk trafik dan google adsense sahaja. Tetapi blog ini aku nak berkongsi semuanya tentang blog. Aku cuma mahu nampak lebih organize dengan konten berkenaan blog. Kalau kat blog ini sebenarnya okay juga cuma niche pun dah rojak.  Bagi followers dan blogger mungkin tahu konten dalam blog ini. Cuma aku nak lebih ramai lagi yang tahu tentang dunia blogging ni macam mana.  Okay, enough with that. Let's move on with my new logo.  Logo Belajar Buat Blog Sebenarnya semalam aku baru saja design logo untuk blog. Mungkin tidaklah nampak profesional sangat. Cuma nak juga ada branding. Lagipun logo ini boleh buat untuk header, watermark, dan profile untuk sosial media. Tujuan buat logo supaya lebih recognize gitu.  Aku rasa ter...

Berapa Kerap Anda Perlu Cuci & Tukar Tuala Mandi

Assalamualaikum Bismillah Tuala mandi adalah sangat penting untuk mengeringkan tubuh badan setiap kali selepas mandi. Namun ramai juga yang hanya bersikap acuh tak acuh tentang kebersihan tuala mandi.  Ada juga individu yang menggunakannya sehingga lumat dan kotor. Apatah lagi bagi individu yang mempunyai skin alergic perlu kerap membersihkan tuala mandi.  Namun timbul satu persoalan yang sangat penting iaitu berapa kerap anda sepatutnya mencuci tuala mandi itu? Photo : Hello Doktor Kenapa penting untuk anda cuci tuala mandi? Untuk pengetahuan korang, penggunaan tuala mandi yang kotor dengan kerap akan menyebabkan kerengsaan pada kulit. Selain itu, ia juga akan meningkatkan risiko penyebaran jangkitan bakteria Staphylococcus yang biasa merebak melalui pakaian. Oleh sebab itulah, elakkan untuk berkongsi tuala mandi dengan orang lain. Berapa kerap anda perlu cuci tuala mandi? Menurut Cleaning Institute , adalah disarankan untuk anda mencucinya setiap kali selepas 3 kali penggu...

Belajar Buat Blog

Assalamualaikum Bismillah Alhamdulillah 'ala kulli hal.. Dengan izin Allah semuanya dipermudahkan. Setelah buat banyak pertimbangan, akhirnya aku membuat keputusan untuk buat blog baru tentang belajar buat blog .  Pertama sekali aku buat blog baru supaya aku boleh kongsikan cara-cara macam mana nak berblog dari ZERO. Aku tak guna blog utama ini sebab blog ini dah stabil. Jadi lebih baik buat dari ZERO kan? Namapun kita belajar sama-sama. Jadi di blog tu sekarang KOSONG tau. Langsung tiada entri. Apapun tiada. Domain pun aku tak beli lagi. Sebab aku nak tunjukkan dengan korang step by step berblog.  Dah ada blog nak buat konten pasal apa? Macam mana nak pilih niche? Template apa yang best? Kalau nak setting google search console macam mana?  Dan banyak lagi aku akan ajar korang.  Apabila trafik blog dah okay, macam mana pula nak memohon adsense? Nak domain dulu ka ataupun memohon adsense dulu?  Semua tu aku akan tunjukkan. Jadi mungkin blog tu aku tidak update se...

Lirik Lagu Nasib Sebatang Kara - Arfa Arnold

Pertama kali dengar lagu terus menangis. Sedih betul lagu ni. Terbayang hidup anak-anak yatim. Sedih~ Dengar kat instagram Ebit Lew.. Terus google kat youtube. Lirik Lagu Nasib Sebatang Kara - Arfa Arnold Aku tak tahu rupa ayah ibuku Sungguhku tak mengerti rasanya dicintai Ayah dan ibu dimana dirimu Lelah ku mencari Namun tak kutemui Hari berlalu musim pun telah berganti Hanya air mata temanku bercerita Tanpa kasih sayang yang aku rasakan Hidupku di dunia hanya sebatang kara Menangis menangis ku sendiri Sakit pun tiada yang peduli Sendiri melawan keras kehidupan Membanting tulang agar bisa makan Dingin malam berselimut rindu Ayah ibu peluklah diriku Entah dimana dirimu berada Aku ingin bersua Walaupun hanya di dalam mimpi Tuhan pertemukanlah Rindu di hati tak terbendung lagi Tuhan pertemukanlah Hari berlalu musim pun telah berganti Hanya air mata temanku bercerita Tanpa kasih sayang yang aku rasakan Hidupku di dunia hanya sebatang kara Menangis menangis ku sendiri Sakit pun tiada yang...

Syarat Kemasukan Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Psikologi) di UKM

Assalamualaikum Bismillah Program Psikologi memberi pemahaman cara manusia bertingkah laku dengan mendalami kognisi, perasaan dan persepsi merangkumi proses-proses biologi manusia. Pelajar didedahkan dengan pengetahuan asas psikologi seperti masalah tingkah laku dan kecelaruan minda. Pelajar berpeluang untuk menjadi pakar bidang psikologi dengan menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan doktor falsafah. Maklumat Fakulti Kampus: Bangi, Selangor Fakulti: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Ijazah: Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Psikologi) Tempoh: 3 Tahun Syarat Kemasukan Program Ijazah Pertama UKM (Calon Lepasan STPM, Matrikulasi, ASASI, Diploma/Setaraf) Syarat Am Universiti Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia K epujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai Lulus dalam mata pelajaran Sejarah. Syarat Khas Program STPM / MATRIKULASI/ASASI Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 pada peringk...

27 Years Old | 23.06.2022

Assalamualaikum Bismillah Alhamdulillah 'ala kulli hal.  Syukur dengan nikmat Allah masih diberikan nafas untuk hidup selama 27 tahun. Semakin meningkat umur, semakin dekat dengan kematian.  Satu persatu hikmah Allah tunjukkan.  Satu persatu doa Allah kabulkan. Terima kasih yang selalu mendoakan. Semoga doa-doa kalian juga dikabulkan Allah.

Langkah Awal Melabur Dalam Saham

Perkara pertama yang perlu dipertimbangkan oleh pelabur sebelum mula melabur dalam saham adalah mengenali diri mereka sendiri. Setelah mengetahui terdapat 3 jenis orang yang berdagang saham, maka anda sebagai pelabur boleh memilih jenis pemain saham yang anda ingin jadi. Setelah anda cukup mengenali diri anda, maka berikut adalah langkah-langkah seterusnya yang boleh anda lakukan dalam memulakan pelaburan saham. #1 Menyedari Kelebihan Pelaburan Saham Dalam pelaburan saham, terdapat dua jenis faedah yang boleh diperolehi oleh pelabur iaitu  Capital Gain dan pembahagian Dividen. Capital Gain itu sendiri adalah keuntungan yang diperoleh daripada perbezaan harga jual beli saham, di mana turun naik harga saham itu sendiri datangnya daripada permintaan dan penawaran yang berlaku di pasaran.  Anda boleh mendapatkan Keuntungan Modal ini daripada perdagangan atau pelaburan jangka panjang. Selain Capital Gain, anda juga layak menerima dividen yang diagihkan oleh PT Semen Baturaja Tbk s...

Road to 9M Pageviews & Future Planning As Fulltime Blogger

Assalamualaikum Bismillah Alhamdulillah 'ala kulli hal. Dah lama tak cerita pasal pageview blog kan. Setelah sekian lama baru hari ini berkesempatan untuk berkongsi tentang progress blog. Aku pun tak ingat bila kali terakhir cerita pasal performance blog ini. Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih untuk 8.8 juta pageviews! Tanpa pembaca sebenarnya blog ini tidak akan sampai macam ini. Oleh itu, aku bersyukur sangat-sangat buat pembaca sekalian. Now focus on road to 9M pageviews! Hampir 7 Tahun Berblog Bermula dengan menulis sekadar hobi pada tahun 2015. Dan menjadikan blog sebagai kerjaya pada tahun 2019. Tak sangka ya hampir 7 tahun dah aku berblog.  Terlalu banyak sangat kenangan dengan blog. Mungkin kalau aku tak delete posting tahun 2015, bolehlah baca kisah-kisah zaman remaja dulu. hehe~ Dan tak sangka juga, menulis blog dari zaman belajar sampailah berumah tangga. Betul-betul jiwa berblog sudah sebati dalam diri. Rasa tak lengkap bila seharian tak menulis. Walaupun ta...

Macam Mana Bahagikan Masa Menulis Blog Selepas Kahwin

Assalamualaikum Bismillah Sebelum ini aku dah pernah kongsikan tentang bagaimana aku mengurus masa dengan berblog dengan buat jadual berblog. Bagi aku tiada tips sebenarnya macam mana mahu mengurus masa untuk berblog sebab kehidupan kita semua tidak sama. Ada orang bujang tetapi tidak bekerja. Ada orang bujang tetapi ada bisnes sendiri. Ada yang bujang tetapi sibuk dengan study. Ada yang bujang tetapi sibuk dengan kerja hakiki. Ada pula yang dah berkahwin tetapi tiada anak. Ada yang dah berkahwin tetapi ada anak yang ramai. Ada yang sudah berkahwin tetapi sibuk dengan kerjaya masing-masing. Ada yang sudah berkahwin tetapi suri rumah sepenuh masa. Jadi, walaupun kita diberi masa 24 jam yang sama, cara kita urus masa tidak sama. Masa orang yang dah kahwin lain. Yang bujang lain. Masa orang yang tak kerja tak sama dengan orang yang bekerja. Semuanya berbeza. Jadi tak bolehlah kita cakap, dia duduk di rumah tak buat apa. Dia di tempat kerja sibuk memanjang. Semuanya ada masa sibuk dan lapa...

Pengalaman Cabut Gigi Klinik Pergigian Swasta di Pontian Johor

Assalamualaikum Bismillah Salam sejahtera buat para pembaca sekalian. Tak sangka ya, selepas setahun aku terpaksa cabut gigi lagi. Sebelum ini aku dah pernah kongsikan pengalaman scalling dan cabut gigi di Klinik Pergigian Dr Patricia, Inanam Taipan di Sabah. Kali ini aku mahu kongsikan pengalaman cabut gigi di Klinik Pergigian Swasta di Pontian, Johor. Pertama sekali aku memilih untuk cabut gigi di klinik pergigian swasta sebab suami aku tiada di rumah masa tu.  Klinik pergigian kerajaan pula jauh dari kawasan rumah. Suami pula kerja. Dan aku pula tak pandai driving. Jadi aku pergi klinik pergigian swasta yang berdekatan kawasan rumah. Pada mulanya aku cuma planning mahu tampal gigi sahaja. Tetapi malangnya doktor kata gigi aku dah tak dapat nak tampal sebab lubang dah besar sangat. Nak buat rawatan gigi pun tak boleh. So, pilihan yang ada ialah cabut gigi sahaja.  So ikut sajalah kan apa yang doktor cadangkan sebab itu bidang dorang. Mereka lebih tahu apa yang terbai...

Review Selsun Blue Shampoo Untuk Rambut Kelemumur

Assalamualaikum Bismillah Alhamdulillah, akhirnya dengan izin Allah aku dapat juga buat  Review Selsun Blue Shampoo. Dah lama sebenarnya nak buat review ni cuma belum ada kelapangan dan penyakit malas yang menguasai sehingga terhalang niat mahu tulis review. Haha Aku dah pernah kongsikan kat facebook bahawa  Selsun Blue shampoo yang paling berkesan hilangkan kelemumur aku 100%.. Berkesan untuk rambut aku saja ya. Dari dulu aku mempunyai masalah rambut gatal dan kelemumur yang boleh dikatakan teruk juga sehingga menyebabkan keguguran rambut.  Terutama sekali apabila rambut panjang. Memang teruklah gatal kulit kepala aku. Tapi still mahu juga nak simpan rambut panjang hehe. Jadi penyelesaiannya ialah kena kenal pasti jenis rambut dan cari shampoo yang bersesuaian lah.  Dah bermacam jenis produk hair care yang aku gunakan. Dari murah sampailah mahal. Tetap juga tidak dapat menyelesaikan masalah kelemumur aku. Sampailah suatu hari aku ternampak di twitter berkenaan s...

Kembali Kepada Tujuan Menulis

Assalamualaikum Bismillah Hari ini.. malam yang sunyi ini.. Aku banyak menata kembali niat aku berblog. Semakin hari semakin berada di zon selesa membuatkan aku semakin risau. Aku rasa aku jadi semakin malas. Dan perasaan ini sebenarnya sangatlah menyebalkan. Aku mahu kembali menulis seperti dulu. Rindu dengan perasaan menulis yang dulu. Dan akhirnya aku kembali kepada tujuan menulis.  Aku baca balik entri pertama blog. 'I will always remind myself to write something that useful to others'. 'The main reason why I choose to write in blog is because I just love to share anything to people'. 'It calm me. Blogging makes me so happy'. Ya... Menulis blog suatu yang menyenangkan buat aku. Oleh sebab itulah apabila terlalu lama tidak menulis rasa ada yang tidak lengkap.  Blogging isn't about writing. Tetapi ladang pahala.  Setiap hari memikirkan apa yang aku buat hari ini untuk bekalan diri. Apa yang akan jadi apabila aku sudah tiada. Adakah hari esok masih ada bu...