التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Checklist 10 Amalan Sepanjang Bulan Ramadan

Assalamualaikum
Bismillah

Hai semua, Ramadan tahun ini korang ada buat checklist tak? Hari tu aku dengar tazkirah dari Ustaz Adi Hidayat dan juga Ustaz Wadi Anuar. Kata mereka sepatutnya kita awal-awal lagi buat checklist amalan yang kita nak buat sepanjang Bulan Ramadan.

Macam mana persediaan kita untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, begitu juga persiapan kita menyambut Bulan Ramadan. Dan kalau boleh tahun ini kita semua berazam untuk dapatkan Malam Lailatur Qadar.

10-amalan-bulan-ramadan

Oleh itu, dalam entri kali ini, aku dah buat Checklist 10 Amalan Sepanjang Bulan Ramadan. Tidak dapat amalkan semua, jangan tinggal semua. Semoga Ramadan tahun ini menjadikan kita insan yang lebih bertaqwa kepada ALLAH. 

1. Bangun sahur & Buka Puasa On-Time


Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً
Maksudnya: "Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan." Riwayat al-Bukhari (1923), dan Muslim (1095)

Seorang muslim tidak seharusnya meninggalkan perbuatan bersahur walaupun sahurnya itu dengan segelas air, atau sebutir tamar atau selain daripada keduanya. 

Sahur yang paling afdhal adalah sahur dengan air dan tamar sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

نِعْمَ سَحُورُ المُؤمِنِ التَّمْرُ
Maksudnya: Sebaik-baik sahur orang mukmin adalah dengan buah tamar. Riwayat Abu Dawud (2345)
Keberkatan sahur yang kita boleh peroleh :
  • Keberkatan Syar'iyyah: iaitu keberkatan dalam mengikut sunnah baginda Rasulullah SAW, mendapat ganjaran dan pahala, penyebab kepada berzikir, berdoa, beristighfar pada waktu sahur yang merupakan waktu yang mustajab doanya.

  • Keberkatan Badaniyah: iaitu keberkatan pada sahur tersebut memberikan bekalan nutrien dan tenaga kepada badan serta menguatkan semangat untuk berpuasa, dan menahan diri daripada melakukan perbuatan yang tidak baik disebabkan oleh lapar.
Antara adab ketika berbuka puasa ialah membaca doa seperti yang diamalkan Baginda SAW.

Kita juga boleh memohon apa saja yang dihajati kerana antara waktu mustajab (makbul) untuk berdoa ketika berbuka puasa.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

“Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.” (Riwayat Ibn Majah dalam Sunan Ibn Majah, Kitab al-Shiyam)

Selain itu, kita disunatkan menyegerakan berbuka puasa. Waktu paling afdal ialah ketika azan dilaungkan, terus utamakan untuk berbuka puasa.

Perkara itu dianjurkan dalam satu hadis Nabi SAW yang bermaksud: 

“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.” (Riwayat Bukhari)

2. Solat Tahajud 2 rakaat sebelum sahur

Antara amalan yang boleh dilakukan ialah mendirikan solat Tahajud ataupun solat sunat yang lain. Ambillah peluang untuk beribadat kepada ALLAH SWT pada sepertiga malam kerana terdapat banyak fadilatnya.

Firman Allah SWT:

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا

Maksudnya: Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (Surah al-Isra’: 79)

3. Solat awal waktu (Solat Fardhu)

Solat pada awal waktu dan solat berjemaah sememangnya tsabit kelebihannya dalam banyak hadith, antaranya:

أَىُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ قَالَ ‏"‏ الصَّلاَةُ عَلَى وَقْتِهَا ‏"‏‏.‏ قَالَ ثُمَّ أَىُّ قَالَ ‏"‏ ثُمَّ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ ‏"‏‏.‏ قَالَ ثُمَّ أَىّ قَالَ ‏"‏ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ‏"‏‏

Maksudnya: Apakah amalan yang paling dicintai disisi Allah SWT? Nabi menjawab “Solat pada waktunya”. Dia (perawi) bertanya lagi kemudian apa, jawab Baginda “berbuat baik kepada kedua ibu bapa”. Dia bertanya lagi kemudian apa, jawab Baginda “Jihad pada jalan Allah SWT”. Sahih al-Bukhari (5970)


4. Baca al-Quran (1-4 muka surat sehari)

Al-Quran adalah kalamullah yang menjadi mukjizat. Membacanya mendapat pahala dan ganjaran sepertimana yang disebutkan oleh Baginda Nabi SAW :

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لَا أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ

Maksudnya : “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya kebaikan. Dan kebaikan itu sama seperti 10 kali ganda. Aku tidak katakana ألم itu satu huruf akan tetapi Alif satu huruf,Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” Riwayat Al-Tirmizi (2910)

Sentiasa membaca Al-Quran sekurang-kurangnya sehari 1 muka surat dan digalakkan untuk membaca lebih daripada itu. In shaa Allah, bacaan kita akan semakin lancar dari hari ke hari.

Pohonlah kepada Allah supaya memandu dan membantu kita apabila membaca Al-Quran. Tujuan kita adalah untuk mengharap keredhaan dan rahmat daripadaNya. 

Daripada Abu Umamah RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ

Maksudnya: “Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya”. [Riwayat Muslim (804)]

Juga dengan niat untuk berhubung dengan Allah dengan membaca, memahami dan mengamalkan setiap perkataan suci yang terdapat dalam Al-Quran.

Oleh itu, doa adalah alat terbaik untuk memudahkan kita mendapat petunjuk dan panduan daripada Allah.

5. Solat berjemaah (Solat di masjid)

Dalam beberapa hadis Nabi SAW yang sangat mengambil berat akan solat berjemaah yang dilakukan di masjid.Antaranya :

Daripada Abu Hurairah :

مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ أَوْ رَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ فِى الْجَنَّةِ نُزُلاً كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ

Maksudnya :” Sesiapa yang pergi dan balik dari masjid, maka Allah akan menyediakan baginya tempat di syurga setiap kali dia pergi dan balik.” Riwayat Muslim (1556)

Nabi SAW bersabda lagi di dalam sebuah hadis yang lain :

مَنْ تَطَهَّرَ فِى بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِىَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً

Maksudnya :” Sesiapa yang bersuci di rumahnya kemudian berjalan menuju ke salah satu dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk menunaikan solat yang telah difardukan oleh Allah, maka kedua-dua langkahan kakinya itu salah satunya menghapuskan dosa dan yang lain mengangkat darjat.” Riwayat Muslim (1553)
Pada Bulan Ramadan yang mulia ini ambillah peluang untuk solat berjemaah di masjid. 

6. Solat Tarawih


Solat tarawih merupakan suatu solat yang dituntut bagi umat Islam untuk melaksanakannya. Ganjaran melakukannya adalah sangat besar, sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

‎مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya : Sesiapa yang melakukan qiyam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keampunan, akan diampunkan buatnya dosa-dosa yang terdahulu. Riwayat Al-Bukhari (37)

7. Jaga perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa

Kita boleh saja berpuasa tahan lapar sepanjang hari, tetapi tidak semua orang dapat menahan diri daripada melalukan perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa. Sebagai contoh, menahan diri daripada berkata perkara yang tidak baik (mencarut, memaki, berbohong) walaupun semua itu tidak membatalkan puasa kita. 

Bukan itu sahaja, seharian berpuasa tetapi meninggalkan ibadah solat fardhu adalah suatu kesilapan yang maha besar. Amatlah rugi bagi hamba Allah, yang berpuasa namun gagal menjaga dan mendiri solat fardhu lima waktu sedangkan solat itu adalah ibadah wajib dan berdosa besar jika ditinggakan dengan sengaja. Maka sia-sialah puasa kita. 

Dan paling teruk sekali majoriti antara kita menjadikan Ramadhan ini sebagai pesta makanan dengan membeli pelbagai juadah berbuka dibazar Ramadhan sehingga penuh satu meja. 

Kebanyakkan dari kita berbelanja mengikut hawa nafsu dan akhirnya makanan yang dibeli tidak termakan dan dibuang begitu sahaja. Kita seharusnya menjadikan bulan puasa ini untuk lebih bersederhana dan mengurangkan pembaziran dalam semua aspek. 


8. Sedekah setiap hari dengan konsisten walaupun RM1

Dalam sebuah hadith riwayat Anas RA menyebutkan:

سُئِلَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَىُّ الصَّوْمِ أَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ فَقَالَ: ‏‏ شَعْبَانُ لِتَعْظِيمِ رَمَضَانَ ‏.‏ قِيلَ فَأَىُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ: ‏ صَدَقَةٌ فِي رَمَضَانَ ‏

Maksudnya: Ditanyakan Nabi ﷺ puasa apakah yang terbaik selepas Ramadhan?. Jawab Nabi ﷺ: Puasa di bulan Sya’ban untuk mengagungkan Ramadhan. Ditanya lagi sedekah apakah yang paling afdhal. Jawab Nabi ﷺ: Sedekah di bulan Ramadhan. Riwayat Al-Tirmizi (663) dan al-Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini gharib.

Begitu juga dengan memberi makan dengan menyediakan juadah berbuka puasa kepada orang lain. Ianya juga adalah dari jenis sedekah bahkan mempunyai ganjarannya yang tersendiri. 

Ini seperti mana yang telah diriwayatkan dalam sebuah hadith Rasulullah ﷺ yang mana Baginda telah bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

Maksudnya: Siapa yang menyediakan makanan berbuka buat orang yang berpuasa, maka dia mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan tidak dikurangkan sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu. Riwayat Al-Tirmizi (807) dan al-Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini hasan sahih.


9. Jangan biarkan hari berlalu tanpa Sedekah & Infaq

Bentuk-bentuk Sedekah Jariyah

Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:

إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ أَوْ بَيْتًا لِابْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya yang didapati oleh orang yang beriman dari amalan dan kebaikan yang dia lakukan setelah dia mati adalah:

  • Ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan
  • Anak soleh yang dia tinggalkan.
  • Mushaf al-Qur’an yang dia wariskan.
  • Masjid yang dibina.
  • Rumah bagi ibnu sabil (musafir yang terputus perjalanan) yang dia bina
  • Sungai yang dia alirkan.
  • Sedekah yang dia keluarkan dari harta ketika dia sihat dan hidup.
Semua itu akan dihubungkan dengannya setelah dia mati.” Riwayat Ibn Majah (242), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (3174). Hadith ini disahihkan oleh Ibn Khuzaimah dan dihasankan oleh al-Munziri.

10. Zikirullah & Perbanyakkan Istighfar

Di dalam sebuah hadith, diceritakan bahawa Nabi SAW beristighfar lebih daripada 70 kali sehari sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Sahih Imam al-Bukhari:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً

Maksudnya: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali”. [Riwayat al-Bukhari (6307)]

Kesimpulannya

Pada Bulan Ramadan ini, isilah masa kita dengan memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH SWT. Hal ini demikian kerana Ramadan hanya setahun sekali. Dan belum tentu lagi tahun depan kita dapat meraikan bulan yang mulia ini.

Teringat pesan Ustadz Adi Hidayat, kita mahu Ramadan yang ke berapa lagi supaya kita boleh berubah? 

Aku doakan semoga kita semua diberikan keberkatan dan redha sepanjang di Bulan Ramadan ini. Semoga entri ini bermanfaat. Salam Ramadan dan selamat berpuasa. 


تعليقات

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...