التخطي إلى المحتوى الرئيسي

المشاركات

عرض المشاركات من مارس, 2022

Iklan Google Adsense Tidak Muncul Di Blog

Assalamualaikum Bismillah Akhirnya aku post juga pasal benda ini. Penat nak selesaikan sendiri, jadi lebih baik tanya kepada yang lebih berpengalaman. Iklan kat blog ini dah lebih seminggu tak muncul. Sedih tiba-tiba saja hilang.  Aku ada cuba cara daripada Tuan Hasrul Hassan tentang Cara Atasi Iklan Google Adsense Tidak Keluar  t etapi tidak berjaya. Then aku cari info daripada blogger yang lain tetapi masalah ini belum dapat diselesaikan lagi.  Cara yang aku cuba supaya iklan adsense ini muncul : 1.  Mengaktifkan ads.txt di Blog.   Cara ini aku dah buat sebelum ini apabila aku dapat notifikasi berkenaan   "Earnings at risk" . Alhamdulillah dah settle. Kalau korang ada masalah yang sama boleh cuba  Cara Atasi Masalah "Earnings at risk" Google Adsense 2. Ada kesalahan CRAWLER.  Kalau nak tahu samada blog kita mempunyai kesalahan crawler google akan maklumkan kat Google Adsense kita. Cara nak lihat adalah sep...

Cara Kempiskan Perut Dengan Air Rebusan Epal Hijau dan Serai

Assalamualaikum Bismillah Hai siapa di sini yang ada masalah perut kembung ataupun angin? Akulah salah satunya. Aku sebenarnya baru sahaja cuba tips untuk kempiskan perut oleh Azlina Ina . Tak pasti berkesan atau tidak. Apapun kita cubalah dulu kan.  Bahan-bahannya : 3 biji epal hijau 5 batang serai diketuk 1.5 liter air Cara-caranya : 1. Epal tu dipotong 6 (macam biasa kita makan tu). 2. Serai 5 batang diketuk. 3. Masukkan 1.5 liter air dalam periuk. 4. Masak sehingga epal lembik. Siap. 5. Minum ketika suam-suam. Khasiat Air Rebusan Epal Hijau dan Serai Keluarkan angin dalam badan. Kempiskan perut. Menurunkan berat badan. Cepat kenyang. Awet muda. Kulit cerah. Mengurangkan kolestrol. Menhilangkan sakit badan/sakit urat. Sesuai untuk orang sakit lutut. Menghilangkan sakit tumit. Meringankan tubuh badan.

Resepi Kek Kafe Untuk Bisnes Kafe

Assalamualaikum Bismillah Sejak aku bergelar isteri ini, hobi kedua selepas blogging adalah memasak. Dan aku paling sukalah buat kek walaupun kek selalu tak jadi hehe.  Kadang hairan juga, macam mana ya buat kek ala kafe macam kat kedai tu. Dulu tu ada keinginan mahu masuk kelas baking tetapi susah nak cari kelas untuk belajar buat kek.   Alhamdulillah, sekarang nie dah makin mudah. Semua boleh belajar secara suka hati ikut masa sendiri saja. Tak perlu susah payah datang kelas jauh-jauh, jimat masa dan boleh praktik sendiri buat kek kat rumah sampai jadi.  Kalau kek tak jadi pun tiada cikgu nak marah korang ataupun komen kalau kek tak sedap. Sendiri buat, sendiri makan.  Pasti ada antara korang yang suka makan kek, suka buat kek, atau teringin nak buka bakeri atau kefe sendiri kan. Berita Baik! Belajar Resepi Kek Kafe Untuk Bisnes Kafe Biasanya kalau nak join kelas membuat kek jarang sekali diadakan. Kalaupun ada yuran pula tinggi. Selain tu lokasi dan penyertaa...

Review Blog #4 Nurin Irsalina | https://salinasafea.blogspot.com

Assalamualikum Bismillah Alhamdulillah, bertemu kembali dengan entri review blog. Dah lama tidak buat review blog kawan-kawan blogger kan.  Jadi hari ini aku ingin membuat sedikit review blog Nurin Irsalina yang baru sahaja menang segmen giveaway yang aku anjurkan hari tu.  Jadi kiranya aku nak buat sedikit review template blog lah. Tapi sebelum tu mari kita godek blog Nurin nie pasal apa. Latar Belakang Blog Kalau korang nak tahu, blog Nurin ini banyak cerita tantang lifestyles, blogging, tips, makanan, drama & movies. Dan paling best sekali ada konten pasal Usrah. Blog ini juga aku tengok dah lama bermula dari tahun 2013 l agi. Tetapi nampak baru aktif tahun 2021. Blog ini masih menggunakan blogspot. Aku sebenarnya dah lama juga cari blog ini sebab selalu orangnya komen kat blog aku. Haha Jadi aku pun ingatkan blog ini Nurin Dot Com ka, no wonderlah aku cari-cari sebelum ni tak jumpa.  Design Template Blog Sebelum aku design blog Nurin, ini adalah template lama ...

12 Bacaan Doa Iftitah Yang Boleh Dibaca Dalam Solat

Assalamualaikum Bismillah Terdapat pelbagai bentuk bacaan doa iftitah yang diriwayatkan dalam pelbagai hadis. Antaranya adalah: 1. Bacaan Pertama اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ، كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ المَشْرِقِ وَالمَغْرِبِ، اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنَ الخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، اللَّهُمَّ اغْسِلْ خَطَايَايَ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالبَرَدِ Maksudnya: “Ya Allah, jauhkanlah aku dengan kesalahanku, sebagaimana Engkau telah jauhkan antara Timur dan Barat. Ya Allah, sucikanlah aku daripada kesalahan, sebagaimana Engkau mensucikan salju putih daripada kotoran. Ya Allah, bersihkanlah kesalahanku dengan air, salju dan embun (Riwayat al-Bukhari, no. 744) 2. Bacaan Kedua وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا، وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ، إِنَّ صَلَاتِي، وَنُسُكِي، وَمَحْيَايَ، وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، لَا شَرِيكَ لَهُ، وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ، اللهُمَّ أَنْتَ الْمَلِكُ ...

Hukum Membatalkan Puasa Ganti Ramadan

Assalamualaikum Bismillah Puasa ganti Ramadan adalah fardhu ain dan wajib ditunaikan. Oleh itu, tidak boleh memutuskannya atau membatalkan secara sengaja malah berdosa besar sekiranya melakukannya.  Di samping itu, wajib menyelesaikannya sehingga sempurna melainkan dalam keadaan uzur yang disyariatkan seperti sakit, haid, atau bermusafir.  Puasa Ramadan merupakan puasa yang wajib dikerjakan apabila tiba pada waktu yang ditetapkan. Ia telah ditetapkan oleh syarak ke atas setiap umat Islam sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ Maksudnya:  Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Surah al-Baqarah, 183) Namun, sekiranya seseorang itu tidak mampu untuk berpuasa atas sebab keuzuran seperti sakit, musafir, haid dan sebag...

Safest Home Remedies to Remove Blackheads

How long does it take to remove blackheads? It’s an eternal question with no definitive answer, as the length of time required depends on the severity of your case, among other factors.  There are things you can do at home, though, that will help you get rid of blackheads in the most effective way possible.   Image : https://www.goodhousekeeping.com Here are safest home remedies for removing blackheads you should know about. 1) Preparation Cleanse your face thoroughly before performing any of these methods. Wash and dry your hands to avoid spreading bacteria from your hands to your face.  Also, make sure you're using clean items that you don't use on or near food, like tweezers or cloths. If possible, have a good light source so you can see clearly as you perform each method.  Use warm water, not hot water, when steaming. Just because hot water opens pores doesn't mean it will make them less likely to close right after!  Now, grab some tissue paper and l...

Pertama Kali Dapat 30USD Sehari Google Adsense

Assalamualaikum Bismillah Blogger paling sukalah cerita pasal Google Adsense kan? Aku sebenarnya bukan nak cerita yang aku dapat 30USD Google Adsense setiap hari. Tetapi apa yang aku mahu kongsi di sini ialah pencapaian earning paling tinggi aku pernah dapat dalam sehari ialah 32.90USD. Excited dia tak tahulah nak bagitau macam mana. Bila buka sahaja akaun adsense tu terus melompat tengok earning. Hahaha~  Aku risau juga manalah tahu dapat invalid click ka, ataupun negara luar terjah blog ini kemudian spam iklan kat blog ini ka. Risau juga. Alhamdulillah, bila tengok kat trafik blog macam biasa juga. Tekaan aku mungkin sebab artikel yang aku tulis tu Bid CPC dia tinggi kot. Susah nak faham dengan Google Adsense ni. Jadi marilah kita sama-sama belajar terma atau istilah dalam Google Adsense ni.  1. Page view A page view is what Google counts in your reports every time a user views a page displaying Google ads. We will count one page view regardless of the number of ads displ...

5 TIPS SEBELUM MEMBELI RUMAH PERTAMA

Assalamualaikum Bismillah Rumah merupakan salah satu keperluan wajib bagi manusia bahkan haiwan dan binatang juga memerlukan tempat tinggal. Memiliki rumah sendiri merupakan idaman dan impian kita semua.  Setiap orang perlukan rumah yang selesa dan aman kerana keselesaan dan keselamatan rumah sangat memberi kesan kepada perubahan emosi kita.  Dalam artikel ini, aku ini ingin berkongsi sedikit ilmu tentang tips yang perlu kita wajib tahu dan hadam sebelum kita nak beli rumah pertama ataupun seterusnya. TIPS 1 : FAHAMI PROSES PEMBELIAN HARTANAH Dalam setiap bidang tentu ada terms ataupun istilah yang diguna pakai. Sebagai contoh anda ingin melabur dalam saham, maka ada istilah-istilah dalam saham yang wajib anda tahu dan hadam.  Hal ini demikian kerana jika anda tidak memahami konsep saham dan istilah yang digunakan maka pelaburan anda tidak akan membuahkan hasil. Anda pun akan mula berasa depress dan stress. Begitu juga dalam pelaburan hartanah atau rumah. Pembelian har...

Pemenang Segmen Giveaway Sii Nurul (Design Template)

Assalamualaikum Bismillah Terima kasih semua yang sudi join segmen giveaway aku yang simple saja. Terharu sebab ramai juga yang join walaupun hadiah mungkin taklah hebat. Sebenarnya susah mahu tentukan mana satu pemenang. Aku terpaksa semak satu persatu blog yang mana paling sesuai atau layak untuk diberi hadiah.  Ada beberapa aspek yang perlu dilihat sebelum memilih pemenang.  Untuk kriteria Pemenang Design Template : Utamakan yang menggunakan theme blogger Diutamakan kepada yang tidak menggunakan domain sendiri Blogger lama  Blogger yang selalu update entri Blogger yang tidak pernah tukar template ataupun lama tak tukar Jadi kepada yang tidak terpilih untuk jadi pemenang tu. Korang ada peluang untuk jadi pemenang hadiah FREE CONSULTATIONS ya. Jadi jangan risau. Ada blogger yang pada pendapat aku tidak perlu tukar template sebab mereka mempunyai identiti tersendiri dengan lihat pada template sahaja. Sebagai contoh blogger Mia Liana, Suria Amanda, Famf-Tower, Mamapipie,...

Cara Transfer Duit BSN ke Bank Lain Secara Online

Assalamualaikum Bismillah Sejak aku buat tentang cara dapatkan penyata bank BSN secara online. Ramai yang email dan bertanya macam mana nak transfer duit dari BSN ke akaun bank yang lain secara online. Apabila aku tanya adik aku macam mana nak transfer dia pun bingung juga. Hal ini demikian kerana BSN online tiada butang transfer. Jadi macam mana mahu transfer duit kalau tiada bahagian transfer punya. Dah puas search kat google, masalahnya kenapa ada certain orang ada butang transfer online kat akaun adik aku takda? Adakah sebab adik aku baru saja buka akaun BSN? Aku pun nak selesaikan juga masalah ini sebab menyusahkan sebenarnya kalau tiada butang transfer. Nak tansfer online pun tak dapat.  Aktifkan Butang Transfer  1. Pertama sekali, korang kena call pihak BSN melalui Khidmat Pelanggan di no 1-300-88-1900 2. Korang terus bercakap dengan pihak BSN berkenaan masalah pada butang transfer tersebut. 3. Korang kena telefon sendiri tau. Tidak boleh hantar wakil ke sebab pihak B...

Prestasi Blog Tahun 2021 | Azam Blogging Tercapai Tak?

Assalamualaikum Bismillah Hari ini baru ada kesempatan untuk berkongsi sedikit tentang prestasi blog pada tahun 2021. Setiap tahun aku akan buat azam blogging dan at the end of the year bolehlah lihat perkembangan blog macam mana. Jom kita lihat adakah azam blogging tahun 2021 aku tercapai?  1. Publish 200 Entri / Artikel Tahun 2021 Tidak tercapai! Kalau korang nak tahu, setiap tahun azam yang inilah paling susah sekali nak capai. Aku hanya berjaya menulis 144 artikel sahaja pada tahun 2021.   Sama seperti tahun 2020.  Antara sebab utama tidak dapat capai menulis sehingga 200 artikel adalah kerana aku tidak konsisten menulis artikel setiap bulan. Pada 2 bulan terakhir itu aku hanya republish artikel lama sahaja.  Ini kerana aku sibuk dengan persiapan bertunang dan kahwin. Ditambah lagi dengan leptop aku rosak dan berhijrah ke Johor. Akhirnya terpaksa cuti 2 bulan lagi selepas kahwin. Haha~ Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. InsyaAllah tahun ini usaha lagi untuk...