Assalamualaikum Bismillah Syarat Kelayakan Untuk Program Pengajian Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian (Psikologi Industri dan Organisasi) dengan tempoh pengajian 6 Semester (3 Tahun) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Program ini memperkenalkan pelajar dan melatih mereka dalam ilmu psikologi khususnya yang menyentuh sektor industri dan permasalahan yang berhubung dengan perlakuan organisasi. Antara perkara yang ditangani adalah kepuasan kerja dan pengurusan stres, dinamika kumpulan, komunikasi sesama insan, masalah kesatuan sekerja, kepimpinan dan pengaruh, prejudis dan diskriminasi dalam organisasi dan juga rekabentuk dan perkembangan organisasi. Syarat Kemasukan Fakulti Psikologi dan Pendidikan (Psikologi Industri dan Organisasi), UMS 1. Kelayakan Minimum STPM Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 pada peringkat STPM dan sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C/6C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut : Mathematics/Additional Mathematics Science/Additional Mathemat...
I just love to write